Denzel Washington dan Mark Wahlberg serasi bergandingan bawa watak utama dalam filem terbaru 'Two Guns'
PEMENANG
Anugerah Academy, Denzel Washington dan Mark Wahlberg, memegang dua
watak utama dalam filem terbaru, Two Guns, yang mengisahkan dua pegawai
risikan daripada dua biro berlainan.
Tetapi kededua mereka tidak tahu identiti sebenar satu sama lain sehinggakan mereka tidak mempercayai antara satu sama lain.
Padahal kededua mereka - ejen DEA Bobby Trench (lakonan Washington) dan pegawai perisik tentera laut Amerika Marcus Stigman (lakonan Wahlberg) - telah digabungkan untuk menyamar sebagai anggota sebuah sindiket narkotik.
Apabila usaha mereka menyusup masuk ke sebuah kumpulan mafia dadah Mexico dan mendapatkan semula wang berjumlah jutaan dolar gagal, Trench and Stigman tiba-tiba sahaja dibuang oleh para pegawai atasan mereka.
Memandangkan semua orang kini ingin menghukum atau membunuh mereka, orang yang dapat dipercayai ialah antara satu sama lain.
Mujur mereka belajar beberapa tip untuk menyelamatkan diri hasil daripada penyamaran mereka sebagai anggota kumpulan gelap bertahun-tahun lamanya.
Filem ini turut dibintangi Paula Patton, James Marsden dan Edward James Olmos dan diarah Baltasar Kormakur.
Berikut adalah hasil temu ramah dengan Wahlberg, yang dipetik laman flicksandbits.
Anda mainkan watak Marcus 'Stig' Stigman yang pantas berbual dalam filem '2 Guns'. Apakah yang membuat anda tertarik dengan watak ini?
Stig merupakan watak sempurna yang tidak gentar dengan apa-apa. Saya gemarkan watak sedemikian.
Seperti merompak bank. Beliau saling tidak mempercayai Bobby Trench dan telah mempermainkan antara satu sama lain.
Kededua mereka tidak jujur antara satu sama lain. Dan mereka telah mempermainkan antara satu sama lain.
Meskipun begitu, Stigman masih tetap jujur dan mempunyai sifat terbuka tentang perasaannya.
Saya benar-benar gemar mainkan wataknya dan menentang lelaki yang cuba mempermainkan dirinya.
Stigman mempunyai komitmennya yang tersendiri?
Stigman seolah-olah berpegang kepada prinsip seperti 'tugas, hormat, setia dan percaya.'
Semua itu bagaikan penting kepada Stigman. Beliau akan melakukan apa sahaja untuk sahabatnya.
Bagaimana pula perasaan anda bekerjasama dengan Denzel Washington yang dinamik orangnya?
Kami mempunyai cara kerja yang unik. Memang kami sudah lama kenal antara satu sama lain.
Saya juga memang hendak bekerjasama dengannya.
Pastinya filem ini sesuai bagi kami melakukan sesuatu yang berbeza dan menunjukkan sifat kami yang berbeza juga.
Saya yakin orang ramai akan terperanjat melihatkan betapa nakalnya Washington dalam filem ini.
Saya masih ingat semasa menjalani penggambaran untuk adegan pertama, saya akan cuba lakukan beberapa perkara yang berbeza.
Semua pengalaman itu menyeronokkan. Saya juga sudah lama menggemari lakonan Washington.
Yang pasti kami ada persamaan - masing-masing mempunyai empat cahaya mata.
Saya pernah mendapatkan nasihatnya tentang perihal anak dan juga tentang lakonan. Beliau salah seorang pelakon yang cukup hebat.
Saya difahamkan anda banyak membuat pembaikan semasa berlakon di sampingnya?
Memang banyak pembaikan yang dilakukan. Pembaikan boleh menjadikan adegan itu kelihatan lebih menarik.
Biasanya apabila seseorang itu terlupa skrip, beliau akan teruskan perbualannya selagi ia ada kaitan dengan filem itu.
Kadangkala Washington akan ketawa dengan apa yang saya katakan. Saya gemarkan filem ini kerana ia mengingatkan saya tentang komedi penuh aksi melibatkan dua sahabat.

No comments:
Post a Comment