Sunday 19 January 2014

18 Orang Maut Dipijak

IndiaMaut

SERAMAI 18 orang disahkan maut akibat dipijak apabila satu perhimpunan memberi penghormatan terakhir kepada tokoh Islam di India semalam bertukar menjadi tragedi kerana orang yang terlalu ramai.
Menurut laporan agensi Press Trust di India, tragedi itu juga menyebabkan lebih dari 60 orang cedera selepas pintu pagar kediaman Syedna Mohammed Burhanuddin tiba-tiba ditutup ketika orang ramai sedang memberikan penghormatan terakhir kepada jenazah beliau.
Agamawan India itu meninggal dunia pada Jumaat pada usia 102 tahun dan beliau merupakan pemimpin badan Islam di India dikenali sebagai Dawoodi Bohra.
Di India tragedi kematian akibat dipijak ini sering terjadi dan kebanyakannya berlaku ketika majlis keagamaan.
Pada Oktober tahun lepas, seramai 115 orang penganut Hindu meninggal dunia apabila dipijak kerana beberapa orang panik selepas diberitahu jambatan yang mereka sedang gunakan akan runtuh.
Ketika itu, kira-kira 25,000 orang berada di atas jambatan. Ramai daripada kumpulan itu bertindak terjun ke dalam Sungai Sindh menyelamatkan diri.
Kemudian, pada Februari tahun lepas, 36 orang maut akibat dipijak di sebuah stesen keretapi. Ketika itu, jutaan warga India sedang menghala ke Sungai Ganges untuk sebuah upacara besar-besaran agama

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Kami memerlukan sumbangan anda untuk menaik taraf blog ini, Hanya click iklan ini

Penciptaan Saya

Tingkatkan traffik anda di sini

BlogPingSite ping fast  my blog, website, or RSS feed for Free My Ping in TotalPing.com Blogged.my free bloggers backlinks - link building services where you can get link exchange free 100% to create backlinks for SEO Ping your blog, website, or RSS feed for Free Breaking News Free Geoogle ADS profitreload