Monday, 16 September 2013

Segalanya akan terjawab... jelas Erra

 
MAHU PERBETULKAN APA YANG DITOKOK TAMBAH: Erra Fazira akui bahawa bukan baru-baru ini sahaja kehidupan rumah tangganya menjadi bualan, tetapi sudah lama. Beliau tidak mahu ia menjadi penyebab atau mengganggu kerjaya seninya. - Foto ESPLANADE


Aktres jelita sengaja sibukkan diri menanti masa sesuai menjelaskan perkara sebenar berkaitan rumah tangganya
SEHINGGA hari ini, belum lagi terhurai segala kekusutan yang melanda rumah tangga aktres jelita, Erra Fazira dan Engku Emran.
Namun Erra menjelaskan bahawa perkara itu bukanlah disengajakan. Sebaliknya, beliau mempunyai cara tersendiri menyelesaikan dilema yang dilaluinya itu dan dalam masa yang sama mencari masa yang paling sesuai untuk memperbetulkan keadaan.
Kata Erra, beliau kecewa apabila kisah peribadinya diperkatakan dan cerita yang ditokok tambah bagi memburukkan lagi keadaan meskipun sebagai anak seni, Erra akur bahawa keadaannya itu adalah lumrah dan asam garam kehidupan.
"Buat masa ini saya sibukkan diri dengan penggambaran drama untuk elak daripada dibeban dengan memikirkan perkara yang melibatkan hal peribadi saya yang menjadi bualan umum.
"Baru-baru ini saya mengikuti produksi Erma Fatima ke Eropah untuk beberapa siri drama dan telemovie. Malah, bukan baru-baru ini sahaja kehidupan rumah tangga saya jadi bualan, tetapi sudah lama.
"Saya tidak mahu ia menjadi penyebab atau mengganggu kerjaya saya. Jadi lebih baik saya sibukkan diri sementara menunggu waktu yang sesuai menjelaskannya agar semua yang selama ini ditokok tambah akan dapat diperbetulkan semula.
"Lagipun siapa mahu terus berhadapan dengan situasi sebegini," katanya.
Tambah Erra lagi, beliau sedar bahawa beliau masih berhutang penjelasan mengenai hal rumah tangganya dengan para peminat.
Namun, beliau memohon peminat agar bersabar dan menekankan bila tiba waktunya nanti, "pasti semuanya akan menjadi jelas".
Tidak elok rasanya menggantung orang tidak bertali (tentang perkahwinannya). Kerana itu, saya menanti waktu yang paling tepat untuk bercakap pasal perkara ini.
"Apabila semuanya jelas saya tidak mahu lagi bercakap pasal perkara ini," tegas Erra.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Kami memerlukan sumbangan anda untuk menaik taraf blog ini, Hanya click iklan ini

Penciptaan Saya

Tingkatkan traffik anda di sini

BlogPingSite ping fast  my blog, website, or RSS feed for Free My Ping in TotalPing.com Blogged.my free bloggers backlinks - link building services where you can get link exchange free 100% to create backlinks for SEO Ping your blog, website, or RSS feed for Free Breaking News Free Geoogle ADS profitreload