Sabda Nabi saw: “Takutlah kamu kepada
(fitnah) dunia dan takutlah kamu kepada (fitnah) wanita, kerana sesungguhnya
awal fitnah yang menimpa Bani Israil dari wanitanya”. (Hr Muslim)
Sabda Nabi saw: “Tiada aku meninggalkan
suatu fitnah lebih berbahaya terhadap kaum lelaki daripada godaan wanita”. (Hr
Muslim)
“Di satu lampu isyarat, aku tertengok seorang perempuan cantik yang menunggang motor. Pakai baju kurung, tudung, dalam kain pakai seluar trek dan kakinya pakai stokin. Walaupun dia cantik, tapi memilih untuk tak berpakaian cantik kerana tak mahu menjadi fitnah kepada lelaki, jadi aku bagi 100% respect pada dia. Aku harap dia berjaya dunia akhirat”. – Ridhuan ِAbdul Karim
“Untuk lelaki, kita beli baju cantik, kita boleh tayang dalam Fb untuk berkongsi. Kita beli buku, kita boleh tayang dalam Fb untuk berkongsi. Kita beli iPad kita boleh tayang dalam Fb. Tapi bila kita beli anak dara orang dengan mas kawin, kita tak boleh tayang dalam Fb sebab kita beli aurat, aurat bukan untuk ditayang-tayang, dan bukan untuk di kongsi-kongsi. Beli benda lain boleh kongsi, tapi beli aurat tidak. Usah kita lupa Nabi saw bersabda: “Sesungguhnya wanita itu aurat..” (Hr at-Tirmidzi, no. 1207 dan katanya Hasan Sahih Gharib)”. - Fathi as-Sakandary
“Bila seseorang wanita post gambarnya di facebook, kemudian ada orang comment, "cantiknya awak", "waah.. comelnya", "isyh keibuannya wajah", "ayunya" atau apa-apa yang seerti dengannya, khususnya dari lelaki bukan mahram atau juga wanita lain.
Kemudian, apakah respond si wanita? Bagaimanakah response yang terbaik sebagai tanda dia seorang calon isteri solehah? Biasanya ramai wanita yang menjawab "thanks", "terima kasih" atau "alhamdulillah" atau "eh tak ada lah, biasa-biasa aja" (kononnya tawadhu') dan sebagainya. Adakah itu satu petanda akan sifat yang baik?
Menurut pendapat saya, perempuan yang baik dan sangat elok untuk dijadikan calon isteri, ialah apabila muncul komen sebegitu, dia akan delete gambar tersebut daripada facebooknya, tanpa sebarang komen lagi. (Antara point ini yang saya kongsikan sewaktu ceramah Langkah 1,2 ,3 Mencari Jodoh di Seminar Baitul Muslim pada 6 Oktober 2012 yang lalu). Namun yang lebih baik tentunya, tiada dipaparkan gambarnya yang cantik tersebut”. - Uzar
1. Temanku semua, peliharalah aurat, usah jua dipaparkannya lagi. Sungguh banyak dan berat fitnahnya. Gambar kita sekarang masih tetap memberi saham dosa, hari-hari kerja kita masih terikat dengan dosa. Nabi saw telahpun memberi amaran. Dilarang Agama bukan untuk susahkan. Itu perintah dari Allah yang telah menjadikan kita, memang ada hikmah dari segalanya. Bersabarlah dalam mentaati ketetapan ini. Taatlah dan usahalah taat untuk cari redha Allah. Kita akan dapat lebih daripada itu lagi. Hal ini memang berat fitnah mata yang memandangnya teman.
2. Antara tanda hidayah dan pertolongan dari Allah itu. Hasyrat, perancangan, dan jalan-jalan dosa itu jadi sering terbantut, gagal dan sukar. Saat ketika itulah ujian yang besar dan mana pilihan jalan kita.
3. Yang telah dan akan melencongkan kita dari patuh, itu ujian. Rasa sangat begitu berat, payah dan malas untuk yang benar dan disuruh, itu semua ujian pada diri kita. Dari diri dan dari sekecil hinggalah sebesar urusan, marilah saling sering muhasabah teman.
