KELUARGA UNIK: Gambar yang
diberikan kumpulan David House Agency, yang sedang membantu pasangan
Matthew dan Grace Huang menunjukkan pasangan itu bersama Gloria (dua
dari kiri) dan seorang lagi anak lelaki mereka. - Foto AP
7 Aug 2013
LOS
ANGELES: Sepasang suami isteri dari Los Angeles di penjara di Timur
Tengah atas tuduhan berniat membunuh dan membiarkan anak perempuan
mereka yang berusia lapan tahun mati kelaparan.
Kes tersebut didedahkan oleh sebuah perikatan kumpulan dari Amerika Syarikat yang sedang berusaha membantu pasangan tersebut dan cuba menarik perhatian terhadap apa yang mereka anggap sebagai penahanan tidak adil.
Matthew dan Grace Huang diberkas di Doha, Qatar, sejurus selepas anak mereka, Gloria, meninggal dunia pada 15 Januari, kata Encik Alex Simpson, pengarah bersekutu kumpulan tidak mengambil untung, California Innocence Project.
Pasangan itu mengambil Gloria, yang berasal dari Ghana, sebagai anak angkat ketika kanak-kanak itu berusia empat tahun.
Pasangan itu mempunyai dua anak angkat lain yang berasal dari Afrika.
Kedua-dua kanak-kanak itu dilarang meninggalkan Qatar dan kini dijaga nenek mereka.
Menurut maklumat di laman pasangan suami isteri itu, mereka berpindah ke Qatar pada 2012 supaya Matthew boleh bekerja sebagai jurutera bagi dua projek prasarana utama berkaitan dengan pertandingan bola sepak Piala Dunia 2022.
Semasa bayi, Gloria, mengalami masalah pemakanan tidak seimbang (malnourished) dan kadang kala tidak mahu makan selama beberapa hari sebelum makan dengan banyaknya atau mendapatkan makanan daripada sumber pelik seperti tong sampah, kabinet ubat atau daripada orang yang tidak dikenali.
Ibu bapanya mengenal pasti Gloria berkelakuan sedemikian kerana kemiskinan yang dialami semasa kecil dan mereka masih berusaha mengatasi masalah tersebut.
Laman keluarga itu mendakwa bahawa satu laporan polis Qatar telah menimbulkan persoalan mengapa pasangan Huang mengambil anak angkat yang tidak berkongsi sebarang ciri keturunan dengan mereka dan prihatin bahawa kanak-kanak itu merupakan sebahagian operasi pemerdagangan manusia atau "dibeli" untuk mendapatkan organ mereka.
Menurut Encik Simpson, keadaan keluarga yang luar biasa itu - pasangan Amerika keturunan Asia dengan tiga anak kulit hitam - mungkin telah menyebabkan keadaan menjadi lebih rumit kerana pegawai Qatar tidak biasa dengan amalan pasangan Amerika mengambil anak angkat dari seluruh dunia.

No comments:
Post a Comment