Friday, 2 August 2013

Inisiatif belia bantu keluarga susah

SETIAP malam, lima beranak keluarga Cik Eva Yusan Siregar tidur berhimpit-himpit di ruang tamu flat satu bilik mereka.
Pernah juga berhari-hari mereka hanya makan nasi bersama kicap dan telur.
Meskipun tidak selesa dan kurang enak, Cik Eva, 35 tahun, bersyukur kerana masih dapat tidur bersama keluarganya setiap hari.
Dalam Ramadan ini, keluarga Cik Eva mendapat sedikit kelegaan. Mereka antara 200 keluarga berpendapatan rendah di kawasan Chai Chee yang diberi habuan oleh sekumpulan belia yang menjalankan sebuah inisiatif dipanggil 'Makanan Bagi Ramadan' Ahad lalu.
Inisiatif itu dimulakan dua belia - Cik Farah Sidek, 27 tahun, dan Cik Farah Bawany, 23 tahun - tahun lalu. Kumpulan itu mengumpulkan derma menerusi laman Facebook dan menggunakan wang tersebut membeli makanan asas bagi diagih kepada keluarga memerlukan.
"Alhamdulillah, saya ucapkan terima kasih banyak-banyak kepada belia ini semua kerana membantu orang-orang macam kami," kata Cik Eva, seorang Penduduk Tetap (PR) asal Medan, Indonesia.
Menurut Cik Eva, beliau dan suaminya, Encik Salleh Yasin, 45 tahun, telah menetap di flat satu bilik mereka di Chai Chee Road sejak 15 tahun lalu.
Di situ jugalah pasangan itu dikurniakan tiga anak yang berusia antara 10 dengan 14 tahun.
Menceritakan nasibnya, Cik Eva berkata keluarganya sudah terbiasa dengan keadaan hidup susah dan serba kekurangan.
Suaminya baru mula bekerja sebagai seorang pengawal keselamatan sejak dua minggu lalu setelah tujuh bulan menganggur.
Suaminya menghidapi penyakit gaut manakala Cik Eva pula penyakit kencing manis dan darah tinggi.
"Memang dah biasa kami hidup macam ini. Pernah kami begitu susah, sampaikan hari-hari makan nasi dengan kicap dan telur," ujar Cik Eva.
Namun mujur, anak-anak beliau mendapat bantuan wang saku sekolah daripada Persatuan Pemudi Islam Singapura (PPIS).
Bagi keluarga Cik Eva, Hari Raya tahun ini disambut secara sederhana seperti tahun-tahun sebelumnya.
"Kami akan gunakan semula hiasan lama dan nasib baik dapat habuan sekali lagi tahun ini. Bolehlah ia bertahan sampai Hari Raya nanti," katanya.
Setiap keluarga yang dibantu itu menerima beg habuan berisi makanan seperti beras, minyak, biskut, teh, kopi dan gula bernilai hampir $60.
Sekitar 50 belia tampil membantu mengagihkan beg-beg habuan tersebut.
Menurut Cik Farah Bawany, seorang pelajar tahun akhir di Universiti Nasional Singapura (NUS), inisiatif 'Makanan Bagi Ramadan' telah mengumpulkan $14,000 dan berjaya mencapai matlamat membantu 200 keluarga tahun ini.
Pihaknya akan mengagihkan lebih 50 beg habuan minggu ini.
Cik Farah Sidek, seorang konsultan pemasaran, pula berkata beliau berharap usaha itu memberi inspirasi kepada lebih ramai belia membantu golongan memerlukan.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Kami memerlukan sumbangan anda untuk menaik taraf blog ini, Hanya click iklan ini

Penciptaan Saya

Tingkatkan traffik anda di sini

BlogPingSite ping fast  my blog, website, or RSS feed for Free My Ping in TotalPing.com Blogged.my free bloggers backlinks - link building services where you can get link exchange free 100% to create backlinks for SEO Ping your blog, website, or RSS feed for Free Breaking News Free Geoogle ADS profitreload