Wednesday 24 July 2013

Bergegas cekup Fabregas

KEKAL DI BARCELONA?: Cesc Fabregas (tiga dari kiri) sudah biasa dan akrab dengan para pemain Barcelona seperti (dari kiri), Gerard Pique, Sergio Busquets, Jordi Alba dan Marc Bartra. - Foto REUTERS
LIGA PERDANA ENGLAND

TOKYO: Pengurus Manchester United, David Moyes, kelmarin mendedahkan bahawa beliau telah meningkatkan usahanya untuk mendapatkan Cesc Fabregas selepas membuat bidaan kedua bagi pemain tengah Barcelona tersebut.
United minggu lalu mengesahkan mereka telah membuat bidaan awal untuk mendapat bekas pemain Arsenal tersebut, tetapi tawaran £25 juta ($48 juta) yang dibuat mereka segera ditolak juara La Liga itu.
Moyes pula berazam untuk melakukan segala yang terdaya untuk memujuk Fabregas kembali ke Liga Perdana England.
Dan bekas bos Everton itu, yang dilantik menggantikan Sir Alex Ferguson pada hujung musim lalu, berkata dalam satu sidang akhbar di Tokyo kelmarin, bahawa satu bidaan kedua yang lebih baik, yang dipercayai sekitar £30 juta, telah dibuat.
Naib pengerusi eksekutif United, Ed Woodward, telah kembali ke England lebih awal dari jadualnya pada Rabu lalu untuk mengetuai rundingan mengenai Fabregas.
Moyes berkata: "Saya difahamkan bahawa Ed menerima respons pada tawaran pertama. Kami telah membuat tawaran kedua tetapi Ed yang akan menanganinya dan bukannya saya."
Sejauh ini, Moyes belum lagi mendapatkan sebarang pemain besar. Hanya pemain skuad Bawah 20 Tahun Uruguay, Guillermo Varela, yang telah diikat mereka.
Tetapi, dengan laporan-laporan di Sepanyol membayangkan bahawa Barca tidak akan membuat sebarang keputusan mengenai Fabregas hingga mereka melantik pengganti jurulatih Tito Vilanova yang sedang bergelut dengan barah, Moyes akur bahawa masanya akan datang apabila beliau terpaksa beralih ke pemain lain.
"Saya fikir ketikanya akan datang," kata Moyes. "Tetapi apabila anda berminat terhadap pemain yang bagus, anda mahu memberikannya setiap peluang untuk menjadi kenyataan.
"Saya harap keadaan akan berjalan lancar. Ketika ini, apa yang dapat saya katakan ialah Ed Woodwork sedang berusaha gigih untuk cuba mendapat persetujuan.
"Kami harap ada antara persetujuan itu akan dicapai tidak lama lagi."
Moyes juga telah dikaitkan dengan penyerang Real Madrid, Cristiano Ronaldo; dan pemain sayap Tottenham, Gareth Bale; selain cuba mendapatkan Leighton Baines dan Marouane Fellaini daripada kelab lama beliau, Everton.
Sejauh ini, beliau belum berhasil mendapatkan sasarannya itu, dengan bos baru Real Madrid, Carlo Ancelotti, pada Ahad lalu menegaskan beliau tidak menjangka Ronaldo akan kembali menyertai United.
Dalam pada itu, United juga telah diingatkan agar tidak membuang masa untuk membuat bidaan ketiga untuk Fabregas.
United dikatakan sedang menimbangkan bidaan £35 juta selepas Barca menolak bidaan £31 juta yang mereka buat.
Rakan sepasukan Fabregas, Gerard Pique, berkata: "United hanya membuang masa sahaja.
"Cesc mengambil masa yang lama untuk merealisasikan impiannya untuk kembali ke kampung halamannya dan beliau tidak akan melepaskannya.
"Ini rumahnya, di sinilah terdapat keluarganya dan beliau bermain dengan rakan-rakan rapatnya.
"Beliau telah memberitahu kami, beliau gembira dan berniat untuk kekal di Bacelona."
Kini pihak lembaga United mesti memutuskan sama ada mereka akan membuat bidaan bagi pemain bersia 26 tahun itu lagi dan menguji ketahanan Barca dengan menambah jumlah bidaan.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Kami memerlukan sumbangan anda untuk menaik taraf blog ini, Hanya click iklan ini

Penciptaan Saya

Tingkatkan traffik anda di sini

BlogPingSite ping fast  my blog, website, or RSS feed for Free My Ping in TotalPing.com Blogged.my free bloggers backlinks - link building services where you can get link exchange free 100% to create backlinks for SEO Ping your blog, website, or RSS feed for Free Breaking News Free Geoogle ADS profitreload