Saturday, 9 November 2013

Taufan Haiyan landa Filipina

a Depan » Dunia
DIBADAI OMBAK: Sebuah rumah roboh dan dihanyutkan ombak besar ekoran Taufan Haiyan, di bandar Legazpi, wilayah Albay, semalam. - FOTO AP

Lebih 12 juta penduduk dijangka terjejas termasuk di Cebu yang ramai pelancong
MANILA: Taufan Haiyan yang merupakan taufan terkuat di dunia tahun ini mula membadai Filipina awal pagi semalam, dengan kelajuan angin sehingga 315 kilometer sejam.
Sekurang-kurangnya empat orang terkorban dan tujuh lain cedera ekoran taufan itu tetapi angka itu dijangka meningkat.
Mereka yang terkorban disebabkan terkena kejutan elektrik, disambar petir atau dihempap pokok.
Taufan kategori lima itu mula melanda Pulau Samar sekitar 4.30 pagi (waktu tempatan) sebelum menghala ke Pulau Leyte.
Lebih 12 juta penduduk dijangka terjejas ekoran taufan itu, termasuk wilayah Cebu yang popular dengan pelancong.
Awal daripada itu, Presiden Benigno Aquino telah memberi amaran kepada penduduk agar membuat segala persiapan untuk menghadapi bencana itu.
"Kita cuba mengharungi taufan ini dengan sikap tolong-menolong. Tiada taufan dapat mematahkan semangat rakyat Filipina jika kita bersatu padu," katanya di stesen televisyen.
Encik Aquino juga memberi amaran taufan berkenaan akan turut membawa banjir besar dan memusnahkan harta benda, terutama di pesisir pantai dengan ombak boleh menjangkau setinggi enam meter.
Sekitar satu juta penduduk dari lebih 20 wilayah telah berpindah ke tempat lebih selamat sebelum taufan itu melanda.
"Bekalan elektrik sudah terputus dan semua jalan raya tidak boleh dilalui kerana banyak pokok tumbang. Kita hanya mampu berdoa," kata Gabenor wilayah Leyte Selatan, Encik Roger Mercado, kepada saluran radio DZBB.
Syarikat penerbangan seperti Philippine Airlines, Cebu Pacific dan beberapa syarikat penerbangan lain mengumumkan penggantungan sekitar 200 penerbangan.
Jabatan Kaji Cuaca berkata taufan itu dijangka menghala pula ke Laut China Selatan hari ini dan mungkin lebih mengganas apabila ia melanda Vietnam atau China.
Ketua Palang Merah Filipina, Cik Gwendolyn Pang, berkata pihak berkuasa belum mendapat maklumat dari kawasan yang paling teruk terjejas kerana hubungan masih terputus.
"Kami telah mengerahkan pasukan penyelamat dan peralatan di pelbagai tempat tetapi buat masa ini tidak banyak yang mampu kami lakukan kerana hujan terlalu lebat dan angin kencang," katanya
SAMBUNG BACAAN...

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Kami memerlukan sumbangan anda untuk menaik taraf blog ini, Hanya click iklan ini

Penciptaan Saya

Tingkatkan traffik anda di sini

BlogPingSite ping fast  my blog, website, or RSS feed for Free My Ping in TotalPing.com Blogged.my free bloggers backlinks - link building services where you can get link exchange free 100% to create backlinks for SEO Ping your blog, website, or RSS feed for Free Breaking News Free Geoogle ADS profitreload