Janda bersama warga bangladesh
Berlaku di ledang. - Seorang ibu
tunggal beranak lapan yang ditangkap berkhalwat dengan seorang lelaki
Bangladesh di sebuah rumah di Sungai Mati, dekat sini, malam semalam. Wanita yang berumur tahun ini juga di dapati juga baru habis edah.
Dalam serbuan oleh Penguatkuasa
Pejabat Agama Daerah Ledang (PPADL) kira-kira pukul 11.30 malam itu, pasangan
terbabit didapati sedang berbaring di atas katil di dalam sebuah bilik yang
disewa oleh lelaki warga Bangladesh itu
Menurut sumber Kadi Daerah Ledang,dan
pihaknya menunggu selama lima minit
sebelum pintu rumah dibuka oleh seorang lelaki iaitu rakan kepada lelaki
Bangladesh itu.
Lelaki warga asing itu menangis
ketakutan sebaik sahaja penguat kuasa menyoal siasatnya. Wanita jandaitu pula
membe itu pulamrmberi alasan hanya menumpang bermalam di rumah itu kerana tiada
tempat tinggal selepas dihalau oleh keluarga. Dia juga mendakwa sangat buntu
dan tidak tahu ke mana untuk minta pertolongan sementara menunggu hari esok bagi
mencari kerja lain.
Manakala warga asing berusia 26
tahun itu dipercai bekerja di sebuah kilang di Tanjung Agas sejak setahun
setengah dan pasangan terbabit didakwa berkenalan sejak tiga bulan lalu ketika
bersama-sama bekerja di kilang tersebut.
Menurutnya, serbuan itu dibuat
selepas menerima aduan daripada orang awam apabila melihat keadaan mencurigakan
Pasangan tersebut kemudian ditahan untuk siasatan lanjut kerana gagal
menunjukkan sebarang dokumen mempunyai hubungan mahram atau suami isteri.
Kes itu disiasat di bawah Seksyen
27(1) a Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Johor 1997 yang boleh dikenakan denda
tidak melebihi RM3,000 atau dua tahun penjara atau kedua-duanya sekali, jika
sabit kesalahan.
No comments:
Post a Comment