Artikel kali ini
mungkin kata-kata yang biasa kita dengar dalam kehidupan seharian kita.
Namun suka untuk saya kongsikan juga sebagai peringatan. Manusia itu
kan mudah lupa, jadi
harus diingatkan selalu. Mungkin sesetengah orang akan bertanya pada
Allah "kenapa aku masih hidup miskin sedangkan aku bekerja kuat dan tak
putus-putus berdoa".
Kenapa agaknya?
Kalau soalan "kenapa" tentu hanya Allah yang boleh menjawabnya. Tapi soalan saya "kenapa agaknya".
Dari segi logik akal kenapa Allah tidak memakbulkan doa kita untuk menjadi kaya?
Mungkin,
1. Allah tahu jika kita menjadi kaya kita akan menjadi sombong
2. Allah tahu jika kita menjadi kaya kita akan lupa berdoa kepadanya
3. Allah masih mahu
menguji kita sejauh mana kita akan bersabar dengan ujian berada di dalam
kemiskinan / kesederhanaan sama ada kita merungut, atau tidak
4. Belum masanya Allah mahu berikan kita kesenangan kepada kita dengan kemewahan
Terlalu banyak kemungkinan yang kadang-kala tidak terjangkau oleh pemikiran kita.
Allah tahu sesuatu yang kita tidak ketahui.
Allah mahu kita sentiasa
meminta dan merayu kepadaNya. Tetapi jangan pula kita meminta yang
bukan-bukan. Jika sekadar meminta dan berdoa pun tanpa usaha jangan
bermimpi Allah akan tunaikan hasrat kita. Allah akan memberi mengikut
kemampuan kita. Tapi tidak mustahil juga Allah akan memberi sesuatu
kepada hambaNya walaupun hambaNya kurang usaha dan itu dinamakan
Istidraj. Itu juga adalah salah satu bentuk ujian.
Manusia kadang-kala
nampak kekayaan itu hanya dari segi material sahaja. Kaya harta belum
tentu bahagia. Kebahagiaan itu juga adalah satu kekayaan. Pernah tidak
kita rasa "mudahnya urusan aku" , satu perkara selesai tanpa ada masalah
yang serius. Mungkin doa kita dah dimakbulkan cuma dalam bentuk yang lain.
Allah tak berikan kita
kekayaan tapi Allah permudahkan urusan kita. Apa guna banyak duit tapi
banyak kesulitan dalam hidup? Apa guna gaji besar tapi hutang keliling
pinggang. Pernahkah kita terasa duit yang ada pada kita sekejap sahaja
habis dan kita tidak nampak apa yang kita beli? Mungkin ini juga ada
kaitan dengan keberkatan. Ada orang gajinya kecil namun mampu membeli
macam-macam. Simpanannya, juga sudah banyak berbanding kita yang gaji
lebih besar tapi langsung tak ada simpanan. Fikir-fikirkan.
Allah menurunkan ujian
kerana Allah mahu kita sentiasa ingat padaNya. Contohnya, ujian
perasaan. Kadang-kala kita merintih kenapa Allah seksa jiwa dan perasaan
kita kerana masih ingatkan kisah cinta yang mungkin dah berakhir 4 atau 5 tahun lepas sehingga kita tutupkan hati kita pada orang lain.
Sedangkan si dia
dah bergembira bersama orang lain? Kenapa? Manusia sering bertanya kan.
Persoalan-persoalan yang dicipta itu sangat bagus jika kita fikirkan
sebab musababnya. Bukan merintih kenapa dan terus merintih. Kerana Allah
mahu kita sentiasa dekat padaNya. Sentiasa menyebut namaNya. Percayalah
suatu hari nanti pasti Allah akan gantikan perasaan itu kepada insan
yang benar-benar layak untuk kita.
Kita juga kena ingat dan
terapkan dalam diri kita, kekayaan itu satu ujian. Memang saya pun
kalau boleh inginkan harta yang banyak, nak beli apa pun boleh tetapi
kalau dengan menjadi kaya mampu membuatkan saya melupakan Allah, saya
redha jika saya hanya berada di level sederhana. Cukup makan dan pakai
serta boleh membahagiakan keluarga.
Letakkan keyakinan dan kepercayaan pada Allah swt. Put your belive in Allah. Insya-Allah.
*Sumber dari iluvislam.com / ierayusof.blogspot.com
No comments:
Post a Comment