Wednesday 31 July 2013

Peluang tinjau garaj F1 dari dekat


INGIN meninjau garaj-garaj kereta lumba Formula Satu (F1) dari dekat?
Mahu menikmati kemudahan di Perkampungan F1 sebelum ia dibanjiri para peminat yang lain?
Peluang eksklusif tersebut boleh menjadi milik anda.
Berita Harian (BH) menawarkan lapan pasang tiket Thursday Pit Lane Experience yang membolehkan anda meninjau garaj-garaj F1 di Bangunan Pit sempena perlumbaan F1 Singapore SingTel Grand Prix September ini.
Keistimewaan tersebut sebelum ini hanya diberikan kepada pemegang tiket Paddock Club Formula One.
Buat julung-julung kalinya, pihak penganjur F1 Singapura membuka peluang tersebut kepada 2,500 peminat.
Tiket tersebut tidak dijual kepada umum.
Tiket Thursday Pit Lane Experience juga membolehkan anda menikmati kemudahan di Perkampungan F1 di Zon 1 Litar Marina Bay sebelum Taman Litar itu dibuka kepada para pemegang tiket yang lain.
Di Perkampungan F1 itu, anda boleh menikmati suasana karnival, mencuba permainan-permainan interaktif dan berhibur dengan persembahan live.
Thursday Pit Lane Experience akan diadakan pada 19 September, sehari sebelum pembukaan Taman Litar.
Untuk berpeluang memenangi pengalaman eksklusif ini, anda hanya perlu mengirimkan foto daripada pengalaman F1 Singapura anda yang lalu.
Kirimkan tidak lebih daripada tiga foto anda ke alamat bhonline@sph.com.sg dengan subjek Peraduan BH-Grand Prix Singapura.
Foto-foto terpilih akan dimuat naik ke fanpage Facebook Berita Harian di www.facebook.com/BeritaHarianSG.
Jika foto anda menerima jumlah Like yang terbanyak, tiket Thursday Pit Lane Experience itu bakal menjadi milik anda.
Promosi ini dibawakan dengan kerjasama Singapore Grand Prix dan akan berlangsung sehingga 16 Ogos ini.

Tuesday 30 July 2013

Moyes gembira walau rekod hambar


WAYNE ROONEY: Chelsea tidak mengaku kalah dalam usaha mendapatkan penyerang United ini. -
LIGA PERDANA ENGLAND

MANCHESTER: Meskipun bos Manchester United, David Moyes, memberikan alasan mengenai prestasi hambar pasukannya ketika aksi pramusim kerana bermain dengan lawan yang lebih berkualiti, beliau tetap puas.
Moyes berkata beliau tetap gembira dan tidak risau dengan keputusan keseluruhan pramusim ini biarpun mencatat keputusan dua kalah, satu menang dan satu seri.
"Ia hanyalah perlawanan pramusim dan kami baharu bermula. Kami bermain dengan dua pasukan yang hebat di Jepun.
"Kami akan melakukan yang lebih baik dan keadaan ini merupakan satu situasi yang positif dan meningkat.
"Kami telah bersedia untuk menempuhi musim baharu ini, dan dan tidak ragu-ragu mengenainya.
"Saya teruja dengan jelajah pramusim ini dan ia satu sambutan yang luar biasa terhadap pasukan Manchester United," jelas Moyes.
Moyes dilantik menjadi pengurus baharu United selepas Sir Alex Ferguson mengambil keputusan bersara bulan lalu.
Skuad kendalian Moyes ini memulakan aksi pramusim dengan tewas kepada pasukan Singha All Star (Thailand) 1-0 di Bangkok baru-baru ini.
Selepas itu mereka menumpaskan pasukan A-League All Stars (Australia) 5-1 sebelum bertandang ke Jepun, bermain dengan Yokohama F-Marinos dan tewas 3-2.
Selepas itu, skuad Moyes mencatat seri 2-2 bertemu Cerezo Osaka.
Sementara itu, Jose Mourinho, yang dilengkapkan dengan dana membeli pemain sebanyak £30 juta ($58.4 juta), terus bermain tarik tali bersama Manchester United bagi mendapatkan Wayne Rooney.
Bos baru Chelsea itu bersedia menunggu sehingga penghujung jendela perpindahan untuk mendapatkan tandatangan peledak sensasi Inggeris itu.
"Kelab ini mempunyai kestabilan yang amat baik dari segi gaji, keuntungan dan pelaburan.
"Jadi jangan pecahkan kestabilan itu dengan jumlah kami untuk membuat pelaburan kepada pemain yang bernilai £20 juta, £25 juta atau £30 juta kerana kelab ini bersedia untuknya.
"Adakah kami perlu menjual terlebih dulu? Tidak, tidak, tidak, kami tidak perlu menjual."
Ditanya sama ada Chelsea mampu membelanjakan £50 juta untuk mendapatkan penyerang United itu, Mourinho membalas:
"Penyerang yang saya mahukan tidak bernilai £50 juta dan tidak bernilai £40 juta."
Dan ditanya adakah beliau tetap akan melakukan urus niaga sehingga tarikh tamat jendela perpindahan pada 2 September ini, Mourinho membalas: "Sebab itulah ia terbuka."
The Blues akan menentang United 26 Ogos ini di Old Trafford - hanya seminggu sebelum jendela perpindahan ditutup. -

Monday 29 July 2013

Pengasas bank mati ditembak di tokong


KUALA LUMPUR - Pengasas Kumpulan Perbankan Arab-Malaysia maut ditembak selepas bertemu dengan seorang lelaki bagi membincangkan urusan jual-beli saham di tempat letak kenderaan di sebuah tokong di Lorong Ceylon di sini hari ini.
Kejadian pukul 2 petang itu berlaku ketika Hussain Ahmad Najadi, 75, pergi ke tokong berkenaan bersama isterinya. Sambung...

Sunday 28 July 2013

Nenek maut terpelanting dalam kemalangan

 
KULAIJAYA - Seorang nenek maut manakala empat yang lain cedera selepas terlibat dalam satu kemalangan membabitkan sebuah trak pikap jenis Mitsubishi Pajero dan kereta jenis Toyota Altis di Kilometer 40, Jalan Johor Bahru - Air Hitam pukul 11 pagi semalam.
Mangsa, Chin Fa, 72, yang duduk di hadapan kereta berkenaan maut selepas mengalami kecederaan parah akibat terpelanting ke tempat duduk belakang kereta berkenaan.Sambung...

Saturday 27 July 2013

Betulkah Zizan Razak Dituduh Tidak Berdisiplin?

2013


Nama Zizan Razak atau lebih dikenali sebagai Zizan Raja Lawak bukanlah nama asing dalam dunia hiburan tempatan.
Baru-baru ini setengah pihak mengatakan yang Zizan mempunyai masalah disiplin yang teruk terutamanya masalah masa yang sering lewat ke lokasi penggambaran dan aktiviti.
“Saya bukan hendak menafikan tetapi cerita sedemikian cuma diperbesar-besarkan dan orang sebenarnya tidak tahu apa yang terjadi di sebaliknya dan terus membuat pelbagai tanggapan yang tidak benar. Sambung...

