Saturday 26 October 2013

Hughes: Awas Moyes!

KELUARKAN AMARAN: Pengurus Stoke City, Mark Hughes, berkata beliau yakin pasukannya mampu mengalahkan Manchester United apabila kedua-dua kelab bertemu dalam perlawanan Liga Perdana England hari ini. - Foto REUTERS

LONDON: Pengurus pasukan Stoke City, Mark Hughes, telah mengingatkan David Moyes bahawa pengurus pasukan Manchester United itu tidak mampu melakukan lebih banyak kesilapan jika ingin mempertahankan kejuaraan pertandingan Liga Perdana England musim ini.
Di bawah pimpinan Sir Alex Ferguson, United telah menjuarai pertandingan ini pada musim lalu selepas menangkis cabaran seteru utamanya, Manchester City.
Hughes adalah antara sekumpulan kecil pengurus pasukan Liga Perdana England yang pernah mencatatkan kemenangan berganda ke atas United sama ada di tempat sendiri ataupun di Old Trafford semasa mengendalikan pasukan Blackburn Rovers.
Bekas pemain United, yang akan memimpin pasukannya hari ini untuk mencabar Moyes di Old Traffor, itu berpendapat satu lagi kekalahan pasukan tuan rumah bermakna peluang mereka untuk mempertahankan kejuaraan musim ini pasti tipis.
"United harus berhati-hati kerana sesebuah pasukan hanya mampu mengalami bilangan kekalahan yang terbatas jika pasukan itu ingin menjuarai Liga Perdana England.
"Jika dilihat kepada sejarah, pasukan anda boleh kalah lima enam perlawanan.
"Tetapi jika lebih daripada enam perlawanan, saya fikir peluang menjuarai pertandingan ini sukar," Hughes menambah.
"Sejauh ini, United telah kecundang sebanyak tiga kali dan Moyes tahu mereka tidak mampu tumbang lagi.
"Selalunya, apabila kita mempertikaikan kebolehan United, pasukan itu akan bangkit.
"Tetapi, harus diingat bahawa Stoke lebih baik beraksi di padang lawan daripada di tempat sendiri.
"Kami akan berkunjung ke Old Trafford dengan keyakinan bahawa kami mampu menewaskan United....
"Jika kami bermain dengan baik dan memanfaatkan peluang, kami yakin kami mempunyai peluang," Hughes mengingatkan Moyes.
Menurut Hughes, United tidak lagi sebuah pasukan yang kebal di Old Trafford.
"Ini peluang terbaik untuk mencabar United," Hughes menambah.
SAMBUNG BACAAN.....

Friday 25 October 2013

LIGA PERDANA ENGLAND: Ferguson bidas Keane balas



KANDUNGAN PEDAS: Bekas pengurus Manchester United, Alex Ferguson, dengan bukunya, 'My Autobiography', yang dilancarkan kelmarin dan dijual di kebanyakan toko buku mulai hari ini. - Foto AP
 
Bekas kapten Man U sifatkan mantan pengurus 'tak faham erti taat setia'

LONDON: Bekas kapten Manchester United, Roy Keane, membalas bidasan bekas pengurus kelab itu, Alex Ferguson, yang mengeluarkan buku catatan peribadinya yang membuat beberapa kritikan pedas terhadap beberapa pemain dan jurulatih dengan mengatakan bahawa "beliau tidak faham erti perkataan taat setia".
Dalam My Autobiography, yang dilancarkan kelmarin, Ferguson mendedahkan bahawa hubungan rapatnya dengan Keane berakhir apabila pemain asal Ireland itu membuat kritikan pedas terhadap beberapa rakannya dalam satu interviu dengan MUTV pada Oktober 2005 yang tidak disiarkan.
Ferguson, dalam catatannya, menggambarkan kemarahan Keane dalam satu pertengkaran antara mereka kemudian sebagai "menggerunkan untuk dilihat" sebelum menambah bahawa Keane memiliki "lidah paling pedas dapat dibayangkan".
Membalas bidasan tersebut, Keane, kini seorang pengulas televisyen bersama stesen ITV, berkata Ferguson bersikap hipokrit kerana beliau sendiri mengkritik beberapa bekas pemainnya dalam autobiografi terbarunya itu.
"Saya masih ingat satu perbualan dengan beliau ketika saya berada di kelab itu mengenai soal taat setia dan pada pandangan saya beliau tidak faham erti perkataan tersebut," jelas Keane kepada ITV.
"Apa yang beliau katakan mengenai saya tidak terlalu merisaukan saya, tetapi saya mendapati sangat aneh apabila beliau sering mengkritik pemain-pemain lain yang membawakan banyak kejayaan kepadanya.
"Apa pun, tidur saya tidak akan terganggu kerananya."
Keane meninggalkan United pada November 2005 dan menghabiskan separuh musim bersama Celtic sebelum mengambil alih tugas sebagai pengurus Sunderland dan kemudian Ipswich Town selama lima tahun.
Dalam buku My Autobiography, yang menyingkap kejayaan Ferguson mengurus United selama 27 tahun yang menyaksikan beliau memenangi 13 kejuaraan Liga Perdana, lima Piala FA, empat Piala Liga dan dua mahkota Liga Juara-Juara, beliau turut mengkritik beberapa bekas pemain lain, termasuk David Beckham, Ruud van Nistelrooy, Wayne Rooney dan Owen Hargreaves.
Sambil menyifatkan komen-komen tersebut sebagai tidak perlu, Keane, yang pernah mengeluarkan autobiografinya sendiri pada 2002, menambah:
"Saya hanya mahu mengatakan bahawa beliau tidak perlu melakukannya. Saya tidak pasti berapa buku yang telah ditulisnya.
"Tetapi beliau, pada satu tahap, harus sedar bahawa inilah pemain-pemain yang telah banyak menabur jasa kepada Man United. Dan sebilangan besar pemain ini membantunya memenangi begitu banyak piala.
"Cuba bayangkan apa agaknya yang akan beliau katakan jika kami gagal memenangi sebarang piala. Kami membawa banyak kejayaan untuk kelab dan kami memberikan segala-galanya ketika bersama kelab itu.
"Tetapi seperti yang saya katakan, ia sebahagian daripada kehidupan moden sekarang. Ada orang suka menulis buku dan mengkritik bekas pemain mereka."
Ketika diminta pandangannya, pengurus United, David Moyes, pula berkata beliau tidak bimbang akan kesan pendedahan yang dibuat Ferguson ke atas Rooney dan pemain lain di kelab itu.
Malah, Moyes kelmarin mengalu-alukan pandangan Ferguson sambil berkata beliau juga tidak fikir Rooney akan terkesan dengannya.
"Wayne kini fokus dengan permainannya. Saya tidak menghadapi apa-apa masalah. Wayne menjaga dirinya dengan baik dan bermain dengan cemerlang.
"Alex Ferguson boleh melakukan apa yang dimahukannya. Beliau mewakili dirinya sendiri. Kami menanti-nanti apa yang akan diperkatakannya dan saya pasti ramai penyokong juga mahu mendengarnya," ujar Moyes. - Agensi.

