Tuesday 22 October 2013

Ketua kumpulan militan Sulu meninggal dunia

JAMALUL KIRAM III: Kematian beliau akibat kegagalan fungsi organ pagi semalam disahkan anaknya, Cik Jacel Kiram. - Foto AFP

MANILA: Ketua kumpulan militan Sulu di Filipina, Jamalul Kiram III, yang mendakwa dirinya Sultan Sulu, meninggal dunia awal pagi semalam akibat kegagalan fungsi organ.
Berita itu disahkan anak perempuannya, Cik Jacel Kiram, yang menyatakan Jamalul, 75 tahun, meninggal dunia pada 4.42 pagi di Pusat Jantung Filipina.
Cik Jacel berkata ada kemungkinan jenazah bapanya itu dibawa pulang ke Jolo, Sulu.
Awal tahun ini, pengikut Jamalul telah melancarkan pencerobohan di Sabah bagi menuntut wilayah itu.
Isterinya, Cik Fatima Kiram, berkata suaminya kekal dengan pendirian mahu menuntut wilayah itu sehingga beliau menghembuskan nafas terakhirnya.
"Sultan meninggal dunia dalam keadaan miskin tetapi mulia. Pesanan terakhirnya kepada semua saudara lelaki dan pengikutnya ialah 'Perjuangan sudah pun bermula. Mari kita teruskan demi kebajikan rakyat kita. Jangan tinggalkan rakyat kita,'" katanya.
Cik Fatima, bagaimanapun, berkata itu tidak bermakna pihaknya akan kembali menggunakan keganasan, sebaliknya keluarganya bersedia berunding dengan Malaysia.
Sebelum kematiannya, Jamalul dilaporkan terpaksa melalui sesi dialisis dua kali seminggu.
Pada Februari lalu, sekurang-kurangnya 100 pengikut Jamalul menceroboh Sabah dan kemudian bertempur dengan pasukan keselamatan Malaysia setelah enggan melucutkan senjata.
Sultan Sulu dilaporkan pernah memerintah kepulauan yang kini merupakan sebahagian daripada wilayah selatan Filipina dan Sabah.
Bagaimanapun, kesultanan itu telah hilang kuasa ke atas Sabah kepada negara kuasa Eropah pada abad ke-18.
Sebagai pewaris kesultanan itu, Jamalul dan keluarganya masih menerima pampasan daripada Malaysia sebanyak sekitar AS$1,700 ($2,106), yang mereka sifat sebagai terlalu rendah.
Menurut Cik Fatima, adik suaminya, Encik Bantillan, akan mengambil alih jawatan Sultan, dengan menegaskan bahawa beliau mempunyai "hak sah di bawah undang-undang".
Selain keluarga Kiram, terdapat pewaris lain kesultanan itu yang mendakwa mereka Sultan Sulu yang sebenar.
SAMBUNG BACAAN.....

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Kami memerlukan sumbangan anda untuk menaik taraf blog ini, Hanya click iklan ini

Penciptaan Saya

Tingkatkan traffik anda di sini

BlogPingSite ping fast  my blog, website, or RSS feed for Free My Ping in TotalPing.com Blogged.my free bloggers backlinks - link building services where you can get link exchange free 100% to create backlinks for SEO Ping your blog, website, or RSS feed for Free Breaking News Free Geoogle ADS profitreload