Wang yang disimpan di dalam akaun
simpanan, akaun simpanan tetap, simpanan semasa, ASB serta lain-lain
bentuk simpanan di bank atau mana-mana institusi kewangan.
Zakat dikenakan ke atas jumlah baki
terendah dalam tempoh setahun simpanan apabila cukup nisab dan haulnya
serta menyamai atau melebihi nisab.
Tarikh Masuk | Tarikh Keluar | Amaun (RM) | Baki (RM) |
02/02/XXXX |
|
20,000.00 |
20,000.00 |
|
23/04/XXXX |
2,000.00 |
18,000.00 |
|
30/05/XXXX |
3,000.00 |
15,000.00 |
06/07/XXXX |
|
200.00 |
15,200.00 |
|
08/08/XXXX |
1,200.00 |
14,000.00 |
31/11/XXXX |
|
2,000.001 |
16,000.00 |
31/12/XXXX |
|
1,000.00 |
17,000.00 |
Baki terendah dalam jadual ini ialah RM
14,000. Ia telah melebihi nisab dan genap setahun. Tahun haul dalam
contoh ini dikira dari 01/01/xxxx - 31/12/xxxx.
Contoh Pengiraan
Baki Terendah = RM14,000 (melebihi nisab)
Zakat = RM4,000 x 2.5%
Sekiranya pendeposit memiliki beberapa
akaun simpanan di dalam bank atau lain-lain institusi kewangan, perlu
menjumlahkan kesemua baki terendah bagi setiap akaun simpanan. Zakat
dikenakan apabila jumlah baki terendah tersebut menyamai atau melebihi
nisab.
Haul : 1/1/xxxx - 31/12/xxxx
Buku Simpanan | Baki Terendah (RM) |
Buku 1 |
1,000.00 |
Buku 2 |
1,000.00 |
Buku 3 |
8,000.00 |
Jumlah Baki Terendah |
10,000.00 |
Jumlah baki terendah : RM 20,000 (melebihi nisab)
Zakat = RM 20,000 x 2.5%
= RM500
Bagi akaun simpanan tetap, zakat dikenakan ke atas simpanan pokok yang disimpan dalam jangkamasa tertentu.
Contoh:
Simpanan tetap :
RM10,000
Zakat : RM10,000 x 2.5% (kadar zakat)
= RM250
SAMBUNG BACAAN...