Friday 25 October 2013

LIGA PERDANA ENGLAND: Ferguson bidas Keane balas



KANDUNGAN PEDAS: Bekas pengurus Manchester United, Alex Ferguson, dengan bukunya, 'My Autobiography', yang dilancarkan kelmarin dan dijual di kebanyakan toko buku mulai hari ini. - Foto AP
 
Bekas kapten Man U sifatkan mantan pengurus 'tak faham erti taat setia'

LONDON: Bekas kapten Manchester United, Roy Keane, membalas bidasan bekas pengurus kelab itu, Alex Ferguson, yang mengeluarkan buku catatan peribadinya yang membuat beberapa kritikan pedas terhadap beberapa pemain dan jurulatih dengan mengatakan bahawa "beliau tidak faham erti perkataan taat setia".
Dalam My Autobiography, yang dilancarkan kelmarin, Ferguson mendedahkan bahawa hubungan rapatnya dengan Keane berakhir apabila pemain asal Ireland itu membuat kritikan pedas terhadap beberapa rakannya dalam satu interviu dengan MUTV pada Oktober 2005 yang tidak disiarkan.
Ferguson, dalam catatannya, menggambarkan kemarahan Keane dalam satu pertengkaran antara mereka kemudian sebagai "menggerunkan untuk dilihat" sebelum menambah bahawa Keane memiliki "lidah paling pedas dapat dibayangkan".
Membalas bidasan tersebut, Keane, kini seorang pengulas televisyen bersama stesen ITV, berkata Ferguson bersikap hipokrit kerana beliau sendiri mengkritik beberapa bekas pemainnya dalam autobiografi terbarunya itu.
"Saya masih ingat satu perbualan dengan beliau ketika saya berada di kelab itu mengenai soal taat setia dan pada pandangan saya beliau tidak faham erti perkataan tersebut," jelas Keane kepada ITV.
"Apa yang beliau katakan mengenai saya tidak terlalu merisaukan saya, tetapi saya mendapati sangat aneh apabila beliau sering mengkritik pemain-pemain lain yang membawakan banyak kejayaan kepadanya.
"Apa pun, tidur saya tidak akan terganggu kerananya."
Keane meninggalkan United pada November 2005 dan menghabiskan separuh musim bersama Celtic sebelum mengambil alih tugas sebagai pengurus Sunderland dan kemudian Ipswich Town selama lima tahun.
Dalam buku My Autobiography, yang menyingkap kejayaan Ferguson mengurus United selama 27 tahun yang menyaksikan beliau memenangi 13 kejuaraan Liga Perdana, lima Piala FA, empat Piala Liga dan dua mahkota Liga Juara-Juara, beliau turut mengkritik beberapa bekas pemain lain, termasuk David Beckham, Ruud van Nistelrooy, Wayne Rooney dan Owen Hargreaves.
Sambil menyifatkan komen-komen tersebut sebagai tidak perlu, Keane, yang pernah mengeluarkan autobiografinya sendiri pada 2002, menambah:
"Saya hanya mahu mengatakan bahawa beliau tidak perlu melakukannya. Saya tidak pasti berapa buku yang telah ditulisnya.
"Tetapi beliau, pada satu tahap, harus sedar bahawa inilah pemain-pemain yang telah banyak menabur jasa kepada Man United. Dan sebilangan besar pemain ini membantunya memenangi begitu banyak piala.
"Cuba bayangkan apa agaknya yang akan beliau katakan jika kami gagal memenangi sebarang piala. Kami membawa banyak kejayaan untuk kelab dan kami memberikan segala-galanya ketika bersama kelab itu.
"Tetapi seperti yang saya katakan, ia sebahagian daripada kehidupan moden sekarang. Ada orang suka menulis buku dan mengkritik bekas pemain mereka."
Ketika diminta pandangannya, pengurus United, David Moyes, pula berkata beliau tidak bimbang akan kesan pendedahan yang dibuat Ferguson ke atas Rooney dan pemain lain di kelab itu.
Malah, Moyes kelmarin mengalu-alukan pandangan Ferguson sambil berkata beliau juga tidak fikir Rooney akan terkesan dengannya.
"Wayne kini fokus dengan permainannya. Saya tidak menghadapi apa-apa masalah. Wayne menjaga dirinya dengan baik dan bermain dengan cemerlang.
"Alex Ferguson boleh melakukan apa yang dimahukannya. Beliau mewakili dirinya sendiri. Kami menanti-nanti apa yang akan diperkatakannya dan saya pasti ramai penyokong juga mahu mendengarnya," ujar Moyes. - Agensi.

"Anda tidak boleh membenarkan seorang pemain mengambil alih kuasa dalam bilik persalinan. Itulah kesilapannya (menyebabkan beliau dijual)." Beliau masuk ke pejabat saya pada hari selepas kami memenangi kejuaraan liga (2013) dan meminta izin berpindah. Beliau tidak berpuas hati tidak disertakan dalam sesetengah perlawanan dan dikeluarkan dalam beberapa perlawanan lain." "Menggerunkan untuk dilihat... Beliau memiliki lidah yang sangat pedas dapat digambarkan. Beliau boleh melemahkan orang paling yakin di dunia dalam beberapa saat dengan lidahnya." "Apa yang beliau katakan mengenai saya tidak terlalu merisaukan saya, tetapi saya mendapati sangat aneh apabila beliau sering mengkritik pemain-pemain lain yang membawakan banyak kejayaan kepadanya... Apa pun, tidur saya tidak akan terganggu kerananya."
- Bekas kapten Manchester United, Roy Keane.

FERGUSON MENGENAI KEANE
"Menggerunkan untuk dilihat... Beliau memiliki lidah yang sangat pedas dapat digambarkan. Beliau boleh melemahkan orang paling yakin di dunia dalam beberapa saat dengan lidahnya."
MENGENAI BECKHAM
"Anda tidak boleh membenarkan seorang pemain mengambil alih kuasa dalam bilik persalinan. Itulah kesilapannya (menyebabkan beliau dijual)."
MENGENAI ROONEY
Beliau masuk ke pejabat saya pada hari selepas kami memenangi kejuaraan liga (2013) dan meminta izin berpindah. Beliau tidak berpuas hati tidak disertakan dalam sesetengah perlawanan dan dikeluarkan dalam beberapa perlawanan lain."
SAMBUNG  BACAAN

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Kami memerlukan sumbangan anda untuk menaik taraf blog ini, Hanya click iklan ini

Penciptaan Saya

Tingkatkan traffik anda di sini

BlogPingSite ping fast  my blog, website, or RSS feed for Free My Ping in TotalPing.com Blogged.my free bloggers backlinks - link building services where you can get link exchange free 100% to create backlinks for SEO Ping your blog, website, or RSS feed for Free Breaking News Free Geoogle ADS profitreload