Saturday 21 September 2013

SEKS KOMERSIAL BAWAH UMUR: Rayuan dua pesalah ditolak

TETAP DISABIT: Bekas perancang kewangan, Kenny Sim Choon Wee, gagal dalam rayuannya ke atas hukuman penjara selama lapan minggu selepas didapati bersalah mengadakan hubungan seks dengan perempuan bawah umur. - Foto fail


DUA lelaki semalam gagal dalam rayuan mereka terhadap hukuman penjara yang dikenakan kerana melakukan hubungan seks komersial dengan perempuan bawah umur.
Bekas pengurus portfolio, Ng Guan Mean, 38 tahun, dan bekas perancang kewangan, Kenny Sim Choon Wee, 40 tahun, adalah antara 51 lelaki yang diheret ke mahkamah atas tuduhan mengadakanhubungan seks dengan budak perempuan yang bekerja sebagai eskort itu.
Mahkamah Tinggi semalam menolak rayuan tertuduh untuk mengetepikan hukuman penjara selama lapan dan sembilan minggu yang dikenakan bagi kesalahan itu.
Semasa menolak rayuan tersebut, Hakim Choo Han Teck berkata tiga faktor yang diutarakan oleh tertuduh telah menimbulkan "sedikit rasa simpati" daripada mahkamah.
Faktor-faktor tersebut termasuk hakikat bahawa budak perempuan itu hampir mencapai usia penuh dan perbuatan melakukan seks bawah umur sebagai satu kesalahan serius tidak jelas diketahui oleh orang awam dan kedua-dua tertuduh.
Namun demikian, "rasa simpati" itu terus pudar selepas berlaku banyak lagi kesalahan-kesalahan baru menyusuli kes tersebut, kata hakim.
Sejauh ini, seramai 20 lelaki telah pun dihukum penjara selama lapan dan 19 minggu kerana melakukan seks dengan budak perempuan bawah umur.
Semua tertuduh mengaku bersalah atas tuduhan tersebut kecuali seorang warga Switzerland, Juerg Buergin.
Warga asing berusia 41 itu dan bekas pengarah eksekutif sebuah bank gagal dalam rayuannya dan difahamkan telah meninggalkan Singapura bulan lalu selepas menamatkan hukuman penjara selama 19 minggu.
Ibu ayam perempuan berkenaan, Tang Boon Thiew, dihukum penjara selama empat tahun dan 10 bulan. Dia turut didenda sebanyak $90,000 atas 20 tuduhan berkaitan kesalahan pelacuran.
Lelaki berusia 39 tahun itu gagal dalam rayuan terhadap tuduhan yang dikenakan terhadapnya.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Kami memerlukan sumbangan anda untuk menaik taraf blog ini, Hanya click iklan ini

Penciptaan Saya

Tingkatkan traffik anda di sini

BlogPingSite ping fast  my blog, website, or RSS feed for Free My Ping in TotalPing.com Blogged.my free bloggers backlinks - link building services where you can get link exchange free 100% to create backlinks for SEO Ping your blog, website, or RSS feed for Free Breaking News Free Geoogle ADS profitreload