Foto 10 Sejarah Rampasan Pesawat Paling Popular
Kes yang pertama terjadi pada 25 September pada tahun itu dimana sebuah
pesawat Panair do Brasil Sikorsky S38 dirampas oleh tiga lelaki yang dikaitkandengan Peristiwa Revolusi Constitutionalist di São Paulo dan ia dianggap sebagai rampasan pertama yang berlaku di Brazil. Walau bagaimanapun, pesawat itu terhempas di São João de Meriti dan membunuh semua yang berada di dalam kapal terbang berkenaan.
Kebanyakan perampas pesawat ingin menggunakan penumpang sebagai tebusan, sama ada untuk tebusan dari segi kewangan atau untuk berunding mengenai konsesi politik/pentadbiran dengan pihak berkuasa.
1. 31 Oktober 1969
Pesawat Trans World Airlines TWA Flight 85 yang dalam perjalanan dari Los
Angeles ke San Francisco telah dirampas oleh anggota tentera Marin AS
berusia 19 tahun, Raffaele Minichiello. Semua penumpang, termasuk band
Harper’s Bizarre, dan tiga pramugari telah dibebaskan di Denver. Perampas,
juruterbang dan pramugari terus ke Lapangan Terbang Antarabangsa John F.
Kennedy di New York, di mana dua juruterbang telah ditambah untuk pener-
bangan menuju ke luar negara.
Semasa di Lapangan Terbang Antarabangsa John F. Kennedy , New York,
pihak FBI cuba menghalang Minichiello dengan menempatkan ejennya dise-
keliling kapal terbang dengan harapan untuk menakut-nakutkan Minichiello.
Minichiello bertindak dengan menembak ke arah fiuslaj kapal terbang.
Pesawat itu kemudiannya terpaksa dibenarkan berlepas ke Rom, melalui
Bangor, Maine, dan Shannon, Ireland. Di Rom, Minichiello menjadikan ketua
polis lapangan terbang sebagai tebusan dan cuba untuk melepaskan diri menaiki
kereta, tetapi telah ditangkap tidak lama selepas itu. Minichiello merampas
kapal terbang itu dengan bertujuan untuk melawat bapa yang tenat di Itali.
Itali tidak mengekstradisi Minichiello dan beliau hanya dipenjara selama 18
bulan. Dengan jarak 6900 batu, ini adalah rampasan yang paling lama dalam
sejarah.
2. 6 September 1970 ( Dawson’s Field Hijackings )
Anggota militan daripada Barisan Popular Pembebasan Palestin ( Popular
Front for the Liberation of Palestine / PFLP ) merampas 4 pesawat yang
menuju Amerika Syarikat dari Eropah. Penerbangan Trans World Airlines
741 dari Frankfurt ( Pesawat Boeing 707 dengan 149 penumpang dan anak
kapal ) dan pesawat Swissair 100 dari Zurich (Douglas DC-8 dengan 155
orang ), kedua-dua menuju ke New York, telah dialihkan laluannya ke bekas
pangkalan British Royal Air, di padang pasir Dawson Field.
Penumpang dan anak kapal ditahan sebagai tebusan .Pesawat Pan
American 93, Boeing 747 dari Amsterdam ke New York dengan 173
penumpang dan anak kapal, dirampas dan laluannya kemudian dialihkan
ke Kaherah, di mana militan PFLP telah meletupkan pesawat selepas
menurunkan semua penumpang.
Rampasan seterusnya pula gagal. Penerbangan El Al Israel Airlines
219, juga dari Amsterdam ke New York, adalah merupakan kapal
terbang jenis Boeing 707 dengan 142 orang di atas kapal.
Apabila seorang doktor Nicaragua-Amerika Patrick Arguello dan
seorang warga Palestin Leila Khaled cuba untuk merampas
pesawat itu , seorang marshal udara Israel dan penumpang melawan
dan membunuh Arguello. Pesawat itu mendarat di London, di mana
Khaled ditangkap.
Rakyat Palestin menuntut pertukaran pembebasan rakan militan
yang ditahan di Switzerland , Jerman dan Inggeris, termasuk Leila
Khaled. Tebusan terakhir dibebaskan dalam pertukaran tujuh
tahanan Palestin.
3. 2 Julai 1971 ( Braniff Flight 14 )
Pesawat Braniff Flight 14,iaitu jenis Boeing 707 terbang dari
Acapulco, Mexico ke New York ,Amerika dengan 102 pen-
umpang dan 8 anak kapal,telah dirampas semasa berhenti mengisi
bahan api di San Antonio, Texas. Rampasan ini berlangsung
selama 43 jam dan berlanjutan dari Texas , Mexico , Peru , Brazil
dan berakhir di Argentina.
