Saturday 5 October 2013

Pembukaan tingkat pertama jambatan di kawasan tawaf ditangguh


MAKKAH: Pihak berkuasa Makkah kelmarin mengumumkan penangguhan pembukaan tingkat pertama jambatan sementara di kawasan tawaf sehingga selepas musim haji.
Penangguhan itu dibuat bagi membolehkan kerja-kerja pembinaan di bahagian pintu kecemasan jambatan tersebut diselesaikan.
Bahagian atas jambatan bulat yang bersambung dengan tingkat pertama Masjidil Haram telah dibuka pada 25 Julai lalu semasa bulan Ramadan dan kini digunakan oleh golongan warga emas dan orang kurang upaya.
Jambatan setinggi 13 meter dan seluas 12 meter itu boleh memuatkan kira-kira 1,700 jemaah yang menggunakan kerusi roda untuk tawaf dalam tempoh sejam.
Pengarah Pertahanan Awam Makkah, Mejar Jeneral Jameel Arbaeen, berkata keputusan penangguhan itu dibuat selepas dicadangkan oleh lima anggota jawatankuasa saintifik di bawah Institut Penjagaan Dua Masjid Suci bagi Penyelidikan Haji.
"Penangguhan itu bukan sahaja bagi membolehkan kerja-kerja pembinaan dilakukan malah untuk memastikan keselamatan jemaah yang berada di sekitar Kaabah.
"Memandangkan musim haji semakin hampir, kerja-kerja pembinaan itu tidak sempat diselesaikan," katanya yang ditukil Saudi Gazette.
Sementara itu, Jabatan Pertahanan Awam Arab Saudi dilaporkan telah menyediakan pusat perlindungan sementara yang dapat memuatkan sehingga 100,000 jemaah haji tahun ini jika berlaku sebarang bencana atau kecemasan.
Pengarah Agung jabatan itu, Leftenan Jeneral Saad Al-Tuwaijri, pihaknya bersedia berdepan dengan 13 jenis kecemasan/bencana, termasuk banjir, kebakaran, gempa bumi, ribut dan kebocoran gas.
"Kerajaan telah membekalkan semua keperluan kami, termasuk kakitangan dan peralatan, untuk menjalankan misi dengan berkesan semasa musim haji," katanya yang ditukil Arab News.
SAMBUNG BACAAN

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Kami memerlukan sumbangan anda untuk menaik taraf blog ini, Hanya click iklan ini

Penciptaan Saya

Tingkatkan traffik anda di sini

BlogPingSite ping fast  my blog, website, or RSS feed for Free My Ping in TotalPing.com Blogged.my free bloggers backlinks - link building services where you can get link exchange free 100% to create backlinks for SEO Ping your blog, website, or RSS feed for Free Breaking News Free Geoogle ADS profitreload