Saturday, 7 September 2013

Rudd enggan mengaku kalah


SYDNEY: Perdana Menteri Australia, Encik Kevin Rudd, enggan mengaku kalah, semalam, walaupun satu tinjauan baru menunjukkan beliau mungkin kalah besar dalam pilihan raya negara itu hari ini, sedang pihak media rata-rata menyokong pesaingnya, Encik Tony Abbott.
Tinjauan Galaxy oleh akhbar Daily Telegraph di Sydney, sehari sebelum hari mengundi, mendapati Encik Rudd gagal mengatasi pemimpin berhaluan konservatif pihak pembangkang itu.
Berdasarkan prestasi dua parti utama dalam pilihan raya itu, Parti Buruh pimpinan Encik Rudd tertinggal sekitar 47 hingga 53 peratus di belakang pencabarnya.
Akhbar berkenaan berkata pakatan pembangkang mampu memenangi tambahan 20 hingga 25 kerusi di dewan rendah, atau Dewan Perwakilan Rendah.
Sekitar 78 peratus daripada 1,503 orang yang ditinjau berkata Encik Abbott menunjukkan prestasi lebih baik semasa berkempen. Sebaliknya, hanya lapan peratus responden memberikan pandangan yang sama terhadap Encik Rudd.
Namun, perdana menteri tersebut, yang menghadapi kesukaran untuk mengekalkan jawatannya sejak menggulingkan Cik Julia Gillard - pemimpin wanita tertinggi pertama Australia - selang beberapa minggu sebelum beliau memutuskan untuk mengumumkan pilihan raya itu, berkata beliau enggan menyerah kalah.
"Saya telah melihat jurang seperti itu sebelum ini dan saya fikir masih ramai yang belum membuat keputusan mengenai apakah makna beberapa pemotongan besar yang disarankan oleh Encik Abbott," kata beliau.
"Saya fikir apabila kita semakin hampir kepada hari mengundi esok (hari ini) orang ramai akan berkata 'apakah pemotongan besar ini akan menjejas pekerjaan saya, menjejas rawatan saya, apakah ia bakal menjejas persekolahan saya?... dan, saya fikir itulah soalan-soalan yang akan menjadi tumpuan pengundi yang masih belum membuat keputusan apabila mereka keluar mengundi," jelasnya.
Hakikatnya, semua media di Australia, kecuali akhbar The Age di Melbourne, menyokong Encik Abbott dalam lidah pengarang masing-masing semalam.
Ekonomi Australia menjadi hujah utama dalam pilihan raya kali ini dan pihak pakatan pembangkang telah berikrar untuk mencapai sasaran penjimatan sebanyak A$40 bilion ($47 bilion) jika ia menang.
SAMBUNG BACAAN

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Kami memerlukan sumbangan anda untuk menaik taraf blog ini, Hanya click iklan ini

Penciptaan Saya

Tingkatkan traffik anda di sini

BlogPingSite ping fast  my blog, website, or RSS feed for Free My Ping in TotalPing.com Blogged.my free bloggers backlinks - link building services where you can get link exchange free 100% to create backlinks for SEO Ping your blog, website, or RSS feed for Free Breaking News Free Geoogle ADS profitreload