"Anda tidak boleh membenarkan seorang pemain mengambil alih kuasa dalam bilik persalinan. Itulah kesilapannya (menyebabkan beliau dijual)." Beliau masuk ke pejabat saya pada hari selepas kami memenangi kejuaraan liga (2013) dan meminta izin berpindah. Beliau tidak berpuas hati tidak disertakan dalam sesetengah perlawanan dan dikeluarkan dalam beberapa perlawanan lain." "Menggerunkan untuk dilihat... Beliau memiliki lidah yang sangat pedas dapat digambarkan. Beliau boleh melemahkan orang paling yakin di dunia dalam beberapa saat dengan lidahnya." "Apa yang beliau katakan mengenai saya tidak terlalu merisaukan saya, tetapi saya mendapati sangat aneh apabila beliau sering mengkritik pemain-pemain lain yang membawakan banyak kejayaan kepadanya... Apa pun, tidur saya tidak akan terganggu kerananya."
- Bekas kapten Manchester United, Roy Keane.

FERGUSON MENGENAI KEANE
"Menggerunkan untuk dilihat... Beliau memiliki lidah yang sangat pedas dapat digambarkan. Beliau boleh melemahkan orang paling yakin di dunia dalam beberapa saat dengan lidahnya."
MENGENAI BECKHAM
"Anda tidak boleh membenarkan seorang pemain mengambil alih kuasa dalam bilik persalinan. Itulah kesilapannya (menyebabkan beliau dijual)."
MENGENAI ROONEY
Beliau masuk ke pejabat saya pada hari selepas kami memenangi kejuaraan liga (2013) dan meminta izin berpindah. Beliau tidak berpuas hati tidak disertakan dalam sesetengah perlawanan dan dikeluarkan dalam beberapa perlawanan lain."
SAMBUNG  BACAAN

Thursday 24 October 2013

Rooney tidak peduli dengan dakwaan mahu tinggalkan United



GEMBIRA: Wayne Rooney gembira bekas pengurus pasukan Manchester United, Sir Alex Ferguson, membetulkan fakta yang salah mengenai dirinya dalam interviu di kaca televisyen pada Selasa lalu. - 

MANCHESTER: Pemain penyerang Manchester United, Wayne Rooney, berkata beliau tidak menghadapi sebarang masalah dengan dakwaan yang dibuat oleh bekas pengurus pasukan itu, Sir Alex Ferguson, dalam autobiografinya.
Dalam buku terbarunya yang diedarkan pada Selasa lalu, Ferguson berkata beliau bimbang dengan tahap kecergasan Rooney pada musim lalu.
Selain daripada itu, Ferguson juga mengulangi dakwaannya bahawa pemain berusia 27 tahun itu telah membuat permintaan mahu meninggalkan kelab tersebut pada Mei lalu.
Bagaimanapun, dalam satu interviu melalui kaca televisyen pada Selasa lalu, Ferguson mengakui bahawa pemain itu tidak membuat sebarang permohonan bertulis agar diletakkan dalam senarai pemain yang ingin berpindah kelab.
Bercakap selepas membantu United menewaskan Real Sociedad 1-0 dalam Liga Juara-Juara Eropah di Old Trafford kelmarin, Rooney memberitahu Sky Sports:
"Beliau muncul untuk membetulkan fakta yang saya membuat permohonan bertulis mahu meninggalkan kelab itu.
"Beliau barangkali mempunyai pandangannya yang tersendiri. Saya tidak pernah berjumpa Ferguson sejak beliau memutuskan mahu bersara.
"Buat masa ini, saya gembira dengan pentadbiran baru di kelab ini. Saya tidak peduli dengan perkara lain yang disebut dalam buku itu. Ia cerita lampau sedangkan saya lebih memikirkan tentang soal masa depan.
"Jurulatih baru yang mengambil alih telah memberikan nafas baru kepada kelab ini.
"Kami bertekad mahu menjadi pasukan yang berjaya pada musim ini. Dalam kalangan kami terdapat ramai pemain yang begitu dahagakan kejayaan.
"Sejauh ini, keputusan perlawanan kami masih jauh daripada memuaskan tetapi kami sedang berusaha membaiki keadaan."
Buat masa ini, United tercicir lapan mata di belakang Arsenal dalam persaingan Liga Perdana England.
Rooney bertanggungjawab membantu United memperoleh gol tunggalnya dalam pertandingan ini selepas pemain pertahanan Real Sociedad, Inigo Martinez, dengan tidak sengaja tertolak bola ke dalam gawang pasukannya selepas rembatan pemain antarabangsa England itu terkena tiang gawang pasukan pelawat.
Rooney digandingkan dengan Javier Hernandez selepas Robin van mengalami kejang otot.
Bagaimanapun, pengurus pasukan United, David Moyes, menegaskan bahawa pemain antarabangsa Belanda itu boleh disertakan dalam menentang Stoke City, esok.
"Saya yakin Van Persie akan kembali cergas untuk perlawanan pada Sabtu ini.
"Beliau mengalami kecederaan sebelum mewakili Belanda dalam kelayakan Piala Dunia," kata Moyes yang sebelum menyertai United adalah pengurus pasukan Everton.
SAMBUNG BACAAN