Kisah Lucu: Menggali Petikan Kata-Kata Sang Motivator


 
Seorang Motivator berkata: "Tahun-tahun terbaik dalam hidupku ku habiskan bersama seorang wanita yang bukanlah istri ku."

Hadirin terkejut dan terpaku...

Ia kemudian menambah , "Ia adalah ibuku."

Hadirin kemudian bertepuk tangan dengan gemuruh dan tertawa.

Mamat yang baru saja mengikuti seminar tersebut, kemudian mencuba hal ini di rumah. Setelah makan malam, ia berkata dengan lantang di depan istrinya di dapur,

"Aku menghabiskan tahun-tahun terbaik hidupku bersama seorang wanita yang bukan istriku."

Ia berhenti sejenak memejamkan matanya, cuba mengingati kalimat terakhir sang Motivator... Ketika Mamat membuka mata, ia mendapati dirinya terbaring di tempat tidur hospital, baru saja mendapatkan rawatan akibat siraman air panas...

Moral of the story:
Don't copy, if you can't paste.

Obama hos iftar, hargai Muslim

BERUCAP DI MAJLIS IFTAR: Presiden Barack Obama hargai sumbangan Muslim AS dalam bidang keusahawanan, inovator teknologi dan perubatan

WASHINGTON: Seperti tahun-tahun sebelumnya, Presiden Amerika Syarikat, Encik Barack Obama, sekali lagi menjadi hos kepada sekumpulan anggota masyarakat Islam negaranya semalam.
Kali ini, beliau turut memberi penghargaan kepada sumbangan masyarakat Islam Amerika dalam usaha mereka membantu membangunkan negara itu dalam bidang keusahawanan, inovator teknologi dan pengasas perubatan.
Encik Obama menyatakan demikian dalam ucapannya di Rumah Putih semasa menjadi hos majlis iftar sempena menyambut Ramadan.
Encik Obama berkata bahawa Ramadan adalah "waktu untuk membuat renungan, satu peluang menunjukkan pengabdian seseorang kepada Tuhan melalui doa dan berpuasa. Ia juga satu masa bagi keluarga dan rakan meluangkan waktu bersama".
Menurut beliau, adalah menjadi satu tradisi Rumah Putih meraikan hari-hari suci pelbagai agama, sambil menambah bahawa majlis-majlis itu meraikan kepelbagaian yang menentukan ciri-ciri negara tersebut dan mengesahkan adanya kebebasan beragama.
Encik Obama berkata rakyat Amerika dan masyarakat di Timur Tengah juga mempunyai matlamat yang sama bagi peluang ekonomi dan keusahawanan.
"Kita bekerja lebih keras, kita menetapkan matlamat sedikit lebih tinggi dan kita terus berusaha menghasilkan lebih banyak peluang untuk anak-anak dan generasi masa depan," tegas beliau.
"Sudah pasti ini bukan hanya satu impian Amerika, ia aspirasi semua orang di seluruh dunia.
"Ia satu hasrat asas manusia mencapai kemajuan, untuk memburu maruah yang datang daripada usaha demi memberikan anak-anak kita sesuatu yang lebih baik," tambahnya lagi.
Beliau menegaskan bahawa hasrat mencapai kebebasan ekonomi dan peluang itu, sama seperti kebebasan politik "adalah akar umbi kepada banyak perubahan yang kita saksikan di seluruh dunia dalam beberapa tahun yang lalu, termasuk di Afrika Utara dan di Timur Tengah".
Ini adalah kali kelima beliau menjadi hos kepada majlis Iftar yang diadakan di Bilik Makan Negara, Rumah Putih, di Washington.

Friday 26 July 2013

4 gerabak terbalik, 77 terbunuh

BERI RAWATAN KECEMASAN: Para mangsa diberi rawatan kecemasan selepas sebuah kereta api terbabas berdekatan bandar Santiago de Compostela, semalam. - Foto REUTERS
NAHAS KERETA API DI SEPANYOL

Mayat penumpang bergelimpangan sepanjang landasan
SANTIAGO DE COMPOSTELA: Sekurang-kurangnya 77 penumpang maut manakala lebih 140 lagi cedera apabila kereta api tergelincir dari landasan di barat daya Sepanyol, semalam.
Dalam kejadian pada 8.42 malam (waktu tempatan) itu, empat daripada gerabak terbalik dan terbakar, dengan mayat penumpang bergelimpangan dan terbaring di sepanjang landasan.
Kereta api itu dilaporkan membawa 218 penumpang dan empat kakitangan. Ia sudah hampir tiba di Stesen Santiago de Compostela, di wilayah Galicia, apabila kemalangan berlaku.
Beberapa saksi berkata mereka mendengar letupan kuat.
"Saya berada di rumah dan dengar bunyi seperti dentuman guruh. Ia sangat kuat dan saya nampak banyak asap selepas itu. Kemudian saya dengar orang berteriak, ini satu bencana. Tiada sesiapa pun yang pernah melihat keadaan seperti ini sebelum ini," kata Cik Maria Teresa Ramos, 62 tahun, yang tinggal hanya beberapa meter daripada tapak kejadian.
Jirannya, Encik Martin Rozas, 39 tahun, pula berkata beliau telah menutup mayat-mayat dengan selimut, selain menolong mengeluarkan para penumpang yang cedera daripada gerabak yang kelihatan remuk.
"Rasanya macam satu gempa bumi baru berlaku," kata beliau.
Seorang lagi saksi, Encik Francisco Otero, 39 tahun, berkata:
"Benda pertama yang saya lihat ialah mayat seorang wanita. Saya tidak pernah nampak mayat sebelum ini. Jiran-jiran saya cuba mengeluarkan penumpang yang terperangkap di dalam gerabak dengan menggunakan beliung dan tukul besi sebelum akhirnya dapat mengeluarkan mereka menggunakan gergaji."
Kereta api itu dikatakan dari Madrid dan dalam perjalanan ke bandar Ferrol.
Menurut pekerja penyelamat, 73 mayat telah dikeluarkan dari gerabak kereta api sementara empat lagi penumpang meninggal dunia di hospital.
Seramai 141 penumpang dilaporkan mengalami pelbagai kecederaan.
Saluran televisyen TVE melaporkan kereta api itu mungkin terbabas kerana ia dipandu terlalu laju.
Akhbar El Mundo pula melaporkan kelajuan kereta api itu mencapai 220 kilometer sejam meskipun had kelajuan bagi zon bandar ialah 80 kilometer sejam.
Namun, jurucakap syarikat kereta api negeri, Renfe, berkata adalah terlalu awal untuk membuat sebarang kesimpulan mengenai punca kemalangan.
"Siasatan sedang dijalankan dan kita perlu tunggu keputusannya. Kita akan tahu kelajuan kereta api itu tidak lama lagi apabila kita memeriksa kotak hitam," kata jurucakap itu.
Sementara itu, Perdana Menteri, Encik Mariano Rajoy, melawat tapak kemalangan semalam dan telah mengucapkan takziah kepada keluarga mangsa.
Kejadian semalam merupakan kemalangan kereta api yang terburuk di Sepanyol sejak 77 orang terkorban apabila sebuah kereta api terbabas pada 1972 di Andalusia

Kisah Lucu: Rasa Nak Muntah



Di dalam sebuah bas duduk seorang pemuda dan seorang nenek. Si nenek memicit-micit kepalanya.

