Saturday 12 October 2013

PM Libya tuduh parti lawan jadi dalang


 
PARIS: Perdana Menteri Libya, Encik Ali Zeidan, menuduh sebuah "parti politik" sebagai dalang penculikannya, kelmarin, contoh terbaru tentang sikap tidak mematuhi undang-undang yang berleluasa di negara itu sejak penggulingan bekas pemimpinnya Muammar Gaddafi.
Perdana menteri itu kelihatan sihat apabila beliau tiba di ibu pejabat pemerintahnya selepas pengalaman pahitnya itu, sambil melambai-lambai ke arah para penyokongnya dalam sebuah kereta perisai.
"Saya harap masalah ini akan diselesaikan dengan hujahan tanpa sebarang 'suasana bertambah buruk'," kata Encik Zeidan yang disiarkan menerusi stesen televisyen negaranya sedang beliau meninggalkan satu mesyuarat.
Serangan mengejut ke atas Encik Zeidan sebelum fajar berlaku lima hari selepas komando Amerika Syarikat memalukan dan mencetuskan kemarahan pemerintah Libya dengan menangkap suspek pemimpin kanan Al-Qaeda, Abu Anas al-Libi, di Tripoli dan membawanya ke sebuah kapal perang di Laut Mediterranean.
Para saksi berkata Encik Zeidan ditahan di sebuah balai polis di selatan ibu kota Libya dan kumpulan yang menawannya membebaskan beliau selepas para penduduk yang bersenjata mengepung bangunan itu dan meminta beliau dibebaskan.
Satu kenyataan pemerintah Libya berkata Encik Zeidan telah dibawa ke "sebuah tempat tidak diketahui atas sebab-sebab yang tidak didedahkan oleh sebuah kumpulan" lelaki yang dipercayai bekas pemberontak.
Dalam ulasan yang dibuat kemudian kepada stesen televisyen France24, Encik Zeidan menuduh sebuah "parti politik" menculik beliau tanpa menamakan kumpulan itu.
"Ia sebuah parti politik yang mahu menggulingkan pemerintah dengan apa cara sekalipun," katanya.
"Pada hari-hari akan datang saya akan memberikan lebih banyak maklumat mengenai parti politik manakah yang melakukan penculikan saya," tambah Encik Zeidan.
Selepas dibebaskan, Encik Zeidan bertemu dengan para menteri dan ahli Kongres Kebangsaan Umum (GNC) - pihak berkuasa tertinggi Libya.
Sel Operasi bagi Revolusioner Libya (OCLR), sebuah kumpulan bekas pemberontak yang mengutuk dengan keras penculikan Abu Anas al-Libi dan menuduh pemerintah Encik Zeidan melakukannya, berkata ia telah "menangkap" perdana menteri atas arahan daripada pihak pendakwa raya.
Namun, kabinet Libya dalam ruang laman Facebook miliknya berkata bahawa pihak menteri "tidak menyedari sama ada keimunan telah dibatalkan atau adanya waran tangkapan" bagi Encik Zeidan.
Pasukan Briged bagi Perjuangan menentang Jenayah, sebuah divisyen polis yang terdiri daripada bekas pemberontak, kemudian mendakwa ia bertanggungjawab, kata laporan agensi berita rasmi Lana.
Pihak pemerintah Libya mengesyaki kedua-dua kumpulan menjadi dalang penculikan Encik Zeidan itu. SAMBUNG BACAAN.....

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Kami memerlukan sumbangan anda untuk menaik taraf blog ini, Hanya click iklan ini

Penciptaan Saya

Tingkatkan traffik anda di sini

BlogPingSite ping fast  my blog, website, or RSS feed for Free My Ping in TotalPing.com Blogged.my free bloggers backlinks - link building services where you can get link exchange free 100% to create backlinks for SEO Ping your blog, website, or RSS feed for Free Breaking News Free Geoogle ADS profitreload