Wednesday 23 October 2013

LIGA JUARA-JUARA: Man U berpaling ke Eropah

JANUZAJ JADI HARAPAN: Sama ada Adnan Januzaj (kanan) diturunkan masih menjadi tanda tanya tetapi pengurus Manchester United, David Moyes, kini kelihatan bergantung harap pada kebijaksanaannya memulakan gerakan dan membuat hantaran dalam menghasilkan gol bagi rakan-rakannya. - Foto REUTERS
 
Dua lagi kemenangan dapat jamin peluang mara

LONDON: Selepas menghadapi hujung minggu yang suram, Manchester United sekali lagi mengalih pandangannya ke arah Liga Juara-Juara yang menjanjikan peluang lebih cerah apabila ia menyambut kedatangan Real Sociedad di Old Trafford dalam perlawanan pusingan ketiga Kumpulan A.
United tergelincir lagi dalam Liga Perdana apabila ia disekat 1-1 oleh Southampton, yang menjaringkan gol penyamaan pada minit ke-89 perlawanan Sabtu lalu.
Keputusan itu meletakkan United di tangga kelapan, lapan mata di belakang pendahulu liga, Arsenal, sementara pengurusnya, David Moyes, terus diburu pertanyaan sama ada beliau calon yang sesuai menggantikan tempat Alex Ferguson di kelab paling berjaya di England itu.
United menduduki tangga atas Kumpulan A selepas menikmati kemenangan 4-2 ke atas Bayer Leverkusen dan seri 1-1 dengan Shakhtar Donetsk.
Dengan permulaan baik itu, United hanya memerlukan dua lagi kemenangan apabila berdepan dengan Sociedad sebanyak dua kali - di padang sendiri dan di padang lawan - bagi melayakkan diri ke peringkat selanjutnya.
"Saya rasa perlawanan ini penting bagi kami. Jika kami menang, ia akan meletakkan kami pada kedudukan yang kukuh dalam kumpulan.
"Kami perlu menggunakan kesempatan bermain di padang sendiri bagi mendapatkan keputusan yang diharapkan," jelas Moyes.
Sociedad melayakkan diri ke peringkat kumpulan Liga Juara-Juara selaku pasukan di tangga keempat La Liga Sepanyol dan menyingkirkan Lyon dari Perancis dalam pusingan kelayakan.
Namun, prestasi cemerlang mereka kian pudar apabila ia kalah dalam kededua perlawanan pembukaan peringkat kumpulan dan belum menang dalam sembilan perlawanan domestik di Sepanyol kecuali kemenangan 2-1 ke atas Valencia Sabtu lalu.
United pula tidak boleh terlalu yakin kerana ia bakal beraksi tanpa kededua tunggak pertahanan veteran iaitu Rio Ferdinand serta Nemanja Vidic dan pemain midfield muda Tom Cleverley yang cedera.
Moyes, pada masa yang sama, harus memilih sama ada akan mengekalkan penggantungan pada bakat muda Adnan Januzaj, 18 tahun, yang disenaraikan dalam kesebelasan utama United dalam dua perlawanan terakhirnya.
Sociedad pula dijadualkan turun tanpa Esteban Granero dan Dani Estrada yang cedera, tetapi kapten Xabi Prieto berpeluang beraksi selepas muncul buat seketika sebagai pemain gantian sewaktu menentang Valencia.
Kehadiran Prieto meningkatkan keyakinan pengurus Jagoba Arrasate yang berkata:
"Saya menjangka kami menunjukkan kemajuan dan berharap kemenangan ini (ke atas Valencia) akan menjadi permulaan yang positif.
"Kini kami dapat memikirkan untuk bertandang ke Manchester dan beraksi dalam satu perlawanan bersejarah. Dengan kemenangan ini, kami akan ke sana dengan penuh keyakinan."
Perlawanan dinihari esok adalah yang pertama di antara kededua pasukan.
SAMBUNG BACAAN...