Selepas berhenti mengisi minyak di Monterrey , perampas memb-
ebaskan atendan penerbangan Jeanette Eatman Crepps , Iris Kay
Williams dan Anita Bankert Mayer dan semua penumpang. Baki
anak kapal termasuk Kapten Dale Bessant , Bill Wallace, Phillip
Wray dan atendan penerbangan Ernestina Garcia dan Margaret
Susan Harris meneruskan penerbangan ke Lima.
Perampas yang merupakan seorang pembelot Tentera Laut Amerika
Syarikat yang bernama Robert Jackson dan rakan wanita warganegara
Guatemala menuntut wang tebusan sebanyak $ 100,000 dan mahu
meneruskan penerbangan ke Algeria. Krew Bessant dikeluarkan,
satu demi satu, dan digantikan dengan anak-anak kapal sukarelawan
iaitu Kapten Al Schroeder, Bill Mizell , Bob Williams dan Navigater
Ken McWhorter.
Dua pekerja penerbangan di Lima iaitu Delia Arizola dan Clorinda
Ontaneda menawarkan diri untuk menaiki penerbangan. Clorinda
telah menghadiri kelas di kolej , sesuatu yang dilakukan secara tetap
semasa hari dia bercuti daripada tugas di awan biru . Delia telah bersara
selama 6 bulan tetapi masih menawarkan perkhidmatannya jika perlu.
Pesawat itu berlepas ke Rio dan dirancang untuk mengisi minyak tetapi
perampas memaksa untuk terus ke Buenos Aires. Penerbangan yang
panjang dan meletihan itu telah menyebabkan perampas menyerah diri.
Ia merupakan satu rekod bagi rampasan jarak jauh iaitu lebih 7,500 batu.
4. 28 Januari 1972 ( TWA Flight 2 )
Pesawat TWA Flight 2 dari Los Angeles ke New York, telah dirampas
oleh penipu dan perompak bank Garrett Trapnell di Chicago. Trapnell,
anak saudara kepada veteran Perang Dunia II, Thomas Trapnell, menaiki
pesawat di Los Angeles dengan pistol automatik yang disembunyikan di
dalam balutan simen palsu pada tangannya.
Trapnell menuntut wang tebusan $306,800 secara tunai ( untuk mendapat-
kan semula wang selepas kalah kes mahkamah ), pembebasan Angela Davis
(serta seorang kawan beliau yang juga telah dipenjarakan ), dan pengampunan
daripada PresidenRichard Nixon
FBI berjaya mengambil kembali pesawat semasa pertukaran syif anak-anak kapal di Lapangan Terbang Kennedy dan Trapnell telah ditembak serta
mengalami kecederaan.
Rampasan Trapnell terjadi selepas satu siri insiden domestik dan men-
yebabkan prosedur penerbangan dibaikpulih. Ini berlaku semasa
pentadbiran Nixon dan prosedur ini kekal sehingga terjadinya kejadian
rampasan pada 11 September 2001.
Trapnell dan perampas yang tiada kaitan iaitu Martin J. McNally cuba
untuk melarikan diri penjara per-sekutuan Marion pada 24 Mei 1978,
selepas teman wanitanya , BarbaraAnn Oswald merampas helikopter
dan dan memerintahkan juruterbang pergi ke arah Marion.
Rampasan itu berakhir selepas juruterbang mengambil pistol wanita itu
dan membunuhnya. Pada 21 Disember 1978,anak perempuan Barbara yang
ketika itu baru berusia 17 tahun merampas pesawat TWA Flight 541
dalam satu lagi cubaan untuk menyelamatkan Trapnell . Tetapi dia
menyerah selepas 10 jam rundingan di lapangan terbang di Marion.
5. 13 Oktober 1977 ( Lufthansa Flight 181 )
Pesawat Lufthansa Flight 181 (juga dikenali sebagai Landshut – Boeing 737-230C ) yang sedang dalam perjalanan ke Palma de Mallorca dari Frankfurt
telah dirampas oleh 4 militan kumpulan Commando Martyr Halime.
Dua juruterbang dan tiga anak kapal mengendalikan penerbangan itu.
Pengalaman pahit itu berakhir di Mogadishu, Somalia apabila komando
GSG 9 menyerbu pesawat itu. Tiga perampas terbunuh dan 86 tebusan
dibebaskan.
Juruterbang telah dibunuh sebelum serbuan itu dilakukan dan Red Army
Faction dari Jerman Barat telah disyaki terlibat di dalam rampasan kapal
terbang ini. Objektif rampasan Lufthansa ini adalah untuk membebaskan
pemimpin Red Army Faction yang dipenjarakan.
