TANGERANG
(Indonesia): Dua penyerang bermotosikal menembak mati dua pegawai polis
berdekatan ibu kota Indonesia malam kelmarin, dalam serangan terbaru ke
atas pasukan keselamatan di negara itu.
Menurut jurucakap polis negara, Encik Ronny Sompie, lelaki bersenjata
itu telah mendekati sebuah balai polis yang terletak di barat daya Jakarta, sebelum menembak belakang kepala seorang pegawai polis, yang
berada di jalan raya di situ.
Empat pegawai polis kemudian mengejar para penyerang itu menggunakan kereta polis.
Pemandu kereta polis itu bagaimanapun telah ditembak mati selepas kenderaan itu merempuh motosikal para penyerang.
"Polis telah merempuh motosikal penyerang. Pegawai polis yang memandu kenderaan berkenaan telah keluar dan kemudian ditembak mati dalam insiden berbalas tembakan," kata Encik Sompie.
Salah seorang penyerang berjaya meloloskan diri dengan mencuri sebuah motosikal milik penduduk kampung di situ.
Seorang lagi suspek melarikan diri.
Sejauh ini, tiada sesiapa yang mengaku bertanggungjawab atas kejadian kelmarin.
Polis antipengganasan kini telah dikerahkan untuk memburu dua suspek yang terlibat.
Kejadian tembakan di balai polis Pondok Aren di daerah Tangerang merupakan insiden kedua dalam tempoh kurang dua minggu dalam siri serangan ke atas pasukan polis.
Pada 7 Ogos lalu, dua penyerang bermotosikal telah turut membunuh seorang pegawai polis, sedang masyarakat setempat bersiap sedia untuk menyambut Hari Raya Aidilfitri pada keesokan harinya.
"Terdapat persamaan dalam kededua serangan ini. Kami telah mengerahkan pasukan keselamatan untuk memburu pesalah bagi mendedahkan motif mereka dan kemungkinan kaitan mereka dengan kumpulan pengganas," kata Encik Sompie.
Indonesia masih meneruskan kempen untuk menghapuskan kumpulan militan yang telah berlarutan selama lebih sedekad.
Pegawai polis telah menjadi sasaran utama golongan itu dalam beberapa kejadian baru-baru ini.
Sebahagian besar serangan itu dilaporkan berlaku di daerah Poso di pulau Sulawesi.
Sementara itu, dalam serbuan antipengganasan terbaru, polis telah menahan Muhammad Syaiful Syahbani, 26 tahun, yang disyaki membantu mengumpul dana dalam rancangan menyerang Kedutaan Myanmar bagi membantah layanan buruk negara itu terhadap golongan minoriti Islam Rohingya.
Dia ditahan pada 9 Ogos lalu di Yogyakarta, kata polis semalam.

No comments:
Post a Comment