3 kisah isteri ditangkap basah
KISAH 1
“Saya rela dilokap ustaz. Saya tidak mahu suami saya tahu. Kalau tidak pasti dia marah dengan saya,” rayu seorang wanita yang ditahan kerana berkhalwat kepada Ketua Operasi dan Penguat kuasa Jabatan Agama Islam Pulau Pinang (Jaipp), Khairul Azman Azizan.
Wanita yang sudah 44 tahun berkahwin dan mempunyai tiga anak itu memberi alasan sedemikian ketika Khairul Azman memberitahu perlu menghubungi suaminya untuk ikat jamin.Dia dan kekasihnya ditahan penguat kuasa Jaipp dalam serbuan di sebuah rumah tumpangan, kelmarin.Mereka tergamak menipu suami dan isteri masing-masing dan membayar sewa rumah tumpangan yang hanya bernilai RM40 semalam.
Ketika ditahan lelaki itu tidak memakai baju manakala wanita berkenaan hanya memakai kemeja-T dan kain batik.Lelaki berusia 45 tahun dan sudah dua kali berkahwin itu mengakui mengenali suami wanita berkenaan yang sama-sama bekerja sebagai pengutip barangan lusuh.Menurutnya, ia adalah kali pertama dia mula mengajak kekasihnya yang berusia 44 tahun itu ke rumah tumpangan.“Saya kenal suami dia dahulu sebelum kenal dengan dia sejak setahun lalu, tapi ini kali pertama saya ajak dia tidur di rumah tumpangan,” katanya.Lebih menyedihkan apabila lelaki yang pernah bercerai dan kemudiannya berkahwin lain itu mempunyai isteri muda berusia 25 tahun yang kini sedang hamil lapan bulan.Sementara itu, wanita yang mempunyai tiga anak berusia antara 27 hingga 16 tahun itu mengakui tidak mempunyai masalah rumah tangga malah suaminya juga bukan seorang yang panas baran.
“Ini kali pertama dan saya akui saya silap, saya memang silap,” katanya sambil mengesat air mata.Khairul Azman kemudian bertanya bagaimana suami wanitu itu mengizinkannya keluar pada waktu tengah malam.Wanita itu menjawab dia menggunakan alasan keluar bekerja.“Jadi suami puan ada di rumah menjaga anak-anak. Kalaulah dia tahu puan di luar dengan kawan dia sendiri, bagaimana perasaannya? Cuba puan bayangkan jika suami puan sekarang berada di luar dengan perempuan lain. Bagaimana rasanya.“Kerana itulah kita sentiasa harus ingat dengan ungkapan Astaghfirullah, Subhanallah, Allahuakbar,” kata Khairul Azman menasihati wanita itu ketika berada di Pejabat Jaipp.Kedua-duanya ditahan mengikut Seksyen 27 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Pulau Pinang 1996 atas kesalahan berkhalwat yang boleh dikenakan hukuman denda RM3,000 atau dua tahun penjara atau kedua-duanya sekali.Dalam operasi bermula jam 10 malam hingga 7 pagi itu, seramai tiga lagi ditahan mengikut Seksyen 27 sementara dua pasangan ditahan mengikut Seksyen 29 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Negeri Pulau Pinang kerana berkelakuan tidak sopan di tempat awam. Jika sabit kesalahan boleh didenda RM1,000 atau penjara enam bulan.Hadir sama dalam operasi berkenaan ialah Ketua Penolong Pengarah Bahagian Penguat kuasa Jaipp, Jaafar Ismail dan 14 penguat kuasa
KISAH 2
"Kalau ada sekali pun, hanya
suami orang sahaja lekat. Tetapi kalau abang ada duda hendak
direkomenkan kepada saya, nanti tolong beri tahu, saya terus akan
mendaftarkan diri," balasnya diringi hilai tawa.
KISAH 3
PADANG BESAR : Hasrat seorang pegawai kanan polis yang ingin bermadu kasih bersama kekasih gelapnya yang juga isteri seorang pegawai polis musnah selepas dia diserbu Bahagian Tatatertib Polis Diraja Malaysia (PDRM).
Suspek juga disahkan positif mengambil dadah.
Suspek yang berpangkat Inspektor berusia 30 tahun itu dicekup ketika sedang berdua- duaan kira-kira jam 3 pagi dalam keadaan mencurigakan di rumah isteri rakan yang berusia 38 tahun di sebuah taman perumahan di sini.
Difahamkan, serbuan yang dilakukan bersama Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik, Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Perlis itu juga mendapati suspek positif dadah selepas membuat saringan air kencing ke atasnya.
Ujian sama juga dilakukan kepada teman wanitanya itu, namun disahkan negatif dadah.
Sementara itu, Ketua Polis Perlis, Senior Asisten Komisioner Zull Aznam Haron ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan kejadian berkenaan.
Menurutnya, suspek berpangkat Inspektor di Bahagian Pengurusan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Padang Besar itu kini direman polis bagi tindakan selanjutnya.
