Monday 22 April 2013

Budak 5 tahun kritikal akibat diculik dan dirogol kejam.....ADUUUUUUUHHHHH.... JAHATNYA

kes rogol kanak kanak india

NEW DELHI – Seorang kanak-kanak berumur lima tahun kini bertarung nyawa di hospital selepas diculik dan dirogol kejam dalam insiden keganasan terbaru di India, menurut media tempatan, semalam.
Siasatan awal polis mendapati, mangsa dipercayai dikurung lebih 48 jam dalam bilik berhampiran rumahnya di kawasan ibu negara selepas diculik ketika sedang bermain, Isnin lalu.
Ketua Perubatan Hospital Swami Dayanand, R N Bansal berkata, budak itu mengalami trauma teruk semasa dibawa ke hospital.
“Terdapat kesan lebam pada leher dan kecederaan lain pada anggota tubuhnya serta keadaannya sangat kritikal. Dia kini dirawat di unit rawatan rapi (ICU).
Kami juga menemui objek asing dalam kemaluannya yang telah menyebabkan jangkitan,” jelas beliau lagi yang dipetik dalam laporan AFP
Difahamkan, mangsa ditemui dalam keadaan menyedihkan selepas beberapa orang yang lalu lalang di kawasan itu mendengar tangisannya.
Dalam satu kenyataan, ibu bapa kanak-kanak malang tersebut mendakwa pihak berkuasa tidak sensitif dengan siasatan mereka.
“Mereka enggan menerima aduan kami dan turut bertindak sambil lewa,” menurut bapa mangsa.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Kami memerlukan sumbangan anda untuk menaik taraf blog ini, Hanya click iklan ini

Penciptaan Saya

Tingkatkan traffik anda di sini

BlogPingSite ping fast  my blog, website, or RSS feed for Free My Ping in TotalPing.com Blogged.my free bloggers backlinks - link building services where you can get link exchange free 100% to create backlinks for SEO Ping your blog, website, or RSS feed for Free Breaking News Free Geoogle ADS profitreload