Thursday 21 November 2013

Ramai cedera dalam runtuhan pusat beli-belah sedang dibina di Afrika Selatan

USAHA MENCARI SUDAH DIHENTIKAN: Pasukan penyelamat berusaha semalaman mencari mangsa yang masih hidup di bawah runtuhan bangunan membeli-belah yang sedang dibina di Tongaat, Afrika Selatan, kelmarin. - Foto AP

TONGAAT (Afrika Selatan): Sekurang-kurangnya seorang maut manakala berdozen cedera dalam runtuhan sebuah pusat beli-belah yang dalam pembinaan di bandar Durban di sini, kelmarin.
Jurucakap polis, Cik Mandy Govender, berkata 29 orang berjaya dikeluarkan daripada runtuhan itu selepas bumbung pusat beli-belah tersebut runtuh sekitar 4.30 petang (waktu tempatan).
"Ia adalah pusat beli-belah yang masih dalam pembinaan. Kebanyakan mereka yang terperangkap di bawah runtuhan adalah pekerja binaan," kata Cik Govender.
Laporan awal menganggarkan sehingga 50 pekerja terperangkap di bawah puing tetapi selepas usaha mencari dijalankan semalaman, tiada lagi mayat ditemui dan hanya seorang saja disahkan terkorban.
"Usaha mencari telah dihentikan 30 minit lalu untuk membolehkan jurutera bandaran menggunakan peralatan berat untuk mengangkat kepingan konkrit. Sejauh ini, kami tidak mengesan mangsa lain di bawah puing," kata seorang pegawai penyelamat, Encik Neil Powell.
Sementara itu, pegawai kecemasan melaporkan dua mangsa yang dikejarkan ke hospital berada dalam keadaan kritikal manakala 18 yang lain mengalami kecederaan serius.
Menurut seorang pegawai perubatan, Encik Neil Powell, mangsa yang cedera rata-rata mengalami patah tulang.
Seorang saksi, Cik Fiona Moonean, berkata beliau tiba-tiba dengar bunyi dentuman kuat dan nampak kepingan besar konkrit runtuh.
"Kepulan asap yang menyelubungi bangunan itu kelihatan seperti ada orang yang letupkan bom di situ. Apa yang paling traumatik ialah mendengar mangsa-mangsa memekik minta tolong," kata beliau.
Punca runtuhan masih disiasat.
Menurut pegawai pihak berkuasa tempatan, syarikat pembinaan pusat beli-belah itu telah diberi arahan supaya menghentikan kerja-kerja pembinaan bulan lalu ekoran isu keselamatan.
SAMBUNG BACAAN

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Kami memerlukan sumbangan anda untuk menaik taraf blog ini, Hanya click iklan ini

Penciptaan Saya

Tingkatkan traffik anda di sini

BlogPingSite ping fast  my blog, website, or RSS feed for Free My Ping in TotalPing.com Blogged.my free bloggers backlinks - link building services where you can get link exchange free 100% to create backlinks for SEO Ping your blog, website, or RSS feed for Free Breaking News Free Geoogle ADS profitreload