Saturday 26 October 2013

Hughes: Awas Moyes!

KELUARKAN AMARAN: Pengurus Stoke City, Mark Hughes, berkata beliau yakin pasukannya mampu mengalahkan Manchester United apabila kedua-dua kelab bertemu dalam perlawanan Liga Perdana England hari ini. - Foto REUTERS

LONDON: Pengurus pasukan Stoke City, Mark Hughes, telah mengingatkan David Moyes bahawa pengurus pasukan Manchester United itu tidak mampu melakukan lebih banyak kesilapan jika ingin mempertahankan kejuaraan pertandingan Liga Perdana England musim ini.
Di bawah pimpinan Sir Alex Ferguson, United telah menjuarai pertandingan ini pada musim lalu selepas menangkis cabaran seteru utamanya, Manchester City.
Hughes adalah antara sekumpulan kecil pengurus pasukan Liga Perdana England yang pernah mencatatkan kemenangan berganda ke atas United sama ada di tempat sendiri ataupun di Old Trafford semasa mengendalikan pasukan Blackburn Rovers.
Bekas pemain United, yang akan memimpin pasukannya hari ini untuk mencabar Moyes di Old Traffor, itu berpendapat satu lagi kekalahan pasukan tuan rumah bermakna peluang mereka untuk mempertahankan kejuaraan musim ini pasti tipis.
"United harus berhati-hati kerana sesebuah pasukan hanya mampu mengalami bilangan kekalahan yang terbatas jika pasukan itu ingin menjuarai Liga Perdana England.
"Jika dilihat kepada sejarah, pasukan anda boleh kalah lima enam perlawanan.
"Tetapi jika lebih daripada enam perlawanan, saya fikir peluang menjuarai pertandingan ini sukar," Hughes menambah.
"Sejauh ini, United telah kecundang sebanyak tiga kali dan Moyes tahu mereka tidak mampu tumbang lagi.
"Selalunya, apabila kita mempertikaikan kebolehan United, pasukan itu akan bangkit.
"Tetapi, harus diingat bahawa Stoke lebih baik beraksi di padang lawan daripada di tempat sendiri.
"Kami akan berkunjung ke Old Trafford dengan keyakinan bahawa kami mampu menewaskan United....
"Jika kami bermain dengan baik dan memanfaatkan peluang, kami yakin kami mempunyai peluang," Hughes mengingatkan Moyes.
Menurut Hughes, United tidak lagi sebuah pasukan yang kebal di Old Trafford.
"Ini peluang terbaik untuk mencabar United," Hughes menambah.
SAMBUNG BACAAN.....

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Kami memerlukan sumbangan anda untuk menaik taraf blog ini, Hanya click iklan ini

Penciptaan Saya

Tingkatkan traffik anda di sini

BlogPingSite ping fast  my blog, website, or RSS feed for Free My Ping in TotalPing.com Blogged.my free bloggers backlinks - link building services where you can get link exchange free 100% to create backlinks for SEO Ping your blog, website, or RSS feed for Free Breaking News Free Geoogle ADS profitreload