Wednesday, 23 October 2013

LIGA JUARA-JUARA: Man U berpaling ke Eropah

JANUZAJ JADI HARAPAN: Sama ada Adnan Januzaj (kanan) diturunkan masih menjadi tanda tanya tetapi pengurus Manchester United, David Moyes, kini kelihatan bergantung harap pada kebijaksanaannya memulakan gerakan dan membuat hantaran dalam menghasilkan gol bagi rakan-rakannya. - Foto REUTERS
 
Dua lagi kemenangan dapat jamin peluang mara

LONDON: Selepas menghadapi hujung minggu yang suram, Manchester United sekali lagi mengalih pandangannya ke arah Liga Juara-Juara yang menjanjikan peluang lebih cerah apabila ia menyambut kedatangan Real Sociedad di Old Trafford dalam perlawanan pusingan ketiga Kumpulan A.
United tergelincir lagi dalam Liga Perdana apabila ia disekat 1-1 oleh Southampton, yang menjaringkan gol penyamaan pada minit ke-89 perlawanan Sabtu lalu.
Keputusan itu meletakkan United di tangga kelapan, lapan mata di belakang pendahulu liga, Arsenal, sementara pengurusnya, David Moyes, terus diburu pertanyaan sama ada beliau calon yang sesuai menggantikan tempat Alex Ferguson di kelab paling berjaya di England itu.
United menduduki tangga atas Kumpulan A selepas menikmati kemenangan 4-2 ke atas Bayer Leverkusen dan seri 1-1 dengan Shakhtar Donetsk.
Dengan permulaan baik itu, United hanya memerlukan dua lagi kemenangan apabila berdepan dengan Sociedad sebanyak dua kali - di padang sendiri dan di padang lawan - bagi melayakkan diri ke peringkat selanjutnya.
"Saya rasa perlawanan ini penting bagi kami. Jika kami menang, ia akan meletakkan kami pada kedudukan yang kukuh dalam kumpulan.
"Kami perlu menggunakan kesempatan bermain di padang sendiri bagi mendapatkan keputusan yang diharapkan," jelas Moyes.
Sociedad melayakkan diri ke peringkat kumpulan Liga Juara-Juara selaku pasukan di tangga keempat La Liga Sepanyol dan menyingkirkan Lyon dari Perancis dalam pusingan kelayakan.
Namun, prestasi cemerlang mereka kian pudar apabila ia kalah dalam kededua perlawanan pembukaan peringkat kumpulan dan belum menang dalam sembilan perlawanan domestik di Sepanyol kecuali kemenangan 2-1 ke atas Valencia Sabtu lalu.
United pula tidak boleh terlalu yakin kerana ia bakal beraksi tanpa kededua tunggak pertahanan veteran iaitu Rio Ferdinand serta Nemanja Vidic dan pemain midfield muda Tom Cleverley yang cedera.
Moyes, pada masa yang sama, harus memilih sama ada akan mengekalkan penggantungan pada bakat muda Adnan Januzaj, 18 tahun, yang disenaraikan dalam kesebelasan utama United dalam dua perlawanan terakhirnya.
Sociedad pula dijadualkan turun tanpa Esteban Granero dan Dani Estrada yang cedera, tetapi kapten Xabi Prieto berpeluang beraksi selepas muncul buat seketika sebagai pemain gantian sewaktu menentang Valencia.
Kehadiran Prieto meningkatkan keyakinan pengurus Jagoba Arrasate yang berkata:
"Saya menjangka kami menunjukkan kemajuan dan berharap kemenangan ini (ke atas Valencia) akan menjadi permulaan yang positif.
"Kini kami dapat memikirkan untuk bertandang ke Manchester dan beraksi dalam satu perlawanan bersejarah. Dengan kemenangan ini, kami akan ke sana dengan penuh keyakinan."
Perlawanan dinihari esok adalah yang pertama di antara kededua pasukan.
SAMBUNG BACAAN...

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Kami memerlukan sumbangan anda untuk menaik taraf blog ini, Hanya click iklan ini

Penciptaan Saya

Tingkatkan traffik anda di sini

BlogPingSite ping fast  my blog, website, or RSS feed for Free My Ping in TotalPing.com Blogged.my free bloggers backlinks - link building services where you can get link exchange free 100% to create backlinks for SEO Ping your blog, website, or RSS feed for Free Breaking News Free Geoogle ADS profitreload