ISTERI

Saya dihubungi oleh seorang wanita berusia 27 tahun dan kemudian dia menghantarkan dua keping gambarnya kepada saya.
"Saya seorang daripada pembaca
blog abang dan saya lihat gambar GRO tempatan tidak pernah didedahkan
wajah mereka. Jadi dua hari lalu, saya meminta rakan merakamkan gambar
saya dari belakang untuk abang gunakan dalam blog. Saya teringin hendak
berkongsi kisah getir hidup saya bersama pembaca," ujarnya.
"Ya. Saya berjanji mengotakan
kata. Dalam sebilangan kes, memang gambar tidak perlu dipaparkan. Awak
harus faham, bukan tujuan saya untuk memalukan sesiapa. Cukup sekadar
jika awak sudi berkongsi kisah untuk dijadikan renungan dan pedoman
kepada pembaca blog," jelas saya.
Dia kemudian memperkenalkan dirinya sebagai 'Diana'.
"Untuk pengetahuan abang,
sebelum berkahwin, saya pernah bekerja sebagai GRO selama 2 setengah
tahun. Tunang, ketika itu menghantar dan menjemput saya ke tempat kerja
(pusat karaoke). Kami hendak mengumpulkan wang untuk melangsungkan
perkahwinan. Setelah cukup, kami kemudian berkahwin pada tahun 2008 dan
sekaligus saya berhenti bekerja sebagai GRO. Ketika itu saya berusia 21
tahun manakala suami, 29 tahun," jelas Diana.
"Kemudian apakah berlaku?," soal saya.
"Selepas melahirkan anak sulung, sewaktu dalam pantang, saya mula mengesyaki dia berlaku curang. Abang bayangkan, dia membawa handphone
setiap kali masuk ke bilik air. Pelik ke tidak tindakan itu? Bekas
suami saya bertugas di Pejabat Tanah dan seringkali mendakwa kononnya
terpaksa menghadiri kursus di luar kawasan. Dia memang pandai menipu
saya. Kalau dia kata pergi kursus di Kelantan, bila balik, bertujuan
untuk mengaburi mata saya, dia membelikan dua helai kain batik sebagai
buah tangan," katanya.
"Betul ke dia berkursus?," tanya saya.
"Tidak bilanya dia ke Kelantan. Saya percaya kain batik itu dibeli di bandar berhampiran rumah kami," jelasnya.
Dia kemudian mendiamkan diri seketika.
"Selepas itu?," soal saya.
"Sebenarnya sejak saya dalam
pantang anak pertama, dia mula balik lewat ke rumah, kekadang jam empat,
lima pagi. Ada waktu, langsung tidak nampak muka sampai seminggu.
Alasannya, sibuk bekerja. Masa itu, saya pula suri rumah sepenuh masa,
tidak bekerja, tiada duit. Pernah sekali itu, saya menelefon dia, bang
baliklah, susu anak hanya tinggal dua sudu sahaja, kasihan anak bang,
nanti dia lapar, kata saya. Namun dia tetap tidak balik ke rumah. Dia
kejam bang. Contohnya, setiap kali keluar dari rumah, dia cuma
meninggalkan wang tunai RM100 sahaja. Pandai pandai sayalah untuk
berjimat cermat. Bila ditanya, abang ada affair dengan perempuan
lain ke? Mati mati dia tidak mengaku. Katanya, awak jangan terlalu suka
mendengar cakap cakap orang, nanti kita mati. Untuk pengetahuan abang,
jiran kami juga kakitangan Pejabat Tanah, bahagian pentadbiran. Saya
beberapa kali merisik maklumat daripada dia mengenai tugasan suami dan
pernah ke pejabat dia untuk mengetahui fakta sebenar," ujar Diana.
"Apakah fakta sebenar awak tahu?," tanya saya lagi.
"Rupa rupanya dia photostat IC
(kad pengenalan) saya banyak banyak dan beberapa kali menggunakan
dokumen itu untuk mendapatkan kelulusan permohonan cuti. Bila saya
bertanya kepada bos dia, bos dia bertanya kepada saya balik, bukankah
dia (suami) hendak membawa awak dan anak pergi bercuti? Rupanya dia
bercuti dengan kekasih, siap tinggal di chalet di tepi pandai lagi.
Lebih menarik, setelah mempercayai dia memiliki kekasih, saya terpandang
password handphone dia. Dia menggunakan tarikh lahir perempuan itu, hari, bulan dan tahun," katanya.
"Bila tidak ada duit, bagaimanakah awak mampu membelikan susu anak?," soal saya.
"Saya tidak membeli. Terpaksa
meminjam susu daripada jiran sebelah rumah. Sebab waktu itu mereka juga
mempunyai anak kecil sebaya dengan usia anak saya. Bayangkan perasaan
saya pada waktu itu ... teramat malu bang apabila terpaksa meminjam
sepeket susu untuk anak. Walau bagaimanapun saya memberitahu kakak itu,
kalau suami balik nanti dan membeli susu, saya akan gantikan semula
susu dipinjamkan. Kakak, berkata, ambil sahajalah, tidak perlu diganti.