4. Jalan untuk berubah dan insaf itu sudah pasti akan menerima dan melalui dengan berbagai-bagai ujian. Kita mohon pada Allah atas segalanya. Jangan kita berputus asa. “Ya Allah, aku berlindung kepada-Mu dari sebarang kejahatan yang telah aku lakukan. Aku akui dengan sebenar-benarnya segala nikmat-Mu keatasku. Aku juga mengakui dosa-dosa terhadap-Mu. Maka ampunilah aku kerana sesungguhnya tiada yang boleh mengampunkan dosa-dosa (ini) kecuali Engkau ya Allah”. (Hr Bukhari). “Ya Allah, bantulah aku untuk mengingati-Mu, untuk bersyukur kepada-Mu, dan untuk memperelokkan ibadatku kepada-Mu”. (Hr Abu Daud, an-Nasaai dengan sanad yang sahih)
5. Kita tak mampu nak menjadi tarikan dan contoh kepada orang, marilah kita jauhi dari merosakkan orang lain. Kita tak mampu nak merubah orang, biarkanlah diri kita mudah diubah dan dapat berubah. Sama-sama kita usaha yang terbaik dan hindar dengan yang terbaik. Sama-sama bantu dan saling biar kita memerlukan dalam menegakkan untuk kebaikan.
6. Buatlah yang benar dan bersabarlah, ada hasilnya. Tak dunia, akhirat yang sudah pasti. Jauhilah dosa, yang keji dan dilarang itu, ia akan juga menyakitkan dimasa yang lain pula. Tak dunia, akhirat yang telah dijanji. Kita bersyukur dengan kebaikan dunia dan berusaha dengan mengharap kebaikan akhirat. Dan kita bertaubat dengan musibah dunia dan berusaha dengan mengharap keselamatan akhirat. Setiap dari segala ujian-ujian, itulah perjuangan kita di dunia ini.
7. Siapa kata ia tidak membawa kepada fitnah. Nabi saw telah memberi amaran akibat dan bahayanya. Menyuruh agar kita supaya menitikberatkannya dan berjaga-jaga dengannya. Marilah jangan lewakannya lagi.
8. Pakaian yang digariskan syara’ itu menyebabkan tiada ingin dirasa orang untuk mengganggunya. Tapi jika sebaliknya yang sudah memang kita hasyratkan, amatlah berdosa kelakuan itu. Hakikatnya amat betapa gah dan mulianya bila dipandang wanita yang memelihara aurat itu.
9. Pernah disembang dengan rakan sepengajian yang sudahpun berkahwin, yang saya lihat dari zahirnya cukup terjaga akhlaknya, “katanya, melihat keadaan sekarang ini, sungguh memeningkan kepala, katanya sudah kahwin bukan jaminan sudah dapat selamat dan mampu kawal jika dalam keadaan masyarakat sekarang yang seolah bertelanjang sebegini, terkejut saya dan terfikir seketika, apatah lagi yang belum kahwin, yang tiada asas agama dan lemah agamanya. Beratnya ujian ini”.
10. Telah banyak artikel tentang aurat yang dituliskan, harap ia sudah cukup dan dapat manfaatnya. Akhirnya dalam apa-apa jua hal pun, kita perlu usaha cari jalan bagaimana agar aku ini menjadi hamba yang taat. Kita perlu fikir cara yang menyebabkan aku dapat berubah seperi orang lain berubah. Samaada dengan kawan, suasana, dan apapun jalan lain lagi yang mampu membentukku.
Firman Allah swt: Dan adapun
orang-orang yang takut kepada kebesaran Tuhannya dan menahan diri dari
keinginan hawa nafsunya, maka sesungguhnya syurgalah tempat tinggalnya.
(An-Naazi´aat 40,41)
“Nafsu dari terjebak dengan maksiat,
syahwat. Dan nafsu yang menghalang, melekakan dari taat, beribadat kepada
Allah” - (islamweb.net)
No comments:
Post a Comment