Sunday 29 September 2013

Masjid pertama bakal dibangun di Slovenia



PERISTIWA BERSEJARAH: (Dari kiri) Anggota Majlis Presiden Bosnia-Herzegovina, Encik Bakir Izetbegovic; Perdana Menteri Slovenia, Cik Alenka Bratusek; Menteri Wakaf dan Hal Ehwal Islam Qatar, Encik Ghaith bin Mubarak al-Kuwari (empat dari kiri); Mufti Slovenia, Encik Nedzad Grabus (lima dari kiri); dan Mayor Ljubljana, Encik Zoran Jankovic (kanan sekali) meletakkan batu asas bagi masjid pertama di Slovenia dalam satu majlis di Ljubljana pada 14 September lalu. Foto-foto AFP
KEADAAN TENANG: Slovenia tidak menghadapi musibah perang saudara seperti kebanyakan bekas republik Yugoslavia lain dan kian menjadi negara majmuk yang menerima kepelbagaian dalam kalangan warganya, termasuk dalam pembinaan masjid di negara itu.

LJUBLJANA: SETELAH menunggu selama 44 tahun, akhirnya Slovenia akan mempunyai masjidnya yang pertama tidak lama lagi.
Batu asas bagi pembinaan masjid pertama itu diletakkan sendiri oleh Perdana Menteri Slovenia, Cik Alenka Bratusek, pada 14 September lalu.
Masjid itu bakal didirikan di bekas tapak industri di Ljubljana.
Peletakan batu asas itu, di hadapan seorang menteri dari Qatar yang membantu membiayai projek itu, adalah "kemenangan simbolik terhadap semua bentuk penolakan toleransi agama," kata Cik Bratusek.
Beliau menambah bahawa Eropah tidak akan menjadi kaya dari segi budaya tanpa Islam.
"Kami gembira memulakan projek sivik ini di Ljubljana, yang akan menjadi bandar yang lebih terkenal dan lebih majmuk," kata Mufti Nedzad Grabus, wakil tertinggi masyarakat Islam Slovenia, di majlis tersebut.
Petisyen rasmi yang pertama oleh umat Islam di negara itu, yang menginginkan tempat ibadah mereka sendiri, diserahkan kepada pemerintahnya lebih empat dekad lalu iaitu pada 1969.
Namun, inisiatif itu dilanda halangan pentadbiran dan kekurangan kesungguhan politik.
Antara lain, projek itu menghadapi kesukaran mengenai isu tanah, tetapi akhirnya selesai apabila majlis di Ljubljana menjual kawasan yang siap bagi pembangunan masyarakat Islam.
Cadangan selanjutnya membina masjid telah dibuat oleh para pegawai tempatan.
Pihak yang membangkang pembinaan masjid telah dua kali cuba menghentikan projek itu - sekali pada 2004 dan sekali lagi pada 2009, dengan meminta mengadakan referendum (pungutan suara).
Tetapi Mahkamah Perlembagaan Slovenia menolaknya dengan memutuskan bahawa ia bertentangan dengan perlembagaan dari segi kebebasan beragama.
Slovenia, negara paling makmur di kalangan enam republik Yugoslavia, menyaksikan kebanjiran orang dari seluruh rantau ini - termasuk Muslim - mencari kerja sejak 50 tahun lalu, terutama dengan kejatuhan negeri bersama mereka (Yugoslavia) di awal tahun 1990-an.
Slovenia berpecah pada 1991. Ekonominya kemudian meledak, manakala orang-orang seperti Bosnia, Croatia dan Kosovo memasuki kancah peperangan.
Projek pembinaan masjid itu timbul semula semasa krisis kewangan terburuk Slovenia sejak merdeka pada 1991.
"Secara peribadi saya tidak menentang masjid tetapi saya tahu ada orang yang masih menentangnya," kata seorang pereka berusia 30 tahun, yang memberi nama sebagai Ana, yang tinggal berdekatan dengan tapak masjid yang baru.
"Tetapi isu masjid tidak lagi berada dalam agenda politik yang tinggi kerana perhatian kini tertumpu kepada krisis ekonomi yang melumpuhkan Slovenia," kata beliau.
Terdapat sekitar dua juta penduduk di Slovenia, sebahagian besarnya beragama Katolik. Kira-kira 50,000 daripadanya orang Islam.
Namun kumpulan Islam mendakwa terdapat kira-kira 80,000 umat Islam di negara itu.
Satu banci penduduk pada 2002 mendapati bahawa Islam adalah agama kedua terbesar di negara itu di belakang Katolik, yang mempunyai 1.1 juta pengikut.
Sebelum ini terdapat sebuah masjid di Slovenia, sebelum ia menjadi sebuah negara merdeka, tetapi ia terabai dan musnah selepas Perang Dunia Pertama.
Dalam majlis peletakan batu asas itu baru-baru ini, kira-kira 10,000 orang menghadirinya, kata seorang jurugambar AFP.
Turut hadir ialah Datuk Bandar Ljubljana, Encik Zoran Jankovic, yang membantu meletakkan batu pertama itu.
Pembinaan masjid itu akan bermula November ini dan dijangka selesai pada akhir musim luruh 2016.
Kos projek itu, termasuk sebuah pusat kebudayaan Islam, adalah 12 juta euro (AS$16 juta atau sekitar $20.5 juta).
Masyarakat Islam negara itu akan membiayai sebahagian daripada kos, tetapi 70 peratus daripadanya akan dibiayai oleh Qatar.
Sebilangan wanita yang hadir di majlis peletakan batu asas itu dilihat mengenakan tudung.
"Ini sangat bermakna kepada saya," kata Cik Sahra Kacar, 44 tahun, yang dilahirkan tahun yang sama sebagai petisyen rasmi pertama untuk membina sebuah masjid di Ljubljana difailkan.
"Kami akan mempunyai tempat sesuai untuk solat, dan bukannya menggunakan pelbagai dewan orang ramai," kata beliau penuh gembira. - AFP, Reuters
"Kami gembira memulakan projek sivik ini di Ljubljana, yang akan menjadi bandar yang lebih terkenal dan lebih majmuk."
- Mufti Nedzad Grabus. "Ini sangat bermakna kepada saya. Kami akan mempunyai tempat sesuai untuk solat, dan bukannya menggunakan pelbagai dewan orang ramai."
- Cik Sahra Kacar, 44 tahun, seorang penduduk Slovenia.

