Thursday 24 October 2013

Rooney tidak peduli dengan dakwaan mahu tinggalkan United



GEMBIRA: Wayne Rooney gembira bekas pengurus pasukan Manchester United, Sir Alex Ferguson, membetulkan fakta yang salah mengenai dirinya dalam interviu di kaca televisyen pada Selasa lalu. - 

MANCHESTER: Pemain penyerang Manchester United, Wayne Rooney, berkata beliau tidak menghadapi sebarang masalah dengan dakwaan yang dibuat oleh bekas pengurus pasukan itu, Sir Alex Ferguson, dalam autobiografinya.
Dalam buku terbarunya yang diedarkan pada Selasa lalu, Ferguson berkata beliau bimbang dengan tahap kecergasan Rooney pada musim lalu.
Selain daripada itu, Ferguson juga mengulangi dakwaannya bahawa pemain berusia 27 tahun itu telah membuat permintaan mahu meninggalkan kelab tersebut pada Mei lalu.
Bagaimanapun, dalam satu interviu melalui kaca televisyen pada Selasa lalu, Ferguson mengakui bahawa pemain itu tidak membuat sebarang permohonan bertulis agar diletakkan dalam senarai pemain yang ingin berpindah kelab.
Bercakap selepas membantu United menewaskan Real Sociedad 1-0 dalam Liga Juara-Juara Eropah di Old Trafford kelmarin, Rooney memberitahu Sky Sports:
"Beliau muncul untuk membetulkan fakta yang saya membuat permohonan bertulis mahu meninggalkan kelab itu.
"Beliau barangkali mempunyai pandangannya yang tersendiri. Saya tidak pernah berjumpa Ferguson sejak beliau memutuskan mahu bersara.
"Buat masa ini, saya gembira dengan pentadbiran baru di kelab ini. Saya tidak peduli dengan perkara lain yang disebut dalam buku itu. Ia cerita lampau sedangkan saya lebih memikirkan tentang soal masa depan.
"Jurulatih baru yang mengambil alih telah memberikan nafas baru kepada kelab ini.
"Kami bertekad mahu menjadi pasukan yang berjaya pada musim ini. Dalam kalangan kami terdapat ramai pemain yang begitu dahagakan kejayaan.
"Sejauh ini, keputusan perlawanan kami masih jauh daripada memuaskan tetapi kami sedang berusaha membaiki keadaan."
Buat masa ini, United tercicir lapan mata di belakang Arsenal dalam persaingan Liga Perdana England.
Rooney bertanggungjawab membantu United memperoleh gol tunggalnya dalam pertandingan ini selepas pemain pertahanan Real Sociedad, Inigo Martinez, dengan tidak sengaja tertolak bola ke dalam gawang pasukannya selepas rembatan pemain antarabangsa England itu terkena tiang gawang pasukan pelawat.
Rooney digandingkan dengan Javier Hernandez selepas Robin van mengalami kejang otot.
Bagaimanapun, pengurus pasukan United, David Moyes, menegaskan bahawa pemain antarabangsa Belanda itu boleh disertakan dalam menentang Stoke City, esok.
"Saya yakin Van Persie akan kembali cergas untuk perlawanan pada Sabtu ini.
"Beliau mengalami kecederaan sebelum mewakili Belanda dalam kelayakan Piala Dunia," kata Moyes yang sebelum menyertai United adalah pengurus pasukan Everton.
SAMBUNG BACAAN

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Kami memerlukan sumbangan anda untuk menaik taraf blog ini, Hanya click iklan ini

Penciptaan Saya

Tingkatkan traffik anda di sini

BlogPingSite ping fast  my blog, website, or RSS feed for Free My Ping in TotalPing.com Blogged.my free bloggers backlinks - link building services where you can get link exchange free 100% to create backlinks for SEO Ping your blog, website, or RSS feed for Free Breaking News Free Geoogle ADS profitreload