Tuesday 22 October 2013

Ketua kumpulan militan Sulu meninggal dunia

JAMALUL KIRAM III: Kematian beliau akibat kegagalan fungsi organ pagi semalam disahkan anaknya, Cik Jacel Kiram. - Foto AFP

MANILA: Ketua kumpulan militan Sulu di Filipina, Jamalul Kiram III, yang mendakwa dirinya Sultan Sulu, meninggal dunia awal pagi semalam akibat kegagalan fungsi organ.
Berita itu disahkan anak perempuannya, Cik Jacel Kiram, yang menyatakan Jamalul, 75 tahun, meninggal dunia pada 4.42 pagi di Pusat Jantung Filipina.
Cik Jacel berkata ada kemungkinan jenazah bapanya itu dibawa pulang ke Jolo, Sulu.
Awal tahun ini, pengikut Jamalul telah melancarkan pencerobohan di Sabah bagi menuntut wilayah itu.
Isterinya, Cik Fatima Kiram, berkata suaminya kekal dengan pendirian mahu menuntut wilayah itu sehingga beliau menghembuskan nafas terakhirnya.
"Sultan meninggal dunia dalam keadaan miskin tetapi mulia. Pesanan terakhirnya kepada semua saudara lelaki dan pengikutnya ialah 'Perjuangan sudah pun bermula. Mari kita teruskan demi kebajikan rakyat kita. Jangan tinggalkan rakyat kita,'" katanya.
Cik Fatima, bagaimanapun, berkata itu tidak bermakna pihaknya akan kembali menggunakan keganasan, sebaliknya keluarganya bersedia berunding dengan Malaysia.
Sebelum kematiannya, Jamalul dilaporkan terpaksa melalui sesi dialisis dua kali seminggu.
Pada Februari lalu, sekurang-kurangnya 100 pengikut Jamalul menceroboh Sabah dan kemudian bertempur dengan pasukan keselamatan Malaysia setelah enggan melucutkan senjata.
Sultan Sulu dilaporkan pernah memerintah kepulauan yang kini merupakan sebahagian daripada wilayah selatan Filipina dan Sabah.
Bagaimanapun, kesultanan itu telah hilang kuasa ke atas Sabah kepada negara kuasa Eropah pada abad ke-18.
Sebagai pewaris kesultanan itu, Jamalul dan keluarganya masih menerima pampasan daripada Malaysia sebanyak sekitar AS$1,700 ($2,106), yang mereka sifat sebagai terlalu rendah.
Menurut Cik Fatima, adik suaminya, Encik Bantillan, akan mengambil alih jawatan Sultan, dengan menegaskan bahawa beliau mempunyai "hak sah di bawah undang-undang".
Selain keluarga Kiram, terdapat pewaris lain kesultanan itu yang mendakwa mereka Sultan Sulu yang sebenar.
SAMBUNG BACAAN.....

Sunday 20 October 2013

GEMPA BUMI DI PULAU BOHOL: FILIPINA Usaha menyelamat dihenti, 13 masih hilang


MANILA: Pasukan penyelamat semalam menamatkan operasi mencari mangsa kejadian gempa bumi kuat di pulau peranginan Bohol, yang telah mengorbankan sekurang-kurangnya 180 orang.
Pulau yang didiami sekitar 1 juta penduduk itu telah mengalami kejadian tanah runtuh serta jambatan dan bangunan roboh ekoran gempa sekuat 7.1 pada skala Richter pada Selasa lalu.
"Operasi menyelamat telah dihentikan dan kami sekarang sedang menjalankan operasi pemulihan. Kami masih mencari 13 orang yang dilaporkan hilang. Para penyelamat kini berada di tapak kejadian untuk mencari mayat mereka," kata ketua agensi bencana Filipina, Encik Eduardo del Rosario.
Pulau Bohol yang terletak sekitar 600 kilometer dari ibu kota Manila, terkenal dengan keindahan pantainya di kalangan para pelancong.
Ia juga mempunyai banyak gereja purba, yang rata-ratanya mengalami kerosakan teruk atau runtuh ekoran gempa itu.
Menurut Encik Del Rosario, sekurang-kurangnya 167 orang telah terkorban di pulau itu.
Lagi 12 orang terkorban di pulau Cebu dan satu kematian dilaporkan di Siquijor.
Tiada pelancong asing yang terkorban.
Sehubungan dengan itu, Gabenor Bohol, Encik Edgar Chatto, dalam satu sidang akhbar semalam berkata bekalan elektrik telah dapat dipulihkan di pulau itu sementara jalan-jalan raya utama, yang sebelum ini terjejas dengan tanah runtuh telah dapat dibuka semula.
Ini akan dapat mempercepatkan lagi pengagihan bantuan kemanusian kepada para mangsa, katanya.
Sebelum ini, helikopter digunakan bagi memindahkan para pesakit yang cedera dari kawasan pedalaman dan mengagihkan bekalan makanan, ekoran jalan-jalan raya utama yang tidak dapat dilalui.
Menurut pihak berkuasa, bencana itu telah menyebabkan hampir 400,000 penduduk hilang tempat tinggal.
Ramai yang masih enggan pulang ke rumah dan berlindung di khemah-khemah sementara kerana takut gegaran susulan berlaku.
Gempa itu telah menyebabkan kerosakan kepada lebih 34,000 rumah, dengan 109,000 penduduk kini ditempatkan di pusat-pusat perlindungan sementara di Bohol.
SAMBUNG BACAAN...

Jaguh Muzik 3 Negara: SleeQ, Hafiz dan Cakra Khan masing-masing bolot tiga anugerah


BANGGAKAN SINGAPURA: SleeQ yang terdiri daripada sepasang sepupu, iaitu (dari kiri) Alif Abdullah (Alyph) dan Ahmad Syarifullah (Syarif) yang bakal berhijrah ke Malaysia terharu dengan tiga kemenangan termasuk dinobatkan sebagai Ikon Media Sosial.

