Friday, 29 November 2013

China kerah jet pejuang, pesawat ke zon baru


 
 
Tindakan cetus ketegangan dengan Jepun, Korea Selatan dan Amerika yang turut hantar pesawat ke zon sama
BEIJING: China telah mengerahkan beberapa jet pejuang dan pesawat amaran awalnya ke zon pertahanan udara barunya yang turut merangkumi kawasan perairan Laut China Timur, kelmarin.
Tindakan itu meningkatkan ketegangan dalam pertikaiannya dengan Amerika Syarikat, Jepun dan Korea Selatan di kawasan tersebut.
Pesawat tentera Jepun dan Korea Selatan juga terbang di kawasan zon itu pada hari yang sama, manakala Washington pula telah menghantar dua pesawat pengebom B-52 yang tidak dilengkapi senjata ke ruang udara yang sama awal minggu ini - sebagai tanda sokongannya kepada Jepun, sekutu utamanya di rantau itu.
Tidak satu pun di antara pihak tersebut memberitahu Beijing mengenai rancangannya.
Minggu lalu, China mengumumkan bahawa pesawat asing yang melalui zon udara pertahanan barunya - termasuk pesawat penumpang - harus memberitahu pihak berkuasa negaranya.
Zon itu termasuk ruang udara di kawasan kepulauan yang menjadi tumpuan pertikaian wilayah antara Jepun dengan China.
Misi rondaan China itu "adalah satu langkah pertahanan dan sejajar dengan amalan biasa antarabangsa", lapor agensi berita Xinhua yang memetik kenyataan jurucakap tentera udara China, Encik Shen Jinke.
Pesawat itu, termasuk jet pejuang Su-30 yang direkabentuk oleh Russia, menjalankan tugas rondaan dan memantau sasaran dalam zon itu, kata Encik Shen.
"Pasukan tentera udara China sedang berada dalam keadaan berwaspada peringkat tinggi dengan adanya pelbagai ancaman udara untuk melindungi keselamatan ruang udaranya," tegas beliau.
Bagaimanapun, jurucakap Kementerian Pertahanan China, Encik Yang Yujun, berkata adalah "tidak betul" mengandaikan China akan menembak jatuh pesawat yang memasuki zon tersebut tanpa terdahulu dikenalpasti.
Beliau tidak menjelaskan lebih lanjut.
Hubungan antara China dengan Jepun semakin tegang sejak beberapa bulan lalu disebabkan pertikaiannya berhubung tuntutan ke atas gugusan pulau Diaoyu - nama yang diberi oleh China - atau Senkaku seperti yang disebut Jepun, di Laut China Timur.
Washington pula tidak menyatakan pendiriannya mengenai kedaulatan pulau-pulau itu tetapi berkata pakatan keselamatan Amerika-Jepun merangkumi isu itu.
Sementara itu, pihak media milik pemerintah China semalam menggesa diadakan "tindak balas tepat pada waktunya tanpa teragak-agak" jika Jepun melanggar zon udara baru negara itu, selepas Beijing mengerahkan jet pejuangnya ke kawasan itu.
SAMBUNG BACAAN...

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Kami memerlukan sumbangan anda untuk menaik taraf blog ini, Hanya click iklan ini

Penciptaan Saya

Tingkatkan traffik anda di sini

BlogPingSite ping fast  my blog, website, or RSS feed for Free My Ping in TotalPing.com Blogged.my free bloggers backlinks - link building services where you can get link exchange free 100% to create backlinks for SEO Ping your blog, website, or RSS feed for Free Breaking News Free Geoogle ADS profitreload