Monday 12 August 2013

Nyawa di hujung pedang masa di Afghan

BELIAU menyifatkan nyawanya ibarat di hujung pedang semasa melaksanakan misi di Afghanistan, namun Encik Mazlan Mohamad Khalid berkata ia merupakan satu pengalaman yang membuka mindanya.
Bahkan, beliau berkata pengalaman berkhidmat di Afghanistan juga telah menjadikan beliau seorang manusia yang lebih rendah hati.
Pakar Ketenteraan 3 (ME3) Mazlan telah dikerahkan ke Oruzgan, Afghanistan, selama empat bulan dari Disember hingga Mac 2009 bersama 19 pakar perubatan ketenteraan yang lain bagi memberi rawatan dan perubatan kepada askar dan orang awam yang cedera.
Beliau berkata pengalamannya di Afghanistan telah mengajarnya bagaimana kestabilan dan keamanan sesebuah negara itu perlukan pengorbanan.
"Untuk mengecapi kestabilan dan keselamatan negara, kami perlu keluar negara dan mengorbankan tenaga, masa, wang dan (masa bersama) keluarga agar negara kita kekal aman. Pengalaman di Afghanistan juga mengajar saya menghargai setiap apa yang kita ada di Singapura.
"Ia juga memberi saya semangat untuk meletakkan harapan yang lebih kepada generasi muda Singapura dari segi keselamatan dan kestabilan negara," kata ayah empat anak itu.
Menurut Encik Mazlan, 45 tahun, kawasan tempat tinggalnya, yang bersebelahan dengan sebuah hospital, pernah dibedil sebanyak 13 roket.
Namun mujur tiada askar Singapura yang terkorban dan kesemua mereka dapat pulang ke tanah air dalam keadaan selamat.
Semasa di sana, beliau juga dapat berhubungan dengan keluarganya hampir setiap hari, manakala isterinya, Cik Hazline Buang, 43 tahun, pula menghantarkan makanan seperti sambal, rendang dan keropok setiap minggu.
Antara cabaran yang dilaluinya juga ialah cuaca sejuk, dengan suhu sedingin 8 darjah Celsius pada sebelah pagi dan suhu bawah 20 darjah Celsius pada sebelah malam.
Menerusi pengalamannya itu, Encik Mazlan berkata kestabilan dan keselamatan negara adalah penting dan ia harus dibina bersama semua warga negara.
"Kestabilan dan keselamatan tidak datang bergolek. Ia perlukan jangka masa panjang dengan usaha dan pengorbanan bersama. Kita harus belajar dan mengambil pengalaman daripada kesusahan yang dilalui negara lain dan juga generasi warga Singapura yang lama untuk meraih kestabilan dan kemakmuran negara," kata beliau, yang sebelum ini pernah dikerahkan ke Timor Leste dan Banda Aceh.
Sempena memperingati jasa dan khidmat anggota Angkatan Bersenjata Singapura (SAF) yang dikerahkan ke Afghanistan, Menteri Pertahanan, Dr Ng Eng Hen, melancarkan satu pameran di Toa Payoh HDB Hub, kelmarin.
Turut hadir ialah Setiausaha Parlimen Kanan (Pertahanan merangkap Pembangunan Negara), Dr Mohamad Maliki Osman, pemimpin akar umbi dan para komander kanan SAF.
Antara yang dipaparkan di pameran yang dinamakan Supporting the Peace and Reconstruction of Afghanistan itu ialah kenderaan taktikal pelbagai kegunaan dan panel-panel maklumat dan video mengenai sumbangan SAF.
Sebagai sebahagian daripada pameran itu, para anggota kerahan juga berkongsi kisah pengerahan mereka di Afghanistan bersama orang ramai.
Pameran tersebut akan juga diadakan di Choa Chu Kang pada 7 dan 8 September; di Orchard Road pada 21 dan 22 September; di Tampines pada 28 dan 29 September; dan terakhir sekali di Army Museum sehingga hujung 2013.
"Untuk mengecapi kestabilan dan keselamatan negara, kami perlu keluar negara dan mengorbankan tenaga, masa, wang dan (masa bersama) keluarga agar negara kita kekal aman."
- Pakar Ketenteraan 3 (ME3) Mazlan Mohamad Khalid.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Kami memerlukan sumbangan anda untuk menaik taraf blog ini, Hanya click iklan ini

Penciptaan Saya

Tingkatkan traffik anda di sini

BlogPingSite ping fast  my blog, website, or RSS feed for Free My Ping in TotalPing.com Blogged.my free bloggers backlinks - link building services where you can get link exchange free 100% to create backlinks for SEO Ping your blog, website, or RSS feed for Free Breaking News Free Geoogle ADS profitreload