MENYIASAT KEMALANGAN: Para
pegawai polis sedang menyiasat di tempat berlakunya nahas di mana enam
orang diselamatkan selepas kereta mereka terhumban ke dalam kolam
berdekatan sebuah lebuh raya di St. Louis Park, Minnesota, awal semalam.
23 Nov 2013
Mereka terpaksa memecahkan tingkap kereta itu untuk mengeluarkan kanak-kanak tersebut sedang sebuah trak tunda cuba mengeluarkan kenderaan itu dari kolam berkenaan.
Seorang daripada kanak-kanak itu kemudian meninggal dunia, kata polis ronda wilayah Minnesota.
Kereta itu berada di dalam air sekitar 45 minit selepas kemalangan pada awal semalam.
Jurucakap bandar St. Louis Park, Encik Jamie Zwilling, berkata kesemua kanak-kanak itu tidak sedarkan diri dan tidak memberikan respons apabila mereka ditarik keluar daripada kenderaan itu.
Keadaan kanak-kanak yang terselamat itu belum lagi diketahui, dan para pegawai tidak mendedahkan butir mengenai kecederaan yang dialami mereka, atau sama ada kereta itu sudah dipenuhi air sebelum para penyelamat berjaya menarik keluar kanak-kanak itu.
Pemandu kereta berkenaan - yang juga ibu dan ibu tiri kepada kanak-kanak itu - berjaya menyelamatkan dirinya sebelum berteriak meminta tolong.
"Kereta berada di dalam air, dan beliau (wanita itu) berdiri di atasnya," kata Encik Jeff Robertson, salah seorang saksi yang tinggal di sebuah bangunan apartmen berdekatan, kepada akhbar St. Paul Pioneer Press.
Kemalangan itu berlaku di St. Louis Park, sebuah kawasan subbandar di Minneapolis.
Pegawai polis ronda wilayah itu, Leftenan Eric Roeske, berkata kereta itu terbabas ke sebelah kiri Lebuh Raya 7 ke Lebuh Raya 100 sebelum menuju ke lereng bukit dan terhumban ke dalam kolam tersebut, kira-kira 45 meter dari lebuh raya itu.
Pemandunya dikenali sebagai Cik Marion Guerrido, 23 tahun, dari Brooklyn Center.
Kanak-kanak itu pula dikenal pasti berusia antara satu dengan tujuh tahun. Kesemuanya dari Brooklyn Center.
Pada laman webnya, pasukan polis wilayah itu berkata salah seorang daripada kanak-kanak tersebut meninggal dunia.
SAMBUNG BACAAN..
No comments:
Post a Comment