Bila saya hendak melahirkan anak kedua, jiran sama juga menghantarkan
saya ke hospital," katanya dengan nada sedih.
Kini Diana membesarkan anak lelaki dan perempuan, berusia dua setengah tahun dan setahun dua bulan tanpa suami.
"Bagaimanakah awak boleh bercerai dengan dia?," saya bertanya.
"Pada bulan Julai tahun lalu,
saya dihubungi oleh ahli Rukun Tetangga di taman terletak kira-kira 7
kilometer dari rumah kami. Mereka memanggil saya untuk datang ke sebuah
rumah di taman tempat mereka tinggal. Emak dan ayah hadir sekali kerana
saya tidak memiliki transport. Sebaik sahaja tiba di rumah teres
dua tingkat itu, saya dipanggil naik ke bilik di atas. Waktu itu cuma
ada tiga ahli Rukun Tetangga, saya, suami dan kekasih dia. Di dalam
bilik, mereka bertanya, adalah awak ini isteri dia? Saya jawab, ya dan
sekaligus mempamerkan kepada mereka surat nikah kami bersama surat
kelahiran anak pertama. Tadi lelaki ini mendakwa, perempuan ini isteri
dia, kata mereka. Saya jelaskan, saya isteri sah dia manakala perempuan
ini kerani tempat dia bekerja. Perempuan ditangkap berkhalwat bersama
suami berusia 26 tahun, seusia saya," ujar Diana.
Tambah Diana, rumah terbabit, milik kakak kekasih suaminya, ketika itu pulang bercuti bersama keluarga ke kampung.
"Pada waktu itu, suami buat apa?," soal saya kepada Diana.
"Dia dan kerani itu di atas
katil dalam keadaan berbogel dan hanya ditutupi selimut sahaja sebab
ahli Rukun Tetangga tidak membenarkan mereka memakai pakaian. Beberapa
minit kemudian, tiba-tiba suami saya mengamuk. Dia menjerit, aku
ceraikan engkau talak tiga, perempuan babi! Perempuan hendak mampus!,
katanya berang. Bagaimanapun lafaz talak tidak sah pada waktu itu kerana
saya sedang mengandungkan 7 bulan anak kedua, perut membusung. Selepas
itu saya ke mahkamah syariah, dibantu oleh tiga ahli Rukun Tetangga
sebagai saksi lafaz cerai diungkapkan, kami bercerai pada bulan Jun
2011," kata Diana.
"Selepas itu awak bekerja di mana untuk menyara anak?," soal saya.
"Dengan hanya berbekalkan Sijil
Rendah Pelajaran, setahun saya bekerja di pejabat sebuah syarikat dengan
gaji bulanan RM1,100 termasuk bayaran overtime. Sewa rumah
sahaja, RM400, itu belum dicampurkan lagi dengan duit tambang pergi
balik ke tempat kerja dan duit membeli lampin dan keperluan lain dua
anak. Gaji saya tidak mencukupi," keluhnya.
"Jadi?," tanya saya.
"Dalam keadaan terdesak, saya kemudian membuat keputusan menghubungi mummy
di tempat kerja sebelum berkahwin. Dia menangis mendengar kisah hidup
saya. Barangkali berasa simpati. dia menghulurkan kepada saya RM2,000
untuk membayar semua hutang termasuk duit sewa rumah tertunggak setelah
bercerai dengan suami. Sekarang saya kembali semula bekerja sebagai GRO
dan setiap bulan mummy akan memotong duit bayaran saya terima," terang Diana.
"Sekarang ini sudah ada boyfriend?"
Itu soalan terakhir saya ajukan kepada janda beranak dua itu.
KISAH 3
PADANG BESAR : Hasrat seorang pegawai kanan polis yang ingin bermadu kasih bersama kekasih gelapnya yang juga isteri seorang pegawai polis musnah selepas dia diserbu Bahagian Tatatertib Polis Diraja Malaysia (PDRM).
Suspek juga disahkan positif mengambil dadah.
Suspek yang berpangkat Inspektor berusia 30 tahun itu dicekup ketika sedang berdua- duaan kira-kira jam 3 pagi dalam keadaan mencurigakan di rumah isteri rakan yang berusia 38 tahun di sebuah taman perumahan di sini.
Difahamkan, serbuan yang dilakukan bersama Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik, Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Perlis itu juga mendapati suspek positif dadah selepas membuat saringan air kencing ke atasnya.
Ujian sama juga dilakukan kepada teman wanitanya itu, namun disahkan negatif dadah.
Sementara itu, Ketua Polis Perlis, Senior Asisten Komisioner Zull Aznam Haron ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan kejadian berkenaan.
Menurutnya, suspek berpangkat Inspektor di Bahagian Pengurusan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Padang Besar itu kini direman polis bagi tindakan selanjutnya.
ISTERI
No comments:
Post a Comment