"Kenapa nie nek. Pening ya," tanya pemuda tersebut.

"Ya nak, rasanya kepala pening, perut mual, rasa macam nak muntah," jawab nenek.

"Oh, ya nak, bolehkah nenek melihat muka kamu sebentar."

Pemuda itu terkejut tapi kemudian tersenyum,"Boleh nek, tapi kenapa?"

Si nenek menjawab,”Biar muntahnya lebih cepat.”

Thursday 25 July 2013

KISAH DISEBALIK KISAH SEBENAR SEORANG GURU KEMATIAN ANAK DALAM KERETA



 Bebanan dan tugas yg ditanggung oleh para guru masa kini sangat berat. Kami 'yang menurut printah' ini terlalu memikirkn urusan kerja yg tak pernah surut sehinggakn kekadang keluarga dan rumahtangga terabai. Semalam, seorang rakan kami yang mengajar di smk usj4, Subang Jaya telah kehilangan seorang anak berumur 3 Thn yg lemas di dalam kereta. Sambung...

Wednesday 24 July 2013

Bergegas cekup Fabregas

KEKAL DI BARCELONA?: Cesc Fabregas (tiga dari kiri) sudah biasa dan akrab dengan para pemain Barcelona seperti (dari kiri), Gerard Pique, Sergio Busquets, Jordi Alba dan Marc Bartra. - Foto REUTERS
LIGA PERDANA ENGLAND

TOKYO: Pengurus Manchester United, David Moyes, kelmarin mendedahkan bahawa beliau telah meningkatkan usahanya untuk mendapatkan Cesc Fabregas selepas membuat bidaan kedua bagi pemain tengah Barcelona tersebut.
United minggu lalu mengesahkan mereka telah membuat bidaan awal untuk mendapat bekas pemain Arsenal tersebut, tetapi tawaran £25 juta ($48 juta) yang dibuat mereka segera ditolak juara La Liga itu.
Moyes pula berazam untuk melakukan segala yang terdaya untuk memujuk Fabregas kembali ke Liga Perdana England.
Dan bekas bos Everton itu, yang dilantik menggantikan Sir Alex Ferguson pada hujung musim lalu, berkata dalam satu sidang akhbar di Tokyo kelmarin, bahawa satu bidaan kedua yang lebih baik, yang dipercayai sekitar £30 juta, telah dibuat.
Naib pengerusi eksekutif United, Ed Woodward, telah kembali ke England lebih awal dari jadualnya pada Rabu lalu untuk mengetuai rundingan mengenai Fabregas.
Moyes berkata: "Saya difahamkan bahawa Ed menerima respons pada tawaran pertama. Kami telah membuat tawaran kedua tetapi Ed yang akan menanganinya dan bukannya saya."
Sejauh ini, Moyes belum lagi mendapatkan sebarang pemain besar. Hanya pemain skuad Bawah 20 Tahun Uruguay, Guillermo Varela, yang telah diikat mereka.
Tetapi, dengan laporan-laporan di Sepanyol membayangkan bahawa Barca tidak akan membuat sebarang keputusan mengenai Fabregas hingga mereka melantik pengganti jurulatih Tito Vilanova yang sedang bergelut dengan barah, Moyes akur bahawa masanya akan datang apabila beliau terpaksa beralih ke pemain lain.
"Saya fikir ketikanya akan datang," kata Moyes. "Tetapi apabila anda berminat terhadap pemain yang bagus, anda mahu memberikannya setiap peluang untuk menjadi kenyataan.
"Saya harap keadaan akan berjalan lancar. Ketika ini, apa yang dapat saya katakan ialah Ed Woodwork sedang berusaha gigih untuk cuba mendapat persetujuan.
"Kami harap ada antara persetujuan itu akan dicapai tidak lama lagi."
Moyes juga telah dikaitkan dengan penyerang Real Madrid, Cristiano Ronaldo; dan pemain sayap Tottenham, Gareth Bale; selain cuba mendapatkan Leighton Baines dan Marouane Fellaini daripada kelab lama beliau, Everton.
Sejauh ini, beliau belum berhasil mendapatkan sasarannya itu, dengan bos baru Real Madrid, Carlo Ancelotti, pada Ahad lalu menegaskan beliau tidak menjangka Ronaldo akan kembali menyertai United.
Dalam pada itu, United juga telah diingatkan agar tidak membuang masa untuk membuat bidaan ketiga untuk Fabregas.
United dikatakan sedang menimbangkan bidaan £35 juta selepas Barca menolak bidaan £31 juta yang mereka buat.
Rakan sepasukan Fabregas, Gerard Pique, berkata: "United hanya membuang masa sahaja.
"Cesc mengambil masa yang lama untuk merealisasikan impiannya untuk kembali ke kampung halamannya dan beliau tidak akan melepaskannya.
"Ini rumahnya, di sinilah terdapat keluarganya dan beliau bermain dengan rakan-rakan rapatnya.
"Beliau telah memberitahu kami, beliau gembira dan berniat untuk kekal di Bacelona."
Kini pihak lembaga United mesti memutuskan sama ada mereka akan membuat bidaan bagi pemain bersia 26 tahun itu lagi dan menguji ketahanan Barca dengan menambah jumlah bidaan.

Kisah Lucu: Menteri Melawat Rumah Sakit Jiwa



Seorang menteri terhormat mengunjungi sebuah rumah sakit jiwa.
"Bagaimana keadaan kamu?" menteri tersebut bertanya pada pesakit. "Senangkah kamu semua dengan segala apa yang ada disini?"
"Senang tuan!" para pesakit itu bersorak serentak.
"Apakah kelakuan kamu baik disini?"

"Baik tuan," ujar seorang pesakit. "Kerana kami berkelakuan baik, pengarah rumah sakit ini membina sebuah kolam renang untuk kami, lengkap dengan papan anjal. Secara bergiliran kami diizinkan menggunakan papan anjal itu. Kalau kelakuan kami semakin baik, pengarah berjanji akan mengisi kolam renang itu dengan air bulan depan...."

