Bagi kenal pasti syarikat yang bertanggungjawab
PARA
Menteri Sekitaran Asean telah bersetuju dengan saranan menggunakan
sistem pemantauan jerebu bersama (HMS) demi mengharungi masalah tersebut
yang melanda rantau ini.
Penggunaan sistem pemantauan jerebu bersama itu tertakluk kepada persetujuan di sidang Kemuncak Pemimpin Asean, yang akan diadakan di Brunei pada Oktober ini.
Persetujuan bagi saranan tersebut dicapai dalam satu mesyuarat antara menteri-menteri tersebut di Kuala Lumpur, Malaysia, semalam.
Sistem tersebut akan mengenal pasti pemilik atau syarikat yang menyebabkan jerebu menerusi pembakaran tanah-tanah mereka.
Ia juga akan dimanfaatkan seiring dengan penggunaan peta konsesi dan penggunaan tanah rasmi yang menunjukkan kawasan di mana kebakaran berlaku. Ini akan menyediakan bukti bagi tindakan penguatkuasaan sekiranya perlu.
Bagaimanapun, para menteri berkata pengongsian peta-peta konsesi hanya akan dilaksanakan atas dasar daripada pemerintah kepada pemerintah.
Ini berbeza daripada apa yang diharapkan Singapura di mesyuarat tersebut iaitu mendapatkan persetujuan negara-negara yang terlibat dalam perbincangan itu bagi membolehkan peta-peta tersebut boleh diperolehi umum.
"Kami tidak mendapat segalagalanya yang kami mahu. Namun, saya berpendapat, terdapat kemajuan dan penetapan tarikh akhir Oktober 2013 bagi pertemuan Pemimpin Asean melancarkan HMS adalah satu titik permulaan yang baik.
"Sementara itu, kesemua syarikat diberitahu tentang notis ini," kata Menteri Sekitaran dan Sumber Air, Dr Vivian Balakrishnan, dalam satu sidang akhbar bersama selepas mesyuarat tersebut.
Sistem pemantauan itu akan digunakan oleh lima negara yang terlibat dalam Jawatankuasa Panduan Menteri (MSC) Peringkat Rantau Kecil mengenai Pencemaran Jerebu Rentas Sempadan - iaitu Indonesia, Malaysia, Singapura, Brunei dan Thailand.
Dalam pada itu, laman Bernama turut melaporkan bahawa Indonesia bersetuju mengesahkan Perjanjian Asean Mengenai Pencemaran Jerebu Rentas Sempadan (CO5) pada akhir tahun ini atau awal tahun depan.
Ia turut melaporkan Menteri Sekitaran Indonesia, Profesor Dr Balthasar Kambuaya, sebagai berkata bahawa perkara tersebut akan dibincangkan secara lanjut setelah mendapat persetujuan penuh di parlimen negara itu.
"Pihak pemerintah sudah menandatangani perjanjian itu namun kami akan berbincang di Parlimen bagi tindakan lanjut," katanya, semasa di Mesyuarat Kumpulan Kerja Teknikal dan MSC mengenai Pencemaran Jerebu Rentas Sempadan.

No comments:
Post a Comment