KEMENANGAN BERMAKNA: Hafiz Suip (kiri) yang dinobatkan sebagai Artis Serantau Paling Popular, banyak belajar daripada kerendahan hati dan kesungguhan pasangan duetnya dalam lagu 'Muara Hati', Datuk Siti Nurhaliza. Sementara Cakra Khan (atas) dengan 'suara jantannya' meraih kemenangan bermakna dengan lagunya 'Harus Terpisah', dipilih sebagai Lagu Serantau Terbaik. - Foto-foto TAUFIK A. KADER

BANGGAKAN SINGAPURA: SleeQ yang terdiri daripada sepasang sepupu, iaitu (dari kiri) Alif Abdullah (Alyph) dan Ahmad Syarifullah (Syarif) yang bakal berhijrah ke Malaysia terharu dengan tiga kemenangan termasuk dinobatkan sebagai Ikon Media Sosial.

MALAM kelmarin pastinya meninggalkan sejuta kenangan manis bagi artis-artis muda, SleeQ, Hafiz Suip dan Cakra Khan, yang berhempas pulas membangun kerjaya dalam bidang nyanyian.
Dengan tiga anugerah setiap seorang, mereka berkongsi kedudukan sebagai penerima Anugerah Planet Muzik (APM) terbanyak di acara gilang-gemilang yang berlangsung di Dewan Suntec Singapore.
Kebetulan pula, masing-masing mewakili tiga negara, Singapura, Malaysia dan Indonesia, yang bertanding dalam acara tahunan anjuran bersama stesen radio MediaCorp Ria 89.7FM dan Warna 94.2FM serta saluran televisyen MediaCorp Suria.
Di ambang SleeQ berhijrah ke Malaysia akhir bulan ini, atas dorongan 'sifu' mereka, Aaron Aziz, mereka dinobatkan sebagai pemenang kategori Ikon Media Sosial, Lagu Singapura Paling Popular dan Kolaborasi Terbaik.
Hafiz, juara Akademi Fantasia 7 pula teruja dan bersyukur atas kemenangannya dalam kategori Duo/Kumpulan Terbaik, Artis Serantau Paling Popular dan Lagu Serantau Paling Popular.
Manakala muka baru di persada seni suara Indonesia, Cakra Khan yang memiliki 'suara jantan' pula diiktiraf sebagai pemenang Vokal Terbaik (Artis Baru Lelaki), Lagu Terbaik Indonesia dan Lagu Serantau Terbaik.
Boleh dikatakan sesi wawancara bersama mereka kerap terhenti kerana dalam kesibukan menjawab soalan, mereka perlu bergegas turun naik pentas bagi menerima anugerah yang datang silih berganti.
Menyifatkan kemenangan malam itu sebagai pembakar semangat, anggota SleeQ, Alif Abdullah (Alyph), 23 tahun, berkata:
"Selain keluarga dan peminat SleeQ yang tidak putus-putus memberi sokongan, kami juga berterima kasih kepada pencipta media sosial seperti Facebook, YouTube, Twitter dan Instagram. Mereka memang genius!
"Wadah ini mendekatkan kami lagi dengan peminat-peminat kami, membolehkan mereka menikmati hasil karya kami secara mudah lagi cepat."
Sepupunya, Ahmad Syarifullah (Syarif), juga 23 tahun, pula berkata dalam memburu kerjaya seni, mereka perlu menebalkan muka dan mengambil risiko.
Ini termasuk dalam mengambil keputusan penting lagi genting berhijrah ke Malaysia bagi menukik pasaran yang lebih luas.
"Kita tak boleh tunggu macam buah tak jatuh dan tak boleh jangkakan keajaiban berlaku dalam hidup kita tanpa bekerja keras.
"Tak boleh malu-malu, rajin bertanya dengan yang tahu dan harus berani ambil risiko," ujarnya.
Sungguhpun begitu, mereka berdua memberi jaminan akan kembali ke Singapura sebulan sekali bagi memenuhi undangan dan untuk kekalkan keakraban bersama peminat di sini.
Hafiz, 23 tahun, yang cukup hit dengan lagu filem Ombak Rindu dan drama 'tangkap lentok' Adam dan Hawa (Muara Hati), pula berkata kemenangan di peringkat serantau itu adalah titik tolak baginya memperluas empayar dalam dunia muzik.
Beliau adalah artis dengan pencalonan terbanyak iaitu dalam tujuh kategori.
"Saya mengharapkan rezeki saya ada di luar Malaysia. Justeru, saya rasa bertuah dan berbesar hati kerana diberi kepercayaan bekerjasama dengan ikon muzik seperti Datuk M. Nasir dan Datuk Siti Nurhaliza.
"Mereka banyak memberi tunjuk ajar kepada saya yang masih hijau dalam industri ini. Kata mereka, jadilah diri sendiri, berikan 100 peratus tenaga dan tumpuan pada bidang pekerjaan.
"Yang penting, jangan kita lengah-lengahkan sesuatu tawaran yang baik sebab peluang itu hanya sekali saja," tambahnya.
Semangat berkobar-kobar Hafiz untuk maju dalam bidang nyanyian ini turut dilihat rakan duetnya, Datuk Siti Nurhaliza.
Bintang berkarisma yang nyatanya masih memukau lautan peminatnya mengulas:
"Bagi sesebuah lagu duet dengan pasangan penyanyi lelaki dan perempuan, kita perlukan keserasian antara kededuanya dan tonasi suara yang tidak jauh beza.
"Saya bertuah kerana Hafiz adalah artis yang bekerja keras dan melakukan yang terbaik bagi setiap persembahan."
Cakra, 21 tahun, yang merendah hati pula berkata APM itu cukup bermakna bagi dirinya yang popular dengan lagu Harus Terpisah dan Setelah Kau Tiada.
"Semua ini anugerah Tuhan yang saya syukuri. Suara yang disebut-sebut sebagai suara 'ganteng' itu juga pemberian-Nya.
"Saya kira sambutan baik bagi lagu-lagu saya ini dan bagaimana ia bisa 'roket' di carta muzik, berputik daripada keinginan menyampaikan sesuatu yang mudah dihadam dan difahami pendengar. Mudah-mudahan selepas pengiktirafan ini, saya mampu mengadakan konsert saya sendiri," jelas lulusan kursus vokal klasikal daripada Sekolah Tinggi Musik Bandung itu.
SAMBUNG BACAAN....