Tuesday 23 July 2013

Gempa gegar tengah China, 75 maut



BEIJING: Sekurang-kurangnya 75 maut dan lebih 400 lain cedera apabila dua gempa bumi menggegarkan bahagian tengah China, awal pagi semalam.
Para anggota penyelamat kini dilaporkan bertungkus-lumus untuk ke tempat bencana yang terpencil di pedalaman dan kawasan pergunungan.
Menurut laman web Biro Gempa Bumi, gempa yang berukuran 5.9 pada skala Richter itu melanda sekitar 7.45 pagi (waktu tempatan) di 151 kilometer ke barat Beidao, wilayah Gansu.
Gegaran kedua sekuat 5.6 pada skala Richter pula melanda pada 9.12 pagi (waktu tempatan).
"Lebih 21,000 bangunan mengalami kerosakan teruk dan lebih 1,200 telah runtuh," kata seorang pegawai biro itu.
Seorang penduduk daerah Min, Encik Ma, berkata beliau sedang bertugas di sebuah kilang ubat-ubatan apabila gempa itu berlaku dan menyebabkan bangunan di sekeliling bergoncang dengan kuat.
"Saya rasa gegaran yang sangat kuat, justeru saya lari keluar ke kawasan lapang dengan segera. Kilang kami hanya setinggi satu tingkat. Apabila saya keluar, saya nampak sebuah bangunan 18 tingkat, yang paling tinggi di daerah sini, bergoncang dengan kuat, terutamanya tingkat 18."
Menurut seorang anggota jawatankuasa Parti Komunis bagi daerah Min, Encik He, lebih 200 orang cedera di tujuh bandar yang terjejas di kawasan itu.
Kawasan yang paling teruk terjejas ialah bandar Dingxi yang mempunyai sekitar 2.7 juta penduduk.
Di daerah Zhang yang terletak sekitar 40 kilometer dari pusat gempa, sekitar 380 bangunan dilaporkan runtuh sementara beribu lain mengalami kerosakan, kata pihak berkuasa Dingxi.
"Anda boleh nampak candelier bergoyang dan tingkap-tingkap bergegar dan membuat bunyi bising. Tembok bangunan di sini bagaimanapun tidak retak," kata Encik Bao, seorang kerani di Hotel Wuyang di daerah Zhang.
Sekitar 500 askar, termasuk 120 pekerja penyelamat, dilaporkan telah dikerahkan ke kawasan gempa.
Ketua pasukan penyelamat, Encik Su Wei, memberitahu saluran televisyen CCTV, usaha itu mengambil masa memandangkan terdapat jalan raya yang tidak dapat dilalui ekoran tanah runtuh.
Persatuan Palang Merah China berkata ia antara lain akan menghantar 200 khemah dan 2,000 selimut.
Kawasan gempa dijangka dilanda hujan lebat pada lewat minggu ini dan sekali gus meningkatkan risiko berlakunya lagi tanah runtuh.
Awal tahun ini, gempa sekuat 6.6 pada skala Richter telah menggegarkan wilayah Sichuan dan mengorbankan sekitar 200 orang.
Lima tahun lalu, hampir 90,000 orang terkorban dalam gempa kuat yang melanda wilayah yang sama.


BEIJING: Sekurang-kurangnya 75 maut dan lebih 400 lain cedera apabila dua gempa bumi menggegarkan bahagian tengah China, awal pagi semalam.
Para anggota penyelamat kini dilaporkan bertungkus-lumus untuk ke tempat bencana yang terpencil di pedalaman dan kawasan pergunungan.
Menurut laman web Biro Gempa Bumi, gempa yang berukuran 5.9 pada skala Richter itu melanda sekitar 7.45 pagi (waktu tempatan) di 151 kilometer ke barat Beidao, wilayah Gansu.
Gegaran kedua sekuat 5.6 pada skala Richter pula melanda pada 9.12 pagi (waktu tempatan).
"Lebih 21,000 bangunan mengalami kerosakan teruk dan lebih 1,200 telah runtuh," kata seorang pegawai biro itu.
Seorang penduduk daerah Min, Encik Ma, berkata beliau sedang bertugas di sebuah kilang ubat-ubatan apabila gempa itu berlaku dan menyebabkan bangunan di sekeliling bergoncang dengan kuat.
"Saya rasa gegaran yang sangat kuat, justeru saya lari keluar ke kawasan lapang dengan segera. Kilang kami hanya setinggi satu tingkat. Apabila saya keluar, saya nampak sebuah bangunan 18 tingkat, yang paling tinggi di daerah sini, bergoncang dengan kuat, terutamanya tingkat 18."
Menurut seorang anggota jawatankuasa Parti Komunis bagi daerah Min, Encik He, lebih 200 orang cedera di tujuh bandar yang terjejas di kawasan itu.
Kawasan yang paling teruk terjejas ialah bandar Dingxi yang mempunyai sekitar 2.7 juta penduduk.
Di daerah Zhang yang terletak sekitar 40 kilometer dari pusat gempa, sekitar 380 bangunan dilaporkan runtuh sementara beribu lain mengalami kerosakan, kata pihak berkuasa Dingxi.
"Anda boleh nampak candelier bergoyang dan tingkap-tingkap bergegar dan membuat bunyi bising. Tembok bangunan di sini bagaimanapun tidak retak," kata Encik Bao, seorang kerani di Hotel Wuyang di daerah Zhang.
Sekitar 500 askar, termasuk 120 pekerja penyelamat, dilaporkan telah dikerahkan ke kawasan gempa.
Ketua pasukan penyelamat, Encik Su Wei, memberitahu saluran televisyen CCTV, usaha itu mengambil masa memandangkan terdapat jalan raya yang tidak dapat dilalui ekoran tanah runtuh.
Persatuan Palang Merah China berkata ia antara lain akan menghantar 200 khemah dan 2,000 selimut.
Kawasan gempa dijangka dilanda hujan lebat pada lewat minggu ini dan sekali gus meningkatkan risiko berlakunya lagi tanah runtuh.
Awal tahun ini, gempa sekuat 6.6 pada skala Richter telah menggegarkan wilayah Sichuan dan mengorbankan sekitar 200 orang.
Lima tahun lalu, hampir 90,000 orang terkorban dalam gempa kuat yang melanda wilayah yang sama.

Paris dicengkam keganasan selepas wanita berpurdah ditahan


PARIS: Menteri Dalam Negeri Perancis, Encik Manuel Valls, berkata pasukan keselamatan akan terus diletakkan dalam keadaan berjaga-jaga sedang keganasan di kejiranan Paris berlarutan pada malam kedua kelmarin.
Keganasan itu tercetus selepas pihak polis menahan seorang wanita Islam yang memakai purdah minggu lalu.
Dalam wawancara dengan radio setempat, Encik Valls berkata pasukan keselamatan akan dikerahkan di bandar Trappes, ke barat daya Paris, "sehingga keadaan kembali aman."
Sekurang-kurangnya empat orang ditahan awal pagi kelmarin selepas perusuh membakar sekitar 20 kenderaan di bandar itu dan kawasan sekeliling.
Sabtu lalu, sekitar 250 belia telah mula berhimpun di Trappes dan melempar batu ke arah pasukan polis yang bertindak balas dengan gas pemedih mata.
Seorang budak lelaki berusia 14 tahun mengalami kecederaan serius pada matanya dalam kejadian itu.
Beberapa pegawai polis juga dilaporkan cedera.
Dalam kejadian Khamis lalu, seorang pegawai polis dilaporkan telah menahan seorang wanita yang memakai purdah.
Semasa wanita itu diperiksa, suaminya menyerang dan cuba mencekik pegawai polis berkenaan.
Bagaimanapun, badan-badan Islam setempat menuduh pegawai polis itu yang sengaja melakukan 'provokasi'.
Encik Valls berkata beliau yakin bahawa pegawai polis itu telah memeriksa wanita itu dengan hormat.
Sejak April 2011, Perancis telah menguatkuasakan larangan memakai purdah, sekali gus menimbulkan kemarahan masyarakat Islam setempat.
Mereka yang melanggar larangan itu boleh dikenakan denda sehingga 150 Euro ($249).
Pihak berkuasa berkata sekitar 300 wanita telah melanggar larangan itu pada tahun pertama penguatkuasaan..
 

