Wednesday 31 July 2013

Peluang tinjau garaj F1 dari dekat


INGIN meninjau garaj-garaj kereta lumba Formula Satu (F1) dari dekat?
Mahu menikmati kemudahan di Perkampungan F1 sebelum ia dibanjiri para peminat yang lain?
Peluang eksklusif tersebut boleh menjadi milik anda.
Berita Harian (BH) menawarkan lapan pasang tiket Thursday Pit Lane Experience yang membolehkan anda meninjau garaj-garaj F1 di Bangunan Pit sempena perlumbaan F1 Singapore SingTel Grand Prix September ini.
Keistimewaan tersebut sebelum ini hanya diberikan kepada pemegang tiket Paddock Club Formula One.
Buat julung-julung kalinya, pihak penganjur F1 Singapura membuka peluang tersebut kepada 2,500 peminat.
Tiket tersebut tidak dijual kepada umum.
Tiket Thursday Pit Lane Experience juga membolehkan anda menikmati kemudahan di Perkampungan F1 di Zon 1 Litar Marina Bay sebelum Taman Litar itu dibuka kepada para pemegang tiket yang lain.
Di Perkampungan F1 itu, anda boleh menikmati suasana karnival, mencuba permainan-permainan interaktif dan berhibur dengan persembahan live.
Thursday Pit Lane Experience akan diadakan pada 19 September, sehari sebelum pembukaan Taman Litar.
Untuk berpeluang memenangi pengalaman eksklusif ini, anda hanya perlu mengirimkan foto daripada pengalaman F1 Singapura anda yang lalu.
Kirimkan tidak lebih daripada tiga foto anda ke alamat bhonline@sph.com.sg dengan subjek Peraduan BH-Grand Prix Singapura.
Foto-foto terpilih akan dimuat naik ke fanpage Facebook Berita Harian di www.facebook.com/BeritaHarianSG.
Jika foto anda menerima jumlah Like yang terbanyak, tiket Thursday Pit Lane Experience itu bakal menjadi milik anda.
Promosi ini dibawakan dengan kerjasama Singapore Grand Prix dan akan berlangsung sehingga 16 Ogos ini.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Kami memerlukan sumbangan anda untuk menaik taraf blog ini, Hanya click iklan ini

Penciptaan Saya

Tingkatkan traffik anda di sini

BlogPingSite ping fast  my blog, website, or RSS feed for Free My Ping in TotalPing.com Blogged.my free bloggers backlinks - link building services where you can get link exchange free 100% to create backlinks for SEO Ping your blog, website, or RSS feed for Free Breaking News Free Geoogle ADS profitreload