Saturday 19 October 2013

Jual anak kerana mahu beli iPhone

SHANGHAI: Satu pasangan muda di China berdepan dengan hukuman kerana "menjual" anak perempuan mereka untuk membeli barangan mewah, termasuk telefon bijak iPhone.
Menurut pihak pendakwa raya Shanghai, pasangan itu menghadapi tuduhan pemerdagangan manusia selepas meletakkan iklan di Internet menawarkan anak ketiga mereka diambil sebagai anak angkat.
Mereka menerima wang daripada pasangan yang bersedia mengambil anak mereka, lapor akhbar Liberation Daily semalam.
Habuan yang diterima dipercayai bernilai antara 30,000 yuan ($6,092) dengan 50,000 yuan.
Para penyiasat mendapati si ibu telah menggunakan wang itu membeli iPhone, kasut sukan mahal dan barangan lain.
Bagaimanapun, pasangan itu memberitahu polis mereka mahu memberikan anak perempuan mereka kehidupan lebih baik.


SAMBUNG BACAAN...

Sunday 13 October 2013

Gambar-Gambar bertudung Erra Fazira

Memang jelita artis ini walaupun mencecah 30an, beliau masih kekl anggun sampai sekarang.. Mari kita lihat gambar cantik beliau..





                                                        


                       

                                                     

HANIS ZULAIKHA,,,,


Saturday 12 October 2013

PM Libya tuduh parti lawan jadi dalang


 
PARIS: Perdana Menteri Libya, Encik Ali Zeidan, menuduh sebuah "parti politik" sebagai dalang penculikannya, kelmarin, contoh terbaru tentang sikap tidak mematuhi undang-undang yang berleluasa di negara itu sejak penggulingan bekas pemimpinnya Muammar Gaddafi.
Perdana menteri itu kelihatan sihat apabila beliau tiba di ibu pejabat pemerintahnya selepas pengalaman pahitnya itu, sambil melambai-lambai ke arah para penyokongnya dalam sebuah kereta perisai.
"Saya harap masalah ini akan diselesaikan dengan hujahan tanpa sebarang 'suasana bertambah buruk'," kata Encik Zeidan yang disiarkan menerusi stesen televisyen negaranya sedang beliau meninggalkan satu mesyuarat.
Serangan mengejut ke atas Encik Zeidan sebelum fajar berlaku lima hari selepas komando Amerika Syarikat memalukan dan mencetuskan kemarahan pemerintah Libya dengan menangkap suspek pemimpin kanan Al-Qaeda, Abu Anas al-Libi, di Tripoli dan membawanya ke sebuah kapal perang di Laut Mediterranean.
Para saksi berkata Encik Zeidan ditahan di sebuah balai polis di selatan ibu kota Libya dan kumpulan yang menawannya membebaskan beliau selepas para penduduk yang bersenjata mengepung bangunan itu dan meminta beliau dibebaskan.
Satu kenyataan pemerintah Libya berkata Encik Zeidan telah dibawa ke "sebuah tempat tidak diketahui atas sebab-sebab yang tidak didedahkan oleh sebuah kumpulan" lelaki yang dipercayai bekas pemberontak.
Dalam ulasan yang dibuat kemudian kepada stesen televisyen France24, Encik Zeidan menuduh sebuah "parti politik" menculik beliau tanpa menamakan kumpulan itu.
"Ia sebuah parti politik yang mahu menggulingkan pemerintah dengan apa cara sekalipun," katanya.
"Pada hari-hari akan datang saya akan memberikan lebih banyak maklumat mengenai parti politik manakah yang melakukan penculikan saya," tambah Encik Zeidan.
Selepas dibebaskan, Encik Zeidan bertemu dengan para menteri dan ahli Kongres Kebangsaan Umum (GNC) - pihak berkuasa tertinggi Libya.
Sel Operasi bagi Revolusioner Libya (OCLR), sebuah kumpulan bekas pemberontak yang mengutuk dengan keras penculikan Abu Anas al-Libi dan menuduh pemerintah Encik Zeidan melakukannya, berkata ia telah "menangkap" perdana menteri atas arahan daripada pihak pendakwa raya.
Namun, kabinet Libya dalam ruang laman Facebook miliknya berkata bahawa pihak menteri "tidak menyedari sama ada keimunan telah dibatalkan atau adanya waran tangkapan" bagi Encik Zeidan.
Pasukan Briged bagi Perjuangan menentang Jenayah, sebuah divisyen polis yang terdiri daripada bekas pemberontak, kemudian mendakwa ia bertanggungjawab, kata laporan agensi berita rasmi Lana.
Pihak pemerintah Libya mengesyaki kedua-dua kumpulan menjadi dalang penculikan Encik Zeidan itu. SAMBUNG BACAAN.....

