Sunday 5 May 2013

Pelik! Tengkorak Makhluk Asing Ditemui Di Mexico?

Pelik! Benarkah Tengkorak Makhluk Asing Ditemui Di Mexico? | Apabila media antarabangsa menyebut tentang penemuan yang berkaitan tentang makhluk asing, kita sememangnya agak sukar untuk mempercayainya. Kewujudan makhluk asing diragui sejak dahulu lagi. Persoalan sama ada wujud atau tidak, ia tetap menjadi persoalan. Terbaru, KisahBest.My menerima maklumat bahawa mereka telah menemui tengkorak menyerupai makhluk asing di Mexcio. Benarkah itu makhluk asing?
GAMBAR yang dirakamkan di laman YouTube semalam menunjukkan tengkorak manusia berbentuk lonjong yang ditemui di Kampung Onavas, Mexico.
GAMBAR yang dirakamkan di laman YouTube semalam menunjukkan tengkorak manusia berbentuk lonjong yang ditemui di Kampung Onavas, Mexico.
BANDAR RAYA MEXICO – Sekumpulan ahli arkeologi menemui sebuah tengkorak manusia yang berbentuk lonjong dekat Kampung Onavas di Mexico, menurut akhbar dalam talian, MailOnline kelmarin.
Tengkorak itu dipercayai berusia 1,000 tahun dan ia kelihatan seperti gambaran watak makhluk asing dalam filem-filem keluaran Hollywood.
Ia ditemui tertanam di sebuah kawasan yang mengandungi 25 rangka tulang manusia.
Tengkorak tersebut mempunyai bentuk lonjong disebabkan amalan tradisi penduduk yang tinggal di utara Mexico.
Penduduk tersebut mengamalkan tradisi menghasilkan pelbagai bentuk kepala dengan menggunakan pelbagai kaedah. Antara kaedah itu ialah dengan menggunakan dua kepingan kayu yang diikat di bahagian kepala.
Ia dilakukan ketika tengkorak tersebut masih di peringkat kanak-kanak.
Seorang ahli arkeologi, Cristina Garcia Moreno berkata, tengkorak tersebut mempunyai bentuk sedemikian kerana untuk membezakan status sosial penduduk dan disebabkan upacara keagamaan.
Moreno mengetuai projek penyelidikan tersebut bagi pihak Universiti Negeri Arizona, Amerika Syarikat.
Projek itu mendapat kelulusan Institut Antropologi dan Sejarah Kebangsaan Mexico. – Agensi

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Kami memerlukan sumbangan anda untuk menaik taraf blog ini, Hanya click iklan ini

Penciptaan Saya

Tingkatkan traffik anda di sini

BlogPingSite ping fast  my blog, website, or RSS feed for Free My Ping in TotalPing.com Blogged.my free bloggers backlinks - link building services where you can get link exchange free 100% to create backlinks for SEO Ping your blog, website, or RSS feed for Free Breaking News Free Geoogle ADS profitreload