SAMBUNG BACAAN..,,,,,,,
Syarikat Yang Mengeluarkan Zakat Perniagaan :Saham yang disimpan di dalam syarikat yang membayar zakat perniagaan tidak perlu dizakatkan lagi.
Saham-Saham Yang Tidak Disenaraikan: Saham jenis ini tidak mudah ditunaikan. Secara praktisnya, zakat hendaklah dikeluarkan ke atas jumlah dividen yang diterima.
Mengira Zakat Atas Saham-Saham Yang Disenaraikan
- Pemilik saham boleh mengasingkan pengiraan zakat atas saham kepada dua kumpulan iaitu saham yang masih dimiliki melebihi setahun dan saham-saham yang dijualbeli untuk tempoh kurang daripada setahun.
- Bagi saham-saham berbentuk pelaburan jangka panjang (melebihi setahun) maka zakat dikira ke atas jumlah lot yang di pegang didarab dengan harga terendah seunit.
1. Contoh saham yang disimpan selepas setahun :-
| Nama Saham | Bil Unit (A) RM | Harga Terendah (B) RM | Jumlah (A x B) RM |
|---|---|---|---|
| ABC | 20,000 | 2.0 | 40,000 |
| DEF | 20,000 | 1.0 | 20,000 |
| Jumlah Harga Terendah | 60,000 | ||
= RM 1,500
- Bagi saham-saham yang jualbeli sepanjang tahun, maka dikira 2.5% atas jumlah keuntungan saham setelah ditolak modal permulaannya.
2. Contoh saham yang dijual beli sepanjang tahun :-
2.5% x Keuntungan jualan saham ( Nilai Jualan Saham - Modal )Contoh:
| a) Saham X: RM6,000 - RM2,000 | = RM4,000 |
| b) Saham Y: RM8,000 - RM2,000 | = RM6,000 |
| Jumlah Zakat | RM10,000 x 2.5% RM250 |
SAMBUNG BACAAN..,,,,,,,

No comments:
Post a Comment