Muhasabah, kerana menolak Hukum Allah
1. Kaum Nabi Nuh
Nabi
Nuh berdakwah selama 950 tahun, namun yang beriman hanyalah sekitar 80
orang. Kaumnya mendustakan dan memperolok-olok
Nabi Nuh. Lalu, Allah mendatangkan banjir yang besar, kemudian
menenggelamkan mereka yang engkar, termasuk anak dan istri Nabi Nuh
(Surah Al-Ankabut : 14).
2. Kaum Nabi Hud
Nabi
Hud diutus untuk kaum ‘Ad. Mereka mendustakan kenabian Nabi Hud. Allah
lalu mendatangkan angin yang dahsyat
disertai dengan bunyi guruh yang menggelegar hingga mereka tertimbun
pasir dan akhirnya binasa (Surah Attaubah: 70, Alqamar: 18, Fushshilat:
13, Annajm: 50, Qaaf: 13).
3. Kaum Nabi Salleh
Nabi
Salleh diutuskan Allah kepada kaum Tsamud. Nabi Salleh diberi sebuah
mukjizat seekor unta betina yang keluar
dari celah batu. Namun, mereka membunuh unta betina tersebut sehingga
Allah menimpakan azab kepada mereka (Surah ALhijr: 80, Huud: 68, Qaaf:
12).
4. Kaum Nabi Luth
Umat
Nabi Luth terkenal dengan perbuatan menyonsang, iaitu berminat dengan
pasangan sesama jenis (homoseksual dan
lesbian). Banyak kali diberi peringatan, mereka tidak mahu bertaubat.
Allah akhirnya memberikan azab kepada mereka berupa gempa bumi yang
dahsyat disertai angin kencang dan hujan batu sehingga hancurlah
rumah-rumah mereka. Dan, kaum Nabi Luth ini akhirnya
tertimbun di bawah runtuhan rumah mereka sendiri (Surah Alsyu’araa:
160, Annaml: 54, Alhijr: 67, Alfurqan: 38, Qaf: 12).
5. Kaum Nabi Syuaib
Nabi
Syuaib diutuskan kepada kaum Madyan. Kaum Madyan ini dihancurkan oleh
Allah kerana mereka suka melakukan penipuan
dan kecurangan dalam perniagaan. Bila membeli, mereka minta dilebihkan
dan bila menjual selalu mengurangi. Allah pun mengazab mereka berupa
hawa panas yang teramat sangat. Banyak kali mereka berlindung di tempat
yang teduh, perkara itu tidak mampu melepaskan
rasa panas. Akhirnya, mereka binasa (Surah Attaubah: 70, Alhijr: 78,
Thaaha: 40, dan Alhajj: 44).
Selain
kepada kaum Madyan, Nabi Syuaib juga diutus kepada penduduk Aikah.
Mereka menyembah sebidang padang tanah
yang pohonnya sangat rimbun. Kaum ini menurut sebagian ahli tafsir
disebut pula dengan penyembah hutan lebat (Aikah) (Surah AlHijr: 78,
Alsyu’araa: 176, Shaad: 13, Qaaf: 14).
6. Firaun
Kaum
Bani Israil sering ditindas oleh Firaun. Allah mengutus Nabi Musa dan
Harun untuk memperingatkan Firaun akan
azab Allah. Namun, Firaun mengaku sebagai tuhan. Dia akhirnya maut di
Laut Merah dan jasadnya berjaya diselamatkan. Hingga kini masih boleh
disaksikan di museum mumi di Mesir (Albaqarah: 50 dan Yunus: 92).
7. Ashab Al-Sabt
Mereka
adalah segolongan fasik yang tinggal di Kota Eliah, Elat (Palestin).
Mereka melanggar perintah Allah untuk
beribadah pada hari Sabtu. Allah menguji mereka dengan memberikan ikan
yang banyak pada hari Sabtu dan tidak ada ikan pada hari lainnya. Mereka
meminta rasul Allah untuk mengalihkan ibadah pada hari lain, selain
Sabtu. Mereka akhirnya dibinasakan dengan dilaknat
Allah menjadi kera yang hina (Surah Al-A’raaf: 163).
8. Ashab Al-Rass
Rass adalah nama sebuah telaga yang kering airnya. Nama Al-Rass ditujukan pada suatu kaum. Konon, nabi yang diutus
kepada mereka adalah Nabi Salleh. Namun, ada pula yang menyebutkan Nabi Syuaib.
Sementara
itu, yang lainnya menyebutkan, utusan itu bernama Handzalah bin Shinwan
(adapula yang menyebut bin Shofwan).
Mereka menyembah patung. Ada pula yang menyebutkan, pelanggaran yang
mereka lakukan kerana mencampakkan utusan yang dikirim kepada mereka ke
dalam perigi sehingga mereka dibinasakan Allah (Surah Alfurqan: 38 dan
Qaf ayat 12).
9. Ashab Al-Ukhdudd
Ashab
Al-Ukhdud adalah sebuah kaum yang menggali parit dan menolak beriman
kepada Allah, termasuk rajanya. Sementara
itu, sekelompok orang yang beriman diceburkan ke dalam parit yang telah
dibakar, termasuk seorang wanita yang sedang menggendong seorang bayi.
Mereka dikutuk oleh Allah SWT (Surah Alburuuj: 4-9).
10. Ashab Al-Qaryah
Menurut sebagian ahli tafsir, Ashab Al-Qaryah (suatu negeri) adalah penduduk Anthakiyah. Mereka mendustakan rasul-rasul
yang diutus kepada mereka. Allah membinasakan mereka dengan sebuah suara yang sangat keras (Surah Yaasiin: 13).
11. Kaum Tubba’
Tubaa’
adalah nama seorang raja bangsa Himyar yang beriman. Namun, kaumnya
sangat engkar kepada Allah hingga melampaui
batas. Maka, Allah menimpakan azab kepada mereka hingga binasa.
Peradaban mereka sangat maju. Salah satunya adalah empangan air (Surah
Addukhan: 37).
12. Kaum Saba
Mereka
diberi berbagai kenikmatan berupa kebun-kebun yang ditumbuhi pohonan
untuk kemakmuran rakyat Saba. Kerana
mereka enggan beribadah kepada Allah walau sudah diperingatkan oleh
Nabi Sulaiman, akhirnya Allah menghancurkan empangan Ma’rib dengan
banjir besar (Al-Arim) (Surah Saba: 15-19).
No comments:
Post a Comment