Thursday 18 July 2013

SEKS DENGAN BUDAK BAWAH UMUR




BEBAS DENGAN IKAT JAMIN: Mohammad Rahimi menghadapi tuduhan melakukan hubungan seks dengan budak 16 tahun. - Foto fail

Kes ditunda bulan depan

KES seorang penolong penerbit drama bersiri popular setempat yang dituduh melakukan seks dengan budak bawah umur telah ditunda ke bulan depan.
Mohammad Rahimi Hussain, 26 tahun, hadir di mahkamah bersama peguam semalam.
Dia dituduh menjalin hubungan seks dengan seorang budak perempuan atas kerelaan budak itu antara 5.30 petang hingga 7 malam pada 11 Jun tahun lalu.
Kejadian itu berlaku di sebuah flat di kawasan utara.
Menurut kertas pertuduhan, budak perempuan itu berusia di bawah usia 16 tahun ketika kejadian berlaku.
Mohammad Rahimi menghadapi dua lagi tuduhan melakukan seks oral dan aksi lucah dengan budak perempuan itu, yang akan dipertimbangkan hakim semasa menjatuhkan hukuman.
Akhbar ini difahamkan, Mohammad Rahimi bertugas sebagai penolong penerbit bagi siri drama Anak Metropolitan 3 yang disiarkan di saluran Suria tahun lalu.
Siasatan menunjukkan Mohammad Rahimi berkenalan dengan mangsa dan mula berhubungan menerusi khidmat pesanan ringkas dan membincangkan tentang seks.
Pada 11 Jun tahun lalu, Rahimi mengajak mangsa mengadakan hubungan seks.
Mohammad Rahimi pertama kali dihadapkan ke mahkamah pada 5 Jun lalu bagi menghadapi tuduhan tersebut.
Apabila dihadapkan di mahkamah lagi dua minggu lalu, Mohammad Rahimi hadir seorang diri dan tidak diwakili peguam.
Waktu itu, dia meminta Hakim Daerah, Encik Siva Shanmugam, memberinya masa sebulan bagi mendapatkan khidmat peguam bagi mewakilinya. Namun, Encik Shanmugam memberinya tempoh selama dua minggu mendapatkan khidmat peguam.
Kes tertuduh akan didengar lagi 14 Ogos ini.
Mohammad Rahimi kini dibebaskan dengan ikat jamin $10,000.
Jika sabit kesalahan, dia boleh dihukum penjara sehingga 10 tahun atau didenda, atau kededuanya sekali.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Kami memerlukan sumbangan anda untuk menaik taraf blog ini, Hanya click iklan ini

Penciptaan Saya

Tingkatkan traffik anda di sini

BlogPingSite ping fast  my blog, website, or RSS feed for Free My Ping in TotalPing.com Blogged.my free bloggers backlinks - link building services where you can get link exchange free 100% to create backlinks for SEO Ping your blog, website, or RSS feed for Free Breaking News Free Geoogle ADS profitreload