Lagu “122 Hours of Fear” oleh Screamers yang direkodkan pada tahun
1978 telah diilhamkan dari rampasan ini. Rampasan dan operasi menyelamat
tebusan digambarkan dalam dua filem Jerman televisyen:. Todesspiel pada
tahun 1997 dan Mogadischu, yang diarahkan oleh Roland Suso Richter,
pada tahun 2008.
6. 4 Disember 1977 ( Malaysia Airlines Flight 653 )
Pesawat Penerbangan Malaysia Airlines Flight 653 yang dirampas pada
tahun 1977 kekal sebagai misteri lebih daripada tiga dekad. Tidak lama
selepas berlepas Pulau Pinang Kuala Lumpur, Kapten GK Ganjoor telah
melaporkan terdapat “perampas yang tidak dikenali” di atas kapal terbang
dan kemudian melaporkan mereka “meneruskan perjalanan ke Singapura”.
Selepas semua komunikasi telah hilang, pesawat itu terhempas di Kampung
Ladang, Tanjong Kupang, dan membunuh kesemua tujuh anak kapal dan 93
penumpang, termasuk Ketua Jabatan Kerja Raya Malaysia , Dato Mahfuz
Khalid, Menteri Pertanian Malaysia Dato ‘Ali Haji Ahmad dan Duta Cuba
ke Jepun Mario Garcia. Sesetengah orang berpendapat yang ahli Tentera
Merah Jepun merupakan mereka yang bertanggungjawab terhadap rampasan
ini walaupun tiada bukti kukuh. Ia kekal misteri.
7. 28 Mac 1981 ( Garuda Indonesia GA 206 )
Rampasan pesawat Penerbangan Garuda Indonesia GA 206 adalah rampasan
penerbangan milik Indonesia yang pertama, sejak kes pertama seorang
perampas Marin yang telah dibunuh oleh juruterbangnya sendiri. Perampas yang
menyertai kumpulan yang dikenali sebagai Komando Jihad telah merampas
pesawat DC 9 “Woyla”, yang berada di dalam perjalanan dari Palembang ke
Medan, dan mengarahkan juruterbang untuk terbang ke Colombo, Sri Lanka.
Tetapi oleh kerana kapal terbang itu tidak mempunyai bahan api yang mencukupi
ia mengisi minyak di Pulau Pinang, Malaysia dan kemudian ke Don Muang,
Thailand.Perampas menuntut pembebasan ahli Komando Jihad yang dipenjarakan
di Indonesia,dan wang tebusan sebanyak AS $ 1.5 juta, dan juga kapal terbang
digunakan untuk mengambil banduan ke destinasi yang dirahsiakan. Komando
Kopassus yang mengambil bahagian dalam misi ini hanya dilatih selama tiga hari dengan senjata yang sama sekali tidak dikenali mereka, dan melaksanakan operasi ini dengan cepat.
Salah seorang komando Kopassus, Pegawai Waran Achmad Kirang, ditembak oleh
pemimpin perampas, yang kemudian menembak dirinya sendiri. Juruterbang,
Kapten Herman Rante, yang juga ditembak meninggal dunia beberapa hari
kemudian di sebuah hospital di Bangkok. Semua perampas lain telah terbunuh
manakala semua tebusan yang tinggal telah diselamatkan.
Pemimpin pengganas, Imran bin Muhammad Zein, telah dihadapkan ke
mahkamah dan dijatuhi hukuman mati oleh Mahkamah Wilayah Tengah Jakarta
beberapa minggu kemudian.
8. 23 November 1985 ( EgyptAir Flight 648 )
Pesawat EgyptAir Flight 648 ( Boeing 737-200 ) adalah sebagai salah satu
rampasan kapal terbang paling berdarah dan paling menakutkan di dunia ,
dan akan selama-lamanya menjadi peringatan pada semua bagaimana untuk
menangani pengganas.
Tiga warga Palestin daripada Pertubuhan Abu Nidal yang diketuai oleh Omar
Rezaq telah merampas pesawat yang berlepas dari Athens, Greece ke
Kaherah, Mesir. Anggota keselamatan Mesir iaitu Mustafa Kamal telah
melepaskan tembakan dan membunuh salah seorang daripada perampas.
Sebagai balasan, beliau telah ditembak berpuluh-puluh kali dan terkorban.
Hasil daripada kejadian tembak menembak itu, fiuslaj pesawat itu rosak,
dan juruterbang, Hani Galal, terpaksa membawa pesawat ke altitud yang
lebih rendah ( 14,000 kaki ) supaya semua orang di atas kapal terbang
dapat bernafas. Dengan bahan api yang minimum, kapal terbang mendarat
di Malta dengan kelulusan pihak berkuasa Malta. Libya merupakan destinasi
asal untuk perampas, tetapi kerana publisiti negatif terhadap rampasan itu
sekiranya ia diterbangkan ke Libya dan hakikat bahawa kapal terbang itu
tidak mempunyai bahan api yang mencukupi, Malta telah dipilih sebagai
pilihan yang lebih sesuai.