Sunday 21 July 2013

Singapura Ramal Jerebu Akan Berulang



SINGAPURA – Agensi Alam Sekitar Nasional (NEA) meramalkan republik ini mungkin mengalami jerebu beberapa hari lagi.
Ia berkata dalam tempoh dua hari lagi, cuaca kering dijangka berlaku di beberapa bahagian di Sumtera.
“Jika berlaku perubahan arah angin bertiup dari arah barat, Singapura mungkin mengalami suasana jerebu,” katanya...sambung..

Saturday 20 July 2013

45 orang mati akibat virus di Arab Saudi

VIRUS BERBAHAYA: Sejauh ini virus yang mencetuskan sindrom pernafasan koronavirus atau Mers-CoV ini telah meragut 45 jiwa, kebanyakannya di Arab Saudi. - Foto AP
SINDROM PERNAFASAN KORONAVIRUS (MERS-COV)

Virus belum timbulkan kecemasan sejagat

Keputusan sebulat suara panel penasihat WHO
GENEVA: Koronavirus yang telah mengorbankan nyawa 45 jiwa, kebanyakannya di Arab Saudi, tidak akan menimbulkan suasana kecemasan sejagat, kata satu panel penasihat Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).
Jawatankuasa kecemasan WHO, yang terdiri daripada para pakar kesihatan dari luar agensi Pertubuhan BangsaBangsa Bersatu (PBB) itu, kelmarin sebulat suara memutuskan bahawa sindrom pernafasan koronavirus, atau Mers-CoV, tidak memenuhi syarat-syarat untuk diklasifikasikan sebagai satu keadaan kecemasan awam yang menjadi kebimbangan antarabangsa, kata WHO dalam satu kenyataan.
Jawatankuasa yang terdiri daripada 15 anggota itu, termasuk Timbalan Menteri Kesihatan Arab Saudi, Encik Ziad Memish, dan para pegawai dari enam negara yang mempunyai ramai penduduk Islam lain, bertemu menerusi telesidang buat kali kedua untuk menilai ancaman virus itu, terutamanya sedang jutaan pengunjung bersiap sedia melawat Arab Saudi bagi menunaikan ibadah haji.
"Mereka tidak menyatakan ia tidak penting, mereka tidak berkata ayuh teruskan dengan perkara lain," kata Encik Keiji Fukuda, penolong pengarah besar WHO bagi keselamatan kesihatan dan sekitaran, kelmarin, di ibu pejabat agensi tersebut di Geneva selepas keputusan panel berkenaan.
"Perisytiharan dan acara harus seimbang antara satu sama lain. Jika tidak, anda akan mula kehilangan kewibawaan," tambahnya.
Virus yang sebelumnya tidak diketahui itu telah menjangkiti lebih 82 orang dan membunuh 45 orang sejak September lalu, menurut perangkaan WHO.
Semalam, pihak berkuasa di Amiriah Arab Bersatu (UAE) dan Arab Saudi melaporkan enam kes baru Mers, kata agensi itu.
Jangkitan terbaru membabitkan empat wanita dan dua lelaki berusia antara 26 dengan 42 tahun, menjadikan jumlah kes jangkitan virus itu di seluruh dunia mencecah 88 orang, termasuk 45 kematian, kata agensi PBB itu dalam kenyataannya.
Lima daripada enam kes baru itu melibatkan pekerja kesihatan dan satu lagi adalah seorang lelaki yang berhubungan dengan seorang yang telah dijangkiti virus tersebut, kata WHO lagi.
Jutaan jemaah dijangka membanjiri Makkah di Arab Saudi pada musim haji Oktober ini.
Pihak berkuasa Arab Saudi telah mengurangkan visanya tahun ini, sambil menyatakan kebimbangannya terhadap kerja peluasan di tapak utama masjid.
WHO juga sedang menyiapkan nasihat perjalanan berkaitan dengan koronavirus itu, yang akan dikeluarkan dalam beberapa hari lagi.

Hiburan: Zain Saidin Menafikan Akan Bernikah Dengan Rozita Che Wan

 

PELAKON Oh My English, Zain Saidin menafikan bakal bernikah dengan kekasihnya, Rozita Che Wan pada Julai ini.

Laporan akhbar tempatan semalam menyebut, pelakon, Rozita Che Wan atau lebih dikenali sebagai Che Ta sudah memilih tarikh untuk bernikah Julai ini dengan Zain.Sambung...

Friday 19 July 2013

Khasiat buah nenas






Buah Nanas mempunyai kandungan Vitamin C yang tinggi yang amat diperlukan untuk kesihatan dalam membantu menyembuhkan luka atau cedera di samping penyerapan zat besi ke dalam saluran darah.

Kandungan Vitamin B di dalam buah nanas terutamanya B1 (thiamin) berfungsi dalam membantu proses penghadaman dan melicinkan proses pencernaan dalam usus manakala Vitamin B3 (niacin) bersama kandungan kabohidratnya dapat mengawal sistem penghadaman agar sentiasa sihat.

Kandungan potassium bersama-sama sodium di dalam buah nanas dapat mengawal imbangan air dalam tubuh manusia.

Buah nanas juga mengandungi sejenis enzim yang sangat berguna di dalam sektor perubatan iaitu enzim Bromelin di mana ianya digunakan dalam meluas semasa pembedahan di dalam mengawal pembengkakkan, jangkitan dan menghalang berlakunya pembekuan darah
.




Rumah khas DBKL akan diwujudkan untuk golongan muda menyewa di Kuala Lumpur.

BeritaGembira untuk semua..

KUALA LUMPUR - Kementerian Wilayah Persekutuan bercadang menyediakan perumahan khas untuk golongan muda yang baru bekerja di Kuala Lumpur, kata menteri berkenaan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor. Sambung....

Are People Watching TV Ads or Looking at Their Mobile Devices?

