Bersama seorang teman sekelas
aku pulang dari latihan olahraga. Di perjalanan, entah siapa yang
mulakan dulu, kami berdebat tentang siapa yang lebih pantas berlari.
Kerana kami berdua tidak ada yang mau mengalah.. akhirnya kami
memutuskan untuk mengujinya dengan berlari sejauh satu blok (sekitar 100
meter). Ketika itu sekitar pukul enam petang dan keadaannya agak suram
dan kelam.
Kami pun menggambil posisi masing2.. dan 1…2…3…, aku
dan temanku terus berlari "sprint" secepat mungkin. Ternyata kami berdua
seimbang dan sama pantas…...
Beberapa meter dari hujung blok
(yang menjadi garis penamat kami) tiba-tiba seorang Pak guard yang
meronda di setiap blok berlari mengejar kami ….. Pak guard tersebut
berlari dengan pantasnya dan berada hanya beberapa meter di belakang
kami.
Aku bingung… kenapa Pak guard itu mengejar kami berdua…,
kami berusaha berlari sepantas mungkin kerana takut tertangkap oleh Pak
guard tersebut. Aku sudah tidak sempat berfikir dan kerana gugup aku
terus berlari hingga lima blok bersama sahabatku tadi. Pak guard cukup
kuat kerana dia masih terus mengekori kami. Mesti pun aku sudah
kepenatan tetapi aku masih tetap berlari …. melepasi blok keenam kami
berdua sudah tidak kuat lagi berlari. dan kepenatan..
Akhirnya di
persimpangan lorong kecil kami berdua berhenti sambil menghela napas
yang kelelahan. Beberapa minit kemudian pak guard juga sampai di tempat
kami dan dia juga berhenti dengan nafas yang tercungap-cungap.
Kami
bertiga terdiam selama beberapa saat.. melepaskan lelah
masing-masing... Akhirnya, setelah agak tenang, dengan heran aku tanya
kepada Pak guard tersebut..
"Pakcik.., kenapa pakcik mengejar kami..?"
Pak
guard itu nampak kebinggungan. Mungkin masih kebinggungan dan
kepenatan.. Pak guard itu menjawab dalam Bahasa Jawa yang pekat..
"Lha koe wong loro mlayu ok aku yo melu, lha tak kiro nek ono opo ngono..."
Maksudnya..
Tadi
saya melihat kamu berdua berlari begitu pantas sekali.., saya kira ada
apa-apa yang terjadi.. jadi saya pun ikut lari juga...