Sunday 6 October 2013

'KL Gangster 2' dapat sambutan




DAPAT SAMBUTAN: Filem KL Gangster 2 arahan Syamsul Yusof mendapat kutipan lebih $270,000 pada hari pertama tayangan Khamis lalu.

FILEM KL Gangster 2 arahan Syamsul Yusof berjaya mengutip RM700,000 ($273,900) menerusi tayangan di hari pelancarannya pada Khamis lalu.
Penerbit, Datuk Yusof Haslam, berkata mengikut taksirannya, filem itu mampu mendapat sokongan peminat filem tempatan walaupun ia sudah dicetak rompak.
"Berdasarkan kepada kutipan itu, saya percaya filem ini mampu menarik perhatian orang ramai terutama kepada mereka yang menantikan hasil karya arahan anak saya, Syamsul," katanya lapor kepada mStar Online.
Filem tersebut sepatutnya ditayangkan pada Khamis tetapi telah mendapat hak tayangan lebih awal untuk tiga hari bermula 27 hingga 29 September lalu sebagai sokongan terhadap karya tersebut yang telah dicetak rompak.
Yusof berkata kutipan bagi 100 panggung untuk tayangan larut malam menyaksikan pihaknya memperoleh RM200,000.
Malah berdasarkan tayangan itu, kebanyakan panggung menunjukkan jumlah penonton yang ramai, sekali gus melegakan hatinya selepas bimbang karya itu tidak mendapat sambutan.

SAMBUNG BACAAN

Saturday 5 October 2013

Senarai 10 Pemain Bola Sepak Terkaya di Dunia


    
David Beckham is the Richest football player in the world

     DAVID BECKHAM

    Highest earning football players 2013

  1. David Beckham – £175m
  2. Lionel Messi - £115.5m
  3. Cristiano Ronaldo – £112m
  4. Kaka - £66.5m
  5. Ronaldinho – £63m
  6. Samuel Eto’o – £52m
  7. Wayne Rooney – £50m
  8. Zlatan Ibrahimovic – £47m
  9. Rivaldo – £45.5m
  10. Rio Ferdinand – £42m
SAMBUNG BACAAN.......

Pembukaan tingkat pertama jambatan di kawasan tawaf ditangguh


MAKKAH: Pihak berkuasa Makkah kelmarin mengumumkan penangguhan pembukaan tingkat pertama jambatan sementara di kawasan tawaf sehingga selepas musim haji.
Penangguhan itu dibuat bagi membolehkan kerja-kerja pembinaan di bahagian pintu kecemasan jambatan tersebut diselesaikan.
Bahagian atas jambatan bulat yang bersambung dengan tingkat pertama Masjidil Haram telah dibuka pada 25 Julai lalu semasa bulan Ramadan dan kini digunakan oleh golongan warga emas dan orang kurang upaya.
Jambatan setinggi 13 meter dan seluas 12 meter itu boleh memuatkan kira-kira 1,700 jemaah yang menggunakan kerusi roda untuk tawaf dalam tempoh sejam.
Pengarah Pertahanan Awam Makkah, Mejar Jeneral Jameel Arbaeen, berkata keputusan penangguhan itu dibuat selepas dicadangkan oleh lima anggota jawatankuasa saintifik di bawah Institut Penjagaan Dua Masjid Suci bagi Penyelidikan Haji.
"Penangguhan itu bukan sahaja bagi membolehkan kerja-kerja pembinaan dilakukan malah untuk memastikan keselamatan jemaah yang berada di sekitar Kaabah.
"Memandangkan musim haji semakin hampir, kerja-kerja pembinaan itu tidak sempat diselesaikan," katanya yang ditukil Saudi Gazette.
Sementara itu, Jabatan Pertahanan Awam Arab Saudi dilaporkan telah menyediakan pusat perlindungan sementara yang dapat memuatkan sehingga 100,000 jemaah haji tahun ini jika berlaku sebarang bencana atau kecemasan.
Pengarah Agung jabatan itu, Leftenan Jeneral Saad Al-Tuwaijri, pihaknya bersedia berdepan dengan 13 jenis kecemasan/bencana, termasuk banjir, kebakaran, gempa bumi, ribut dan kebocoran gas.
"Kerajaan telah membekalkan semua keperluan kami, termasuk kakitangan dan peralatan, untuk menjalankan misi dengan berkesan semasa musim haji," katanya yang ditukil Arab News.
SAMBUNG BACAAN

Friday 4 October 2013

Dakwa rasuah: Ketua mahkamah perlembagaan diberkas

AKIL MOKHTAR: Rasuah itu dipercayai berkaitan pilihan raya ketua daerah Gunung Mas. - Foto AFP


