DENGAN
Liga Perdana bermula seminggu lagi, peminat pasti akan membaca dan
mendengar pelbagai cerita dan berita mengenai kelab dan pemain dalam
seminggu ini.
Perkembangan terbaru akan ligat bertukar - bukan lagi dalam tempoh hari, tetapi dalam beberapa jam sahaja.
Dalam seminggu ini, peminat akan mendengar pengurus mengatakan tidak, sementara pemain mengatakan ya.
Pengurus dan kelab akan mengatakan itu, tetapi pemain dan ejen mereka pula katakan ini.
Pendek kata, spekulasi mengenai kedudukan pemain akan memuncak dalam minggu ini.
Berita terkini pun belum tahu yang terkini kerana perkembangan terbaru yang akan berlaku dalam tempoh beberapa jam sahaja.
Pemain paling panas yang sedang dicakapkan sekarang ialah bintang Manchester United, Wayne Rooney.
Apakah beliau akan meninggalkan Old Trafford atau tidak?
Mungkinkah beliau akan ke Chelsea atau Arsenal?
Terakhir Isnin lalu (mungkin ada perkembangan terbaru lagi saat anda membaca artikel ini) United dilaporkan telah menolak tawaran kedua Chelsea untuk mendapatkan bintang yang resah itu.
Sebelum itu, United telah pun menolak bidaan Chelsea untuk mendapatkan penyerang England tersebut pada harga £30 juta ($58 juta).
Apa yang akan berlaku sekarang ialah siapakah antara United dan Chelsea yang akan mengelip dulu selepas 'renung-merenung' sekian lama.
Jose Mourinho secara terang-terangan telah memuji Rooney dan dikatakan sedia menunggu untuk mendapatkan pemain yang dikaguminya itu.
Secara tidak langsung, meskipun beliau menafikannya, Mourinho sebenarnya sedang menguji kesabaran pengurus United, David Moyes, dan United.
Mentelah lagi, Mourinho telah mengikarkan sama ada Chelsea mendapat Rooney atau "tak payah sahajalah".
Faktor Rooney juga tidak boleh diketepikan dalam percaturan yang melibatkan pertaruhan tinggi ini.
Jika Rooney membuat permohonan untuk meninggalkan Old Trafford, United mungkin terpaksa mengkaji semula kedudukan mereka dan tawaran Chelsea.
Sebelum ini, Arsenal juga mengumumkan bahawa mereka tiada masalah membayar £250,000 seminggu untuk mendapatkan Rooney.
Dan United tidak mungkin melepaskan Rooney kepada seteru mereka dalam Liga Perdana sekiranya mereka tidak mendapatkan penyerang pengganti yang sama hebat atau lebih daripada itu.
Alahai, semakin rumit percaturan dan 'jigsaw puzzle'nya.
Yang terakhir didengar daripada ibu negara Sepanyol, bahawa bekas pemain kesayangan di Old Trafford, Cristiano Ronaldo, sedia kembali.
Akhbar The Daily Star melaporkan Real Madrid sedia menjual balik Ronaldo pada harga £80 juta. Dan penyerang Portugal itu sendiri meningkatkan spekulasi apabila enggan mengesahkan atau menafikan laporan-laporan bahawa beliau telah melanjutkan kontraknya dengan Real.
Tetapi itu pun sekiranya Gareth Bale dari Spurs termakan umpanan Real.
Mungkin United boleh melepaskan Rooney, jika Real melepaskan Ronaldo, jika Spurs melepaskan Bale.
United juga dilaporkan berharap mendapatkan Cesc Fabregas dari Real, tetapi kian hari, harapan itu nampaknya tinggal harapan sahaja.
Dalam pada itu, Arsene Wenger terus memburu penyerang dan 'pakar gigit' Liverpool, Luis Suarez.
Suarez kata mahu, tetapi Liverpool dan rakan-rakannya di Anfield yang menyekat-nyekat. Kini timbul perang antara penyerang Uruguay itu dengan pihak pengurusan Liverpool, dengan Suarez berkeras agar kelab itu menghormati perjanjian untuk melepaskannya jika ada kelab yang sedia membuat bidaan £40 juta untuk beliau.
Mungkinkah Suarez akan pergi? Saspensnya berterusan...
Jika anda bertanya sama ada para pemain seperti Rooney, Bale dan Suarez harus meninggalkan kelab mereka, jawapan saya ialah jika hati pemain itu sudah tidak lagi bersama kelabnya, perceraian adalah jalan yang terbaik, walaupun mungkin dibenci peminat.
Pada kiraan terakhir, pemain itu sendiri yang boleh membuat keputusan, atau memaksa kelabnya mengambil keputusan.
Masihkah mereka gembira bermain bersama kelab sekarang atau sebaliknya?
Atau, mungkinkah wang adalah segala-galanya.
Atau sekadar mahu 'membalas dendam' terhadap kelab yang sudah mula tidak menghargai sumbangan mereka?
Apa pun, dengan begitu banyak sekali spekulasi mengenai pemain, nasihat saya ialah usah percayakan apa yang anda baca, tetapi tunggulah sehingga pemain itu sah menandatangani kontrak dengan kelab barunya.

No comments:
Post a Comment