SymphonyAdvancedMedia-Concurrent-Use-Mobile-Devices-and-TV-Apr2013
The study – sponsored by the Coalition for Innovative Media Measurement (CIMM) – measured cross-media advertising effectiveness using passive measurement of ad exposure. This type of measurement captures data from panelists every second of every day without the need for panelist interaction, using a single source to time stamp TV, online and application usage.
The results reveal that 30-40% of actual TV ad viewing occurred concurrently with mobile device usage. It’s important to note that these results are limited to 3 test cases: a CPG brand; a wireless brand; and a pharma brand. (Each were national advertiser campaigns.) It’s also worth noting that the study was limited to participants who use their mobile device in front of the TV, so may not be representative of all mobile owners.
Still, on average, participants spent one-third of TV ad viewing time looking at their mobile phone or tablet. The researchers suggest that “TV viewers may not be tuning away from commercials… just picking up the phone or tablet.” While the study doesn’t measure the effects on ad attention or effectiveness, previous research from the IAB suggested that multi-screen users are actually better able to recall TV advertisers. The IAB posited then that the surprising result could be because people who have their second devices during commercial breaks are less likely to channel surf or skip the commercial break, leaving them aware, at some level, of the brands on the screen. (The listen to – rather than watch – TV phenomenon.)
Whether or not the IAB results would hold up under further testing, it’s interesting to have some hard data to support the IAB’s theory that viewers with mobile devices are using them during commercial breaks.

Other Findings:

  • The Symphony Advanced Media study also found that on average, viewers who were exposed to an ad across one of the 3 test campaigns consumed 24 hours of TV on average per week, while those who were not exposed to an ad watched an average of 10 hours per week. That’s a fairly logical result, in that heavy TV viewers are more likely to be exposed to a particular ad than light viewers.
  • Upper funnel metrics such as favorability and unaided awareness grew by 51% and 22%, respectively, when participants were exposed to both TV and online ad campaigns, versus TV campaigns only.

Thursday 18 July 2013

Kasih Rasul pada umatnya

DIRIWAYATKAN oleh Abdullah bin Amr ra bahawa Rasulullah saw telah membaca firman Allah swt yang bermaksud:
"Wahai Tuhanku, sesungguhnya berhala-berhala itu telah banyak menyesatkan manusia, barang siapa yang mengikutiku maka sesungguhnya dia adalah termasuk dalam golonganku." [Surah Ibrahim]
Selepas itu Rasulullah saw membaca pula sabda Nabi Isa as yang bermaksud: "Jika Engkau menyiksa mereka, sesungguhnya mereka itu adalah hamba-hamba-Mu, dan apabila Engkau mengampuni mereka, sesungguhnya Engkau Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana." [Surah Al-Maa'idah]
Kemudian Rasulullah saw mengangkat kedua tangannya lalu berdoa: "Ya Allah, umatku, umatku."
Lalu Allah swt berfirman kepada Jibril as: "Wahai Jibril! Pergilah kamu kepada Muhammad, tanyalah kepadanya apa yang menyebabkan dia menangis."
Maka Jibril as menemui Rasulullah saw, lalu bertanya kepadanya Rasulullah saw kemudian mengkhabarkan kepada Jibril as sebab tangisannya. Maka Allah berfirman kepada Jibril as: "Pergilah kamu menemui Muhammad dan katakanlah kepadanya bahawa Allah berfirman: "Sesungguhnya Kami akan membuatkan kamu redha pada umatmu dan Kami tidak akan menyakitimu dalam urusan umatmu." [Hadis riwayat Imam Muslim]

Perlu qadak solat

 
BERSAMA USTAZ MOHAMED SALEHIN
SOALAN
Bolehkah orang yang mempunyai banyak qadak solat melakukan solat sunat yang lain?
Ada yang menyatakan tidak perlu qadak solat dan cukup dengan hanya sembahyang taubat kerana, jika tidak, seseorang itu akan terus-terusan hanya melakukan qadak solat sahaja.
Boleh ustaz beri penjelasan mana yang lebih afdal bagi orang yang banyak qadak tetapi tidak mampu tunaikan.
JAWAPAN
Ibadah solat adalah rukun Islam yang kedua dan merupakan kewajipan yang sangat dituntut agama.
Ia hendaklah dilaksanakan dalam waktunya dalam apa jua keadaan.
Sekiranya tertinggal atau ditinggalkan hendaklah diqadak.
Menurut Dr Wahbah Al-Zuhaily, takrifan i qadak ialah melakukan sesuatu amalan yang diwajibkan selepas dari waktunya.
Ulama membahagikan solat yang perlu diqadak kepada dua.
Pertama, qadak bagi mereka yang tertinggal solat dengan keuzuran.
Kedua, qadak bagi tertinggal tanpa keuzuran.
Ibadah solat yang tertinggal disebabkan keuzuran (iaitu tertidur, terlupa, tidak sedar diri kerana sakit, berperang) hendaklah dilakukan sebaik sahaja bangun, teringat, sedar atau terlepas daripada hambatan perang, tanpa sebarang kifarat (gantian) yang lain.
Dianjurkan ke atasnya memohon keampunan daripada Allah swt dan memperbanyakkan solat sunat bagi menutup kekurangan ibadahnya itu dan kalau-kalau ia disebabkan oleh kelalaian diri.
Ini adalah mazhab jumhur (majoriti) ulama.
Di dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Abu Qatadah ra, Nabi saw bersada:
"Sesungguhnya bukanlah tertidur itu mengabaikan. Mengabaikan adalah orang yang sengaja tidak mengerjakan solat sehingga tiba waktu solat yang lain.
"Barangsiapa yang tertidur, hendaklah dia solat sebaik sahaja dia bangkit. Pada masa hadapan hendaklah dia solat pada waktunya." (Riwayat Muslim)
Mereka yang meninggalkan solat dengan sengaja adalah berdosa.
Para ulama mazhab Syafie, Maliki, Hanafi dan Hanbali bersepakat bahawa mengqadak solat yang tertinggal tanpa keuzuran dengan segera adalah wajib.
Hal ini berdasarkan sabda Rasulullah saw: "Barangsiapa yang melupai solat maka hendaklah dia menunaikannya apabila dia teringat." (Riwayat Muslim)
Mereka juga dituntut untuk bertaubat dengan segera kerana dosa yang bertangguh tanpa bertaubat akan mengundang kemurkaan Allah swt.
Menqadak solat yang ditinggalkan itu adalah tuntutan taubat.
Dosa orang berkenaan akan terus dikira selama mana solat berkenaan tidak diqadak.
Jika qadak solat adalah wajib kerana tertidur dan lupa, maka qadak menjadi lebih wajib jika ditinggalkan dengan sengaja.
Orang yang mempunyai banyak kewajiban qadak solat boleh melakukan solat sunat yang lain.
Cuma, ulama lebih menggalakkan menunaikan qadak solat yang wajib kerana pahala melakukan ibadah yang wajib (walaupun qadak) adalah lebih besar daripada melakukan solat-solat sunat yang lain.
Oleh itu, terdapat dua cara untuk qadak.
Pertama, mengqadak solat mengikut bilangan yang telah ditinggalkannya jika dia tahu jumlah solat yang telah ditinggalkan.
Kedua, membuat anggaran jumlah yang perlu diqadak jika dia tidak tahu dengan pasti berapa banyak yang telah ditinggalkannya, iaitu sejak akil baligh.
Hendaklah dia berusaha bersungguh-sungguh dan hanya berhenti jika sudah yakin telah menunaikan semua qadak solat.
Dalam dua keadaan ini, bukanlah bermaksud wajib diqadak solat sahaja dan tidak dibenarkan keluar rumah dan terhenti kehidupannya.
Menurut para ulama, sekurang-kurangnya atau yang terbaik adalah melakukan qadak solat setiap kali selepas selesai solat fardu dan ia dilakukan secara berterusan.
Jika benar-benar tidak mampu atau ditakdirkan meninggal dunia sebelum sempat mengqadak semua solatnya, maka rahmat Allah pasti bersamanya kerana Allah hanya menuntut daripada hamba-hamba-Nya untuk berusaha sebaik mungkin dan dalam batas kemampuan diri sahaja.
Taubat nasuha orang ini, insyaAllah, akan membersihkan saki baki solat yang tidak terqadak.
Perlu dimaklumi, melakukan qadak solat fardu boleh dilakukan pada bila-bila masa sahaja.
Waktu-waktu yang dilarang melakukan solat biasa tidak berlaku bagi menunaikan qadak solat.
Pendapat yang mengatakan tidak perlu qadak solat dan hanya wajib bertaubat memang ada tetapi ia adalah pendapat amat minoriti yang berada di luar daripada empat mazhab utama.
Berpegang pada pendapat majoriti ulama dari kesemua empat mazhab sebagaimana yang dijelaskan di atas adalah lebih baik.
Nota: Ustaz Mohamed Salehin bin Mohamed Deros bertugas sebagai pengkaji di Sekolah Pengajian Antarabangsa S. Rajaratnam (NTU). Beliau berkelulusan sarjana muda syariah dari Universiti Kuwait.