Thursday 26 September 2013

Biodata Luis Suarez


Nama: Luis Suarez
Usia: 26 tahun
Tarikh lahir: 24 Januari 1987
Tempat lahir: Salto, Uruguay
Tinggi: 1.80m
Kelab: Liverpool
Posisi: Penyerang
Jersi: No 7
Antara kelab pernah diwakili
2007-2011: Ajax Amsterdam. Tampil sebanyak 159 kali dan menjaringkan 111 gol
2011-2013: Liverpool. Tampil 96 kali dan menjaringkan 51 gol Kelebihan: Berbakat dari segi teknikal, sukar dikawal kerana sering bergerak dan lincah. Berbahaya baik menerusi rembatan jarak jauh atau dalam kotak penalti. Turut mempunyai tandukan tajam. Beliau gemar bergerak dari sayap dengan menggunakan kelincahannya.
Kelemahan: Kurang berdisiplin. Itu masalah besar Suarez yang sering membayanginya bakatnya sebagai pemain yang amat berkebolehan. Ia juga menyebabkan beliau sering dilayang kad kuning.
Corak permainan: Bijak, lincah dan berbahaya yang menjadikannya penyerang yang amat berbahaya.

Sunday 22 September 2013

Kamera Kremason





Apakejadahnya berapa banyak kamera yang dia pakai,,, bagi dekat hangpa pun mau kan??
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Kami memerlukan sumbangan anda untuk menaik taraf blog ini, Hanya click iklan ini

Penciptaan Saya

Tingkatkan traffik anda di sini

BlogPingSite ping fast  my blog, website, or RSS feed for Free My Ping in TotalPing.com Blogged.my free bloggers backlinks - link building services where you can get link exchange free 100% to create backlinks for SEO Ping your blog, website, or RSS feed for Free Breaking News Free Geoogle ADS profitreload