Thursday 8 August 2013

Semakin ramai Melayu Singapura beli kereta mewah

MATA anda tidak silap jika anda lihat lebih ramai orang Melayu bergaya dengan kereta mewah BMW pada Hari Raya ini.
Tapi, anda mungkin silap jika anda sangka itu kereta sewa atau kereta bos.
Menurut pemerhati industri kereta, lebih ramai orang Melayu kini mampu membeli kereta mewah seperti BMW dan Mercedes.
Seorang peniaga kereta BMW memberitahu Berita Harian bilangan pelanggan Melayunya bertambah 20 hingga 30 peratus sejak lima hingga tujuh tahun lalu.
"Bilangan pelanggan Melayu secara keseluruhannya masih kecil, tetapi yang pasti ia semakin meningkat setiap tahun," katanya.
Menurut beliau, pembeli Melayu itu kebanyakannya eksekutif muda.
Kereta mewah terpakai juga semakin popular di kalangan pembeli Melayu.
Tahun ini, syarikat peniaga kereta pramilik mewah, Performance Premium Selection Limited (PPSL), antara syarikat yang tampil dalam iklan klassified keluaran khas Salam Aidilfitri, yang dihasilkan dengan kerjasama Berita Harian dan ruangan Klassified.
PPSL, anak syarikat Performance Motors Limited, iaitu syarikat dalam kumpulan Sime Darby Group, antara konglomerat terbesar Asia Tenggara.
Ia menawarkan pelbagai khidmat runcit bagi kereta BMW terpakai di Singapura di bawah jenama BMW Premium Selection (BPS), serta aneka jenis kereta mewah lain di bawah jenama Select by Performance Premium Selection (Select by PPSL).
Kehadiran PPSL dalam ruangan Klassified itu dilihat sebagai satu keyakinan tinggi terhadap pelanggan Melayu golongan pertengahan.
Selain itu, Klassified keluaran khas Salam Aidilfitri itu menampilkan ejen rumah Riyan Ria daripada Francis Tan Realty, yang 'beraya' bersama para pelanggan yang dibantunya menjelang Syawal ini.
Ikuti juga kisah pasukan lima ejen Melayu/Islam daripada syarikat hartanah terkenal, Dennis WeeGroup (DWG), yang tidak hanya menguruskan jual beli hartanah di Singapura.
Pasukan itu, sebahagian daripada divisyen GTA United, turut menguruskan hartanah di luar negara, seperti di Iskandar, Kuala Lumpur, Melaka, Australia dan Britain.
Turut dipaparkan ialah Cik Adhana Kamis daripada PropNex Realty, yang menempa kerjaya baru sebagai ejen hartanah setelah bertukar daripada bidang perbankan.
Pemilik kedai produk kecantikan B Beauty Care, Cik Fatima Haji Abdul Kader, pula mengongsi rahsia kecantikannya dalam Salam Aidilfitri.
Beliau pengasas Everrose Cosmetics, yang menawarkan sekitar 40 produk bagi kulit jenis biasa, berminyak, kering atau yang menghadapi masalah pigmentasi.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Kami memerlukan sumbangan anda untuk menaik taraf blog ini, Hanya click iklan ini

Penciptaan Saya

Tingkatkan traffik anda di sini

BlogPingSite ping fast  my blog, website, or RSS feed for Free My Ping in TotalPing.com Blogged.my free bloggers backlinks - link building services where you can get link exchange free 100% to create backlinks for SEO Ping your blog, website, or RSS feed for Free Breaking News Free Geoogle ADS profitreload