SEKS DENGAN BUDAK BAWAH UMUR




BEBAS DENGAN IKAT JAMIN: Mohammad Rahimi menghadapi tuduhan melakukan hubungan seks dengan budak 16 tahun. - Foto fail

Kes ditunda bulan depan

KES seorang penolong penerbit drama bersiri popular setempat yang dituduh melakukan seks dengan budak bawah umur telah ditunda ke bulan depan.
Mohammad Rahimi Hussain, 26 tahun, hadir di mahkamah bersama peguam semalam.
Dia dituduh menjalin hubungan seks dengan seorang budak perempuan atas kerelaan budak itu antara 5.30 petang hingga 7 malam pada 11 Jun tahun lalu.
Kejadian itu berlaku di sebuah flat di kawasan utara.
Menurut kertas pertuduhan, budak perempuan itu berusia di bawah usia 16 tahun ketika kejadian berlaku.
Mohammad Rahimi menghadapi dua lagi tuduhan melakukan seks oral dan aksi lucah dengan budak perempuan itu, yang akan dipertimbangkan hakim semasa menjatuhkan hukuman.
Akhbar ini difahamkan, Mohammad Rahimi bertugas sebagai penolong penerbit bagi siri drama Anak Metropolitan 3 yang disiarkan di saluran Suria tahun lalu.
Siasatan menunjukkan Mohammad Rahimi berkenalan dengan mangsa dan mula berhubungan menerusi khidmat pesanan ringkas dan membincangkan tentang seks.
Pada 11 Jun tahun lalu, Rahimi mengajak mangsa mengadakan hubungan seks.
Mohammad Rahimi pertama kali dihadapkan ke mahkamah pada 5 Jun lalu bagi menghadapi tuduhan tersebut.
Apabila dihadapkan di mahkamah lagi dua minggu lalu, Mohammad Rahimi hadir seorang diri dan tidak diwakili peguam.
Waktu itu, dia meminta Hakim Daerah, Encik Siva Shanmugam, memberinya masa sebulan bagi mendapatkan khidmat peguam bagi mewakilinya. Namun, Encik Shanmugam memberinya tempoh selama dua minggu mendapatkan khidmat peguam.
Kes tertuduh akan didengar lagi 14 Ogos ini.
Mohammad Rahimi kini dibebaskan dengan ikat jamin $10,000.
Jika sabit kesalahan, dia boleh dihukum penjara sehingga 10 tahun atau didenda, atau kededuanya sekali.

Syor sistem pantau jerebu bersama

Bagi kenal pasti syarikat yang bertanggungjawab
PARA Menteri Sekitaran Asean telah bersetuju dengan saranan menggunakan sistem pemantauan jerebu bersama (HMS) demi mengharungi masalah tersebut yang melanda rantau ini.
Penggunaan sistem pemantauan jerebu bersama itu tertakluk kepada persetujuan di sidang Kemuncak Pemimpin Asean, yang akan diadakan di Brunei pada Oktober ini.
Persetujuan bagi saranan tersebut dicapai dalam satu mesyuarat antara menteri-menteri tersebut di Kuala Lumpur, Malaysia, semalam.
Sistem tersebut akan mengenal pasti pemilik atau syarikat yang menyebabkan jerebu menerusi pembakaran tanah-tanah mereka.
Ia juga akan dimanfaatkan seiring dengan penggunaan peta konsesi dan penggunaan tanah rasmi yang menunjukkan kawasan di mana kebakaran berlaku. Ini akan menyediakan bukti bagi tindakan penguatkuasaan sekiranya perlu.
Bagaimanapun, para menteri berkata pengongsian peta-peta konsesi hanya akan dilaksanakan atas dasar daripada pemerintah kepada pemerintah.
Ini berbeza daripada apa yang diharapkan Singapura di mesyuarat tersebut iaitu mendapatkan persetujuan negara-negara yang terlibat dalam perbincangan itu bagi membolehkan peta-peta tersebut boleh diperolehi umum.
"Kami tidak mendapat segalagalanya yang kami mahu. Namun, saya berpendapat, terdapat kemajuan dan penetapan tarikh akhir Oktober 2013 bagi pertemuan Pemimpin Asean melancarkan HMS adalah satu titik permulaan yang baik.
"Sementara itu, kesemua syarikat diberitahu tentang notis ini," kata Menteri Sekitaran dan Sumber Air, Dr Vivian Balakrishnan, dalam satu sidang akhbar bersama selepas mesyuarat tersebut.
Sistem pemantauan itu akan digunakan oleh lima negara yang terlibat dalam Jawatankuasa Panduan Menteri (MSC) Peringkat Rantau Kecil mengenai Pencemaran Jerebu Rentas Sempadan - iaitu Indonesia, Malaysia, Singapura, Brunei dan Thailand.
Dalam pada itu, laman Bernama turut melaporkan bahawa Indonesia bersetuju mengesahkan Perjanjian Asean Mengenai Pencemaran Jerebu Rentas Sempadan (CO5) pada akhir tahun ini atau awal tahun depan.
Ia turut melaporkan Menteri Sekitaran Indonesia, Profesor Dr Balthasar Kambuaya, sebagai berkata bahawa perkara tersebut akan dibincangkan secara lanjut setelah mendapat persetujuan penuh di parlimen negara itu.
"Pihak pemerintah sudah menandatangani perjanjian itu namun kami akan berbincang di Parlimen bagi tindakan lanjut," katanya, semasa di Mesyuarat Kumpulan Kerja Teknikal dan MSC mengenai Pencemaran Jerebu Rentas Sempadan.

