Wednesday 28 August 2013

KES JURUGAMBAR WANITA DIROGOL DI MUMBAI

Suspek dikatakan belia pemabuk, penganggur dan sering mencuri


INGIN WANITA DILINDUNGI: Kaum wanita di bandar Hyderabad, India, kelmarin membantah kejadian rogol beramai-ramai ke atas seorang wanita di Mumbai minggu lalu. - Foto AP

MUMBAI: Para suspek yang ditahan kerana merogol secara bergilir-gilir seorang jurugambar wanita minggu lalu disifatkan sebagai belia pemabuk yang menganggur dan sering mencuri.
Lima lelaki berkenaan telah merogol wanita berusia 22 tahun itu selain memukul rakan sekerja lelakinya di kawasan kilang yang terbiar di Mumbai.
Sebahagian besar daripada suspek berkenaan tinggal di kawasan setinggan yang berdekatan.
"Mereka penjenayah tempatan," kata jiran, Encik Ajit Pevekar, 32 tahun, yang mengenali mereka.
Suspek paling tua, Mohammed Salim Ansari, 27 tahun, merupakan suspek terakhir ditangkap pada Ahad lalu di New Delhi selepas dia melarikan diri dari kediaman setinggannya di timur Mumbai.
Empat lagi rakan penjenayahnya, yang berusia antara 18 dengan 24 tahun, tinggal di kawasan setinggan di sekitar Dhobi Ghat, yang lebih dekat dengan kilang berkenaan.
Kelima-lima mereka belum lagi didakwa secara rasmi atau membuat kenyataan berkaitan jenayah itu.
Menurut Encik Pevekar, beliau mengenali tiga daripada suspek berkenaan dan mereka "tidak mempunyai pekerjaan tetap, bermain pakau sepanjang hari dan selalu minum arak".
Mereka juga selalu meragut rantai orang lain atau mencopet.
Salah seorang daripada suspek, Vijay Mohan Jadhav, 18 tahun, dilaporkan meminum teh berdekatan sebuah balai polis beberapa jam selepas melakukan jenayah itu.
Sehari selepas itu, dia menonton wayang dengan Mohammed Salim, lapor akhbar DNA.
"Penduduk di sini berpendapat penjenayah-penjenyah itu harus diserahkan kepada kami dan kami yang akan pukul mereka," kata Encik Pevekar.
Insiden rogol itu telah mengejutkan penduduk Mumbai, yang disifatkan sebagai kawasan lebih selamat bagi kaum wanita berbanding New Delhi, di mana seorang pelajar meninggal dunia selepas dirogol beramai-ramai di dalam sebuah bas pada Disember lalu.
Ketua polis Mumbai, Encik Satyapal Singh, berkata serangan minggu lalu itu tidak dirancang dan para suspek tidak mabuk ketika itu.
Salah seorang suspek, Mohammed Kasim Hafeez Shaikh, yang dikenali sebagai Kasim Bangali, merupakan ketua kumpulan itu dan mempunyai empat rekod jenayah.
Ibunya yang tidak mahu dikenal pasti berkata anaknya itu hanya berusia 17 tahun walaupun dokumen polis menunjukkan dia berusia 21 tahun.
"Saya tidak percaya dia terlibat tetapi polis kata ya, mereka semua yang melakukannya," kata beliau.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Kami memerlukan sumbangan anda untuk menaik taraf blog ini, Hanya click iklan ini

Penciptaan Saya

Tingkatkan traffik anda di sini

BlogPingSite ping fast  my blog, website, or RSS feed for Free My Ping in TotalPing.com Blogged.my free bloggers backlinks - link building services where you can get link exchange free 100% to create backlinks for SEO Ping your blog, website, or RSS feed for Free Breaking News Free Geoogle ADS profitreload