11 orang penumpang dan dua atendan penerbangan yang cedera telah
dibebaskan, tetapi pendekatan keras Perdana Menteri Malta, Karmenu
Mifsud Bonnici itu telah menyebabkan dua penumpang Amerika terkorban.
Perampas mula menembak tebusan, bermula dengan Tamar Artzi, seorang
wanita Israel. Dia cedera di telinga, tetapi berpura-pura mati.
Ketua perampas itu, mengancam untuk membunuh penumpang setiap 15
minit sehingga tuntutannya dipenuhi. Mangsa seterusnya adalah Nitzan
Mendelson, seorang lagi wanita Israel. Dia dibunuh serta-merta.
Dia kemudian menembak tiga penumpang warga Amerika – Patrick
Scott Baker, Scarlett Marie Rogenkamp dan Jackie Nink Pflug.
Daripada lima penumpang yang ditembak, Artzi, Pflug dan Baker terselamat.
Komando Mesir kemudian menyerbu pesawat dan menyebabkan huru-hara
serta bermulalah insiden pertumpahan darah di situ sekali lagi di antara
komando dan pengganas – di mana 56 daripada 88 penumpang yang
tinggal telah terbunuh. Secara keseluruhan, 60 daripada 92 penumpang
di atas kapal terbunuh termasuk dua perampas.
9. 23 November 1996 ( Ethiopian Airlines Flight 961 )
Pesawat Ethiopian Airlines Flight 961 ( Boeing 767 ) adalah penerbangan dari
Addis Ababa ( Ethopia ) ke Nairobi ( Kenya ) yang terhempas ke dalam Lautan
Hindi berhampiran pantai di Kepulauan Comoros selepas perampas enggan
membenarkan juruterbang mendarat dan mengisi bahan api untuk meneruskan
perjalanan. 125 penumpang meninggal dunia ( termasuk perampas ) dan baki
50 penumpang terselamat dengan kecederaan kecil. Ini merupakan kejadian
ketiga di mana terdapat mangsa yang telah ditolak dengan sengaja ke dalam
laut.
Tiga perampas warga Ethiopia menuntut juruterbang untuk terbang ke Australia,
di mana mereka mahu mendapatkan suaka politik. Saksi kemudian menceritakan
bahawa perampas telah membaca dari majalah dalam penerbangan bahawa
pesawat itu boleh terbang sehingga ke Australia , tetapi mereka tidak percaya
kata-kata anak kapal yang pesawat yang mereka naiki tidak mampu untuk
sampai ke Australia kerana bekalan bahan api tidak mencukupi.
Juruterbang cuba untuk memperbodohkan mereka dengan terbang rendah ke
pantai Afrika dan seterusnya ke Kepulauan Comoros, di Lautan Hindi , di mana
beliau berharap untuk melakukan pendaratan kecemasan. Berikutan ketiadaan
bahan api, juruterbang cuba untuk mendapat di atas laut. Perampas menyerang
juruterbang secara fizikal kerana mereka cuba untuk mendarat di dalam air,
menyebabkan bencana yang mengorbankan 125 daripada 175 orang di atas kapal
Pelancong di pantai berdekatan mengambil video kemalangan itu dan berlari
untuk membantu mangsa. Ketiga-tiga perampas terbunuh di tempat kejadian
manakala kedua-dua juruterbang terselamat dan meneruskan kerjaya mereka
di Ethiopia.
10. 11 September 2001 ( American Airlines Flight 11, United Airlines Flight 175, American Airlines Flight 77, United Airlines Flight 93 )
Pesawat American Airlines Flight 11, United Airlines Flight 175, American Airlines
Flight 77, United Airlines Flight 93, telah dirampas pada pagi 11 September oleh
kumpulan pelampau Al-Qaeda. Pesawat 11 dan Pesawat 175 sengaja merempuh
menara berkembar Pusat Dagangan Dunia yang terletak di New York,
Pesawat 77 terhempas di Pentagon dan Pesawat 93 terhempas ke kawasan
lapang di Pennsylvania selepas penumpang melawan perampas di atas kapal
terbang.
terbang.
Kedua-dua menara Pusat Dagangan Dunia runtuh; dengan jumlah kematian
mencapai 2,996 orang, termasuk 19 perampas, dan lebih 6000 orang mengalami
kecederaan.Serangan itu membawa kepada War on Terror .