Banduan penjara Batam pula larikan diri

BATAM: Polis Indonesia semalam memburu lebih 100 banduan yang melarikan diri dari sebuah penjara di Pulau Batam.
Ini kali kedua banduan melarikan diri daripada pusat tahanan di Indonesia dalam tempoh kurang seminggu.
Kejadian terbaru berlaku awal semalam apabila 12 banduan yang ditahan atas kesalahan dadah memukul dua pengawal dan seorang penjaga bangunan, kata ketua polis Brigedier Jeneral (BG) Endjang Sudrajat.
Menurut beliau, kumpulan itu kemudian memecahkan tingkap di pejabat warden, sebelum banduan lain turut melarikan diri.
Polis melancarkan buruan di serata pulau dan sejauh ini hanya berjaya menahan semula seorang banduan.
Penjara itu menempatkan 400 banduan walaupun kapasitinya 250 orang.
Khamis lalu, 212 banduan, termasuk sembilan anggota militan, melarikan diri daripada sebuah penjara di Menda selepas memulakan rusuhan dan kebakaran di situ.
Seramai 103 daripada mereka telah berjaya ditahan semula tetapi 109 lagi masih diburu.
Empat pengganas masih lolos, termasuk Fadli Sadama, 28 tahun, yang sedang menjalani hukuman 11 tahun penjara.
"Kami sedang menyiasat sama ada kejadian di Medan memberi inspirasi kepada para banduan di sini," kata BG Sudrajat.

Kesian Bayi di buang lagi... ish apa nak jadi



Di pagi hari yang nyaman,dua orang sudah lanjut usianya duduk berehat-rehat. Pak Abu dan Pak Majid namanya. Yang Pak Abu membaca surat khabar manakala Pak Majid hanya duduk termenung jauh sambil hisap rokok daun.

Pak Abu: Majid, engkau tengoklah berita hari ini. Ada orang sanggup jual anaknya.
Pak Majid: Hmmmmm. Jawab Pak Majib macam acuh tak acuh je.
Pak Abu: Kot pun terdesak nak duit janganlah jual anak. Banyak lagi cara nak dapat duit. Kerja kat pam minyak ke, jual kacang putih ke, jual surat khabar ke. Betul tak Majid...?
Pak Majid:Hmmmmmmm... Sambil mengembus asap rokok daunnya keluar melalui hidungnya...
Pak Abu: Kau ni kenapa Majid? Takkan berita ini kau tak ambil peduli ke? Ini melibatkan kemanusiaan tahu. Binatang pun tahu nak jaga anaknya.
Pak Majid: Hmmmm....Nilah aku nak bagitau engkau. Kalaulah aku masa muda-muda dulu..Aku jual je anak-anakku tu..
Pak Abu: Hah??? Engkau biar betul Majid!
Pak Majid: Hoii.. Engkau sedar tak sekarang ni berada di mana? Sedarlah Abu....Kita sekarang di RUMAH ORANG TUA. Kalaulah aku tahu perangai anak-anak aku tu macam nilah, dah lama dah aku jual budak-budak tu!
Pak Abu: HEHEHEHEHE....

Wednesday 17 July 2013

Express train derailment blamed on damaged tracks

Damaged tracks caused the derailment of the Bangkok-Chiang Mai overnight express in Phrae province on Wednesday morning, State Railway of Thailand (SRT) governor Prapat Chongsanguen said.
Thai and foreign passengers wait for help after their express train derailed in Den Chai district of Phrae province on Wednesday morning. (Photo by Taweesak Sukkasem)

continue,,,,

Kisah Lucu: Jam Budak Punk


 
Seorang budak punk mengajak kawannya datang ke rumah barunya. Dengan bangga dia menunjukkan ruang-ruang bilik dan hiasan rumahnya itu. Mereka berhenti di sebuah gong tembaga yang besar dan kelihatan menarik dan antik.

Kawannya bertanya, "apa benda ni? Kau budak punk pun boleh minat dengan dikir barat ke?"

"Menarik kan?" Jawab budak punk itu. "Ini bukan alat muzik lah bro. Ini jam bercakap."

"Jam bercakap?! Fuyohh! Bro, macam mana ia beroperasi? Sekarang pukul berapa, cuba kau demo sikit."

"Demo? Kau serius? Ok, tengok ni," kata budak punk itu lalu mengangkat gendang besi yg kelihatan berat sambil menghayun kuat menghentam ke tengah-tengah gong itu yg terus mengeluarkan bunyi yang kuat bagaikan boleh memecahkan gegendang telinga.

Tiba-tiba terdengar jeritan di sebalik tembok rumah sebelah, "Hoi!!! Kau dah tebiat nak mampus ke apa hah?!!! Dah pukul 2 pagi lah biul. Tak tahu nak tidur ke?!! Sewel punya budak!"

"Ah! Dah pukul 2 pagi daaah," jelas budak punk itu.
Kawan dia cuma garuk kepala masih blur dan terkedu lagi nak cakap apa-apa.

Tuesday 16 July 2013

Berita Terkini


Berita Hot serantau

Majority of Thai rice is safe, tests show

http://ts3.mm.bing.net/th?id=H.5026255211465066&pid=15.1&H=160&W=160
A quarter of the 46 packed rice brands available in the market tested totally free of chemical residue, while the rest contained different levels - but only 2% was contaminated above the international standard, according to the Thai Foundation for Consumers. continue,,,,





Singapura: Ubat batuk bernilai $1.25 juta dirampas






  PENGUASA Sains Kesihatan (HSA) telah merampas 2,000 liter ubat batuk Codeine terlarang dianggarkan bernilai $1.25 juta dalam satu operasi yang diadakan sejak April lalu.Operasi tiga bulan yang disokong Biro Narkotik Pusat (CNB) itu juga membawa kepada penangkapan empat lelaki warga Singapura yang kini sedang membantu HSA dengan siasatannya. sambung......

 

 

17 killed in stampede at boxing match in Indonesia



Reinforced security: Police officers guard outside a stadium where more than a dozen of people were killed in a stampede after spectators rioted to protest a local boxer's loss, in Nabire, Papua, Monday. The victims, mostly women, were trampled to death as about 1,500 spectators scrambled out the stadium to escape the riot that broke out just before midnight Sunday, said Sr. Comr.... Continue

Alvin Tan dan Vivian Lee: Pasangan minta maaf

Pasangan blogger kesal dengan perbuatan yang disifat menghina Islam
SHAH ALAM: Pasangan blogger yang mempersendakan bulan Ramadan dengan memuat naik gambar kontroversi sehingga menyentuh sensitiviti rakyat Malaysia, telah memuat naik sebuah video memohon maaf atas tindakan mereka itu. sambung bacaan
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Kami memerlukan sumbangan anda untuk menaik taraf blog ini, Hanya click iklan ini

Penciptaan Saya

Tingkatkan traffik anda di sini

BlogPingSite ping fast  my blog, website, or RSS feed for Free My Ping in TotalPing.com Blogged.my free bloggers backlinks - link building services where you can get link exchange free 100% to create backlinks for SEO Ping your blog, website, or RSS feed for Free Breaking News Free Geoogle ADS profitreload