BANGGAKAN SINGAPURA: SleeQ yang
terdiri daripada sepasang sepupu, iaitu (dari kiri) Alif Abdullah
(Alyph) dan Ahmad Syarifullah (Syarif) yang bakal berhijrah ke Malaysia
terharu dengan tiga kemenangan termasuk dinobatkan sebagai Ikon Media
Sosial.
KEMENANGAN BERMAKNA: Hafiz Suip
(kiri) yang dinobatkan sebagai Artis Serantau Paling Popular, banyak
belajar daripada kerendahan hati dan kesungguhan pasangan duetnya dalam
lagu 'Muara Hati', Datuk Siti Nurhaliza. Sementara Cakra Khan (atas)
dengan 'suara jantannya' meraih kemenangan bermakna dengan lagunya
'Harus Terpisah', dipilih sebagai Lagu Serantau Terbaik. - Foto-foto
TAUFIK A. KADER
BANGGAKAN SINGAPURA: SleeQ yang
terdiri daripada sepasang sepupu, iaitu (dari kiri) Alif Abdullah
(Alyph) dan Ahmad Syarifullah (Syarif) yang bakal berhijrah ke Malaysia
terharu dengan tiga kemenangan termasuk dinobatkan sebagai Ikon Media
Sosial.
20 Oct 2013
MALAM kelmarin pastinya meninggalkan sejuta kenangan manis bagi artis-artis
muda, SleeQ, Hafiz Suip dan Cakra Khan, yang berhempas pulas membangun
kerjaya dalam bidang nyanyian.
Dengan tiga anugerah setiap seorang, mereka berkongsi kedudukan sebagai penerima Anugerah Planet Muzik (APM) terbanyak di acara gilang-gemilang yang berlangsung di Dewan Suntec Singapore.
Kebetulan pula, masing-masing mewakili tiga negara, Singapura, Malaysia dan Indonesia, yang bertanding dalam acara tahunan anjuran bersama stesen radio MediaCorp Ria 89.7FM dan Warna 94.2FM serta saluran televisyen MediaCorp Suria.
Di ambang SleeQ berhijrah ke Malaysia akhir bulan ini, atas dorongan 'sifu' mereka, Aaron Aziz, mereka dinobatkan sebagai pemenang kategori Ikon Media Sosial, Lagu Singapura Paling Popular dan Kolaborasi Terbaik.
Hafiz, juara Akademi Fantasia 7 pula teruja dan bersyukur atas kemenangannya dalam kategori Duo/Kumpulan Terbaik, Artis Serantau Paling Popular dan Lagu Serantau Paling Popular.
Manakala muka baru di persada seni suara Indonesia, Cakra Khan yang memiliki 'suara jantan' pula diiktiraf sebagai pemenang Vokal Terbaik (Artis Baru Lelaki), Lagu Terbaik Indonesia dan Lagu Serantau Terbaik.
Boleh dikatakan sesi wawancara bersama mereka kerap terhenti kerana dalam kesibukan menjawab soalan, mereka perlu bergegas turun naik pentas bagi menerima anugerah yang datang silih berganti.
Menyifatkan kemenangan malam itu sebagai pembakar semangat, anggota SleeQ, Alif Abdullah (Alyph), 23 tahun, berkata:
"Selain keluarga dan peminat SleeQ yang tidak putus-putus memberi sokongan, kami juga berterima kasih kepada pencipta media sosial seperti Facebook, YouTube, Twitter dan Instagram. Mereka memang genius!
"Wadah ini mendekatkan kami lagi dengan peminat-peminat kami, membolehkan mereka menikmati hasil karya kami secara mudah lagi cepat."
Sepupunya, Ahmad Syarifullah (Syarif), juga 23 tahun, pula berkata dalam memburu kerjaya seni, mereka perlu menebalkan muka dan mengambil risiko.
Ini termasuk dalam mengambil keputusan penting lagi genting berhijrah ke Malaysia bagi menukik pasaran yang lebih luas.
"Kita tak boleh tunggu macam buah tak jatuh dan tak boleh jangkakan keajaiban berlaku dalam hidup kita tanpa bekerja keras.
"Tak boleh malu-malu, rajin bertanya dengan yang tahu dan harus berani ambil risiko," ujarnya.
Sungguhpun begitu, mereka berdua memberi jaminan akan kembali ke Singapura sebulan sekali bagi memenuhi undangan dan untuk kekalkan keakraban bersama peminat di sini.
Hafiz, 23 tahun, yang cukup hit dengan lagu filem Ombak Rindu dan drama 'tangkap lentok' Adam dan Hawa (Muara Hati), pula berkata kemenangan di peringkat serantau itu adalah titik tolak baginya memperluas empayar dalam dunia muzik.
Beliau adalah artis dengan pencalonan terbanyak iaitu dalam tujuh kategori.
"Saya mengharapkan rezeki saya ada di luar Malaysia. Justeru, saya rasa bertuah dan berbesar hati kerana diberi kepercayaan bekerjasama dengan ikon muzik seperti Datuk M. Nasir dan Datuk Siti Nurhaliza.
"Mereka banyak memberi tunjuk ajar kepada saya yang masih hijau dalam industri ini. Kata mereka, jadilah diri sendiri, berikan 100 peratus tenaga dan tumpuan pada bidang pekerjaan.
"Yang penting, jangan kita lengah-lengahkan sesuatu tawaran yang baik sebab peluang itu hanya sekali saja," tambahnya.
Semangat berkobar-kobar Hafiz untuk maju dalam bidang nyanyian ini turut dilihat rakan duetnya, Datuk Siti Nurhaliza.
Bintang berkarisma yang nyatanya masih memukau lautan peminatnya mengulas:
"Bagi sesebuah lagu duet dengan pasangan penyanyi lelaki dan perempuan, kita perlukan keserasian antara kededuanya dan tonasi suara yang tidak jauh beza.
"Saya bertuah kerana Hafiz adalah artis yang bekerja keras dan melakukan yang terbaik bagi setiap persembahan."
Cakra, 21 tahun, yang merendah hati pula berkata APM itu cukup bermakna bagi dirinya yang popular dengan lagu Harus Terpisah dan Setelah Kau Tiada.
"Semua ini anugerah Tuhan yang saya syukuri. Suara yang disebut-sebut sebagai suara 'ganteng' itu juga pemberian-Nya.
"Saya kira sambutan baik bagi lagu-lagu saya ini dan bagaimana ia bisa 'roket' di carta muzik, berputik daripada keinginan menyampaikan sesuatu yang mudah dihadam dan difahami pendengar. Mudah-mudahan selepas pengiktirafan ini, saya mampu mengadakan konsert saya sendiri," jelas lulusan kursus vokal klasikal daripada Sekolah Tinggi Musik Bandung itu.
SAMBUNG BACAAN....

No comments:
Post a Comment