WAYNE ROONEY: Chelsea tidak mengaku kalah dalam usaha mendapatkan penyerang United ini. -
LIGA PERDANA ENGLAND
MANCHESTER:
Meskipun bos Manchester United, David Moyes, memberikan alasan mengenai
prestasi hambar pasukannya ketika aksi pramusim kerana bermain dengan
lawan yang lebih berkualiti, beliau tetap puas.
Moyes berkata beliau tetap gembira dan tidak risau dengan keputusan keseluruhan pramusim ini biarpun mencatat keputusan dua kalah, satu menang dan satu seri.
"Ia hanyalah perlawanan pramusim dan kami baharu bermula. Kami bermain dengan dua pasukan yang hebat di Jepun.
"Kami akan melakukan yang lebih baik dan keadaan ini merupakan satu situasi yang positif dan meningkat.
"Kami telah bersedia untuk menempuhi musim baharu ini, dan dan tidak ragu-ragu mengenainya.
"Saya teruja dengan jelajah pramusim ini dan ia satu sambutan yang luar biasa terhadap pasukan Manchester United," jelas Moyes.
Moyes dilantik menjadi pengurus baharu United selepas Sir Alex Ferguson mengambil keputusan bersara bulan lalu.
Skuad kendalian Moyes ini memulakan aksi pramusim dengan tewas kepada pasukan Singha All Star (Thailand) 1-0 di Bangkok baru-baru ini.
Selepas itu mereka menumpaskan pasukan A-League All Stars (Australia) 5-1 sebelum bertandang ke Jepun, bermain dengan Yokohama F-Marinos dan tewas 3-2.
Selepas itu, skuad Moyes mencatat seri 2-2 bertemu Cerezo Osaka.
Sementara itu, Jose Mourinho, yang dilengkapkan dengan dana membeli pemain sebanyak £30 juta ($58.4 juta), terus bermain tarik tali bersama Manchester United bagi mendapatkan Wayne Rooney.
Bos baru Chelsea itu bersedia menunggu sehingga penghujung jendela perpindahan untuk mendapatkan tandatangan peledak sensasi Inggeris itu.
"Kelab ini mempunyai kestabilan yang amat baik dari segi gaji, keuntungan dan pelaburan.
"Jadi jangan pecahkan kestabilan itu dengan jumlah kami untuk membuat pelaburan kepada pemain yang bernilai £20 juta, £25 juta atau £30 juta kerana kelab ini bersedia untuknya.
"Adakah kami perlu menjual terlebih dulu? Tidak, tidak, tidak, kami tidak perlu menjual."
Ditanya sama ada Chelsea mampu membelanjakan £50 juta untuk mendapatkan penyerang United itu, Mourinho membalas:
"Penyerang yang saya mahukan tidak bernilai £50 juta dan tidak bernilai £40 juta."
Dan ditanya adakah beliau tetap akan melakukan urus niaga sehingga tarikh tamat jendela perpindahan pada 2 September ini, Mourinho membalas: "Sebab itulah ia terbuka."
The Blues akan menentang United 26 Ogos ini di Old Trafford - hanya seminggu sebelum jendela perpindahan ditutup. -

No comments:
Post a Comment