JAKARTA: Ketua Mahkamah Perlembagaan Indonesia, Akil Mochtar, telah diberkas kerana siyaki menerima rasuah berhubung satu kes keputusan pilihan raya yang dipertikaikan, kata pihak berkuasa semalam.
Mochtar, 62 tahun, merupakan pegawai pangkat tinggi ketiga yang ditangkap Suruhanjaya Pembanterasan Rasuah (KPK) tahun ini.
Dia ditangkap lewat kelmarin di rumahnya di Jakarta Selatan sejurus setelah seorang ahli perniagaan, yang dikenali sebagai CN dan seorang anggota Dewan Perwakilan Rakyat (DPR), Chairun Nisa dipercayai menyerahkan wang $265,000 dalam matawang dolar Singapura atau lebih 2 bilion rupiah kepadanya, kata jurucakap KPK, Encik Johan Budi, lapor The Associated Press.
Rasuah itu dipercayai berkaitan kes keputusan pilihan raya ketua daerah kawasan Gunung Mas, kata Encik Budi.
Sementara itu, ketua daerah Gunung Mas, Hambit Bintih, dan seorang lagi lelaki yang dikenali sebagai Dhani turut ditangkap di sebuah hotel di Jakarta tidak lama kemudian berkaitan kes itu, lapor laman berita Jakarta Globe.
Pilihan raya itu diadakan pada 4 September lalu. Salah satu fungsi mahkamah perlembagaan adalah untuk menghuraikan pertikaian pilihan raya.
Laman berita The Jakarta Post melaporkan bahawa wang itu diberikan kepada Mochtar supaya dia akan menyampaikan keputusan yang memihak kepada Bintih dalam perbicaraan yang sedang berlangsung kini.
"Kelima-lima lelaki sedang disiasat," kata Encik Budi, semasa satu sidang media sejurus selepas tengah malam semalam, lapor agensi berita AFP.
Menurut Encik Budi, penangkapan itu berjaya dilakukan hasil maklumat yang diterima beberapa hari sebelumnya tentang rancangan pengiriman wang itu.
Amalan rasuah yang berleluasa di Indonesia dikatakan punca negara itu sukar menarik pelaburan asing. SAMBUNG BACAAN...

Kenaikan Gaji Baru 2013/2014 Kakitangan Awam. Pelarasan Gaji Baru 1.4 Juta Penjawat Awam!

BETUL KE NI,,,,??
 

TERUS SAMBUNG BACAAN KE LINK INI. http://di-sini-bermula.blogspot.com/2013/10/kenaikan-gaji-baru-20132014-kakitangan.html

Thursday 3 October 2013

Cef dipenjara gara-gara tumbuk pemandu teksi

 
MENGAKU BERSALAH: Garfield Gordon Angove menyerang beberapa mangsa dan merosakkan beberapa kenderaan. - Foto INTERNET

SEORANG cef yang menumbuk seorang pemandu teksi berulang kali di muka, dihukum penjara dua minggu kelmarin dan diarah membayar pampasan sebanyak $3,500 kepada mangsa.
Warga Amerika, Garfield Gordon Angove III, 38 tahun, yang mengaku bersalah, menganggur pada masa serangan ke atas Encik Chua Poh Soon di luar Lucky Chinatown, di New Bridge Road pada 25 Mei lalu.
Dia turut didenda $1,000 kerana melakukan kerosakan kecil pada kenderaan.
Dia mengaku menendang sebuah motosikal di luar Lucky Chinatown, menyebabkan ia terjatuh dan menghentak sebuah teksi pada petang hari kejadian.
Dia telah membayar $500 kepada kedua-dua penunggang motosikal dan pemandu teksi bagi kerosakan yang disebabkannya.
Mahkamah diberitahu bahawa Encik Mohammad Fariz Muhammad Yusman, 23 tahun, telah meletakkan motosikalnya di luar pusat membeli-belah tersebut untuk membeli makanan di kedai berdekatan.
Ketika kembali ke motosikalnya, beliau melihat Angove berdiri di belakang semak berhampiran motosikal tersebut.
Apabila beliau duduk di atas motosikal itu, Angove menarik beliau dan bertanya: "Anda mahu sesuatu dari saya?"
Encik Fariz menolak tangannya dan kedua-duanya terus bertelingkah.
Sejurus kemudian, pemandu teksi Encik Seah Hock Tean, 57 tahun, melihat pertikaian tersebut selepas menurunkan penumpang.
Angove menghayunkan penumbuk ke arah Encik Fariz yang berjaya mengelaknya.
Dia kemudian menendang motosikal Encik Fariz, menyebabkan kenderaan itu terjatuh dan menghentak teksi Encik Seah.
Angove segera mengejar Encik Fariz yang melarikan diri.
Dia kemudian menghentikan teksi Encik Chua dan menaikinya.
Encik Fariz dan Encik Seah menjerit ke arah pemandu teksi berusia 57 tahun agar jangan memandu.
Melihat kekecohan tersebut, Encik Chua cuba keluar tetapi dihalang Angove yang berdiri di luar pintu pemandu.
Angove kemudian menarik bahu Encik Chua dan menumbuknya berulang kali, menyebabkan mulutnya berdarah.
Akibat kecederaannya, mangsa diberi cuti sakit seminggu.

Terkini: Warga Singapura dirompak di JB



Seorang wanita Singapura dirompak ketika sedang menanti suaminya pergi membayar minyak petrol di stesen Tebrau pagi Ahad lalu. Beliau ketika itu sedang menanti suaminya dalam keretanya yang tidak dikunci. Akibatnya, jari kelingking mangsa retak.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Kami memerlukan sumbangan anda untuk menaik taraf blog ini, Hanya click iklan ini

Penciptaan Saya

Tingkatkan traffik anda di sini

BlogPingSite ping fast  my blog, website, or RSS feed for Free My Ping in TotalPing.com Blogged.my free bloggers backlinks - link building services where you can get link exchange free 100% to create backlinks for SEO Ping your blog, website, or RSS feed for Free Breaking News Free Geoogle ADS profitreload