Tuesday 19 November 2013

Puting beliung 'belasah' Midwest di Amerika



MENGGERUNKAN: Satu puting beliung kelihatan membadai daerah Flatville, Illinois, kelmarin dan menyebabkan kemusnahan teruk di kejiranan itu. - Foto AP

ILLINOIS (Amerika Syarikat):[ ] [/ ]Berdozen puting beliuang dan ribut kuat membadai beberapa wilayah Midwest Amerika Syarikat, menyebabkan sekurangkurangnya enam orang terkorban dan sekitar 40 lagi cedera.
Jadual penerbangan terpaksa dibatalkan dan beribu-ribu kediaman mengalami gangguan bekalan elektrik dan angin kencang menyebabkan kereta terbalik, pokok besar tumbang serta mengakibatkan tiang elektrik rosak.
Angka korban dijangka meningkat apabila hubungan telekomunikasi kembali pulih dan kawasan yang tidak dapat dilalui dibuka semula.
Menurut laporan awal, sekurangkurangnya dua orang terkorban di bandar kecil New Minden.
Encik Joseph Hoy, 80 tahun, ditemui mati di ladangnya sementara adik perempuannya, Cik Frances, 78 tahun, meninggal dunia di hospital.
"Puting beliung ini datang begitu pantas. Sebelum kejadian berlaku, lelaki tua dan adiknya itu sedang duduk-duduk berehat dalam rumah saja," kata pegawai koroner Washington County, Encik Mark Styninger.
Butir mengenai empat lagi kematian tidak diberikan.
Menurut saluran televisyen setempat, 37 orang dirawat di pusat perubatan di Illinois, dengan tujuh daripada mereka mengalami kecederaan serius.
Ketua Agensi Pengurusan Kecemasan Illinois, Encik Jonathan Monken, berkata 70 rumah ranap sepenuhnya di dua bandar di wilayah itu sementara ratusan yang lain mengalami kerosakan.
Dianggarkan sekitar 140,000 kediaman di Illinois, 100,000 di Michigan dan 50,000 di Indiana terputus bekalan elektrik ekoran puting beliung itu.
"Seluruh kejiranan saya ranap. Hanya tembok perapian satu-satunya struktur yang masih berdiri teguh di rumah saya," kata Encik Michael Perdun, melalui panggilan telefon dari bandar Washington, wilayah Illinois, yang terjejas teruk.
Datuk Bandar Washington, Encik Gary Manier, pula berkata:
"Ini hari yang sedih di Washington. Kemusnahan yang berlaku sukar dipercayai. Sukar dibayangkan. Ia kelihatan seperti satu peperangan baru berlaku di masyarakat kita. Kemusnahan begitu meluas dan menjejas kesemua 15,000 penduduk di sini."
Menurut laman web Perkhidmatan Cuaca Nasional, sebanyak 65 puting beliuang melanda wilayah Midwest kelmarin, dengan sebahagian besarnya melanda Illinois.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Kami memerlukan sumbangan anda untuk menaik taraf blog ini, Hanya click iklan ini

Penciptaan Saya

Tingkatkan traffik anda di sini

BlogPingSite ping fast  my blog, website, or RSS feed for Free My Ping in TotalPing.com Blogged.my free bloggers backlinks - link building services where you can get link exchange free 100% to create backlinks for SEO Ping your blog, website, or RSS feed for Free Breaking News Free Geoogle ADS profitreload