Saturday 10 August 2013

Suarez rancang paksa Liverpool lepaskan

LANTANG: Suarez terang-terangan berkata mahu meninggalkan Liverpool. - Foto fail

LONDON: Lantang, degil dan kontroversial.
Ciri-ciri ini nampaknya sinonim dengan bintang Uruguay, Luiz Suarez, yang bertegas mahu meninggalkan Liverpool.
Yang terbaru, Suarez, yang secara terang-terangan melahirkan hasrat mahu meninggalkan Liverpool dengan alasan mahu menyertai pasukan yang beraksi dalam pertandingan Liga Juara-Juara Eropah, tidak hadir dalam majlis makan malam khas bagi mengenang jasa kapten pasukan Steven Gerrard.
Beliau, satu-satunya pemain yang tidak hadir dalam acara itu, juga difahamkan merancang memaksa Liverpool membenarkannya mengadakan perbincangan dengan Arsenal, yang menawarkan bayaran perpindahan sebanyak £40 juta ($78 juta) untuk mendapatkan pemain itu.
Mengikut syarat kontrak, Liverpool perlu membenarkan Suarez mengadakan perbincangan dengan mana-mana kelab yang menawarkan bayaran melebihi jumlah itu.
Arsenal memburukkan lagi keadaan apabila ia hanya menaikkan tawarannya sebanyak £1 dua minggu lalu bagi membenarkan Suarez berbuat demikian.
Tindakan Arsenal itu membuat pengurus Liverpool, Brendan Rodgers, berasa berang sambil menyifatkan pasukan itu "tidak mempunyai kelas dan tidak mempunyai rasa hormat".
"Saya berasa terkejut," kata Rodgers mengenai tawaran kedua Arsenal itu.
"Saya sering menyifatkan Arsenal sebagai kelab yang mempunyai kelas tetapi tindakan terbarunya tidak menggambarkan demikian.
"Kami akan meneruskan persiapan kami. Pada satu tahap, mereka akan memahami pendirian kami.
"Mereka telah pun melahirkan minat ke atas pemain itu dan mengemukakan dua bidaan yang tidak menepati sasaran yang kami letakkan.
"Itu hak mereka tetapi terdapat harga pasaran ke atas pemain. Pendirian kami jelas dan tetap. Kami tidak mahu menjual."

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Kami memerlukan sumbangan anda untuk menaik taraf blog ini, Hanya click iklan ini

Penciptaan Saya

Tingkatkan traffik anda di sini

BlogPingSite ping fast  my blog, website, or RSS feed for Free My Ping in TotalPing.com Blogged.my free bloggers backlinks - link building services where you can get link exchange free 100% to create backlinks for SEO Ping your blog, website, or RSS feed for Free Breaking News Free Geoogle ADS profitreload