SAMBUNG BACAAN,,,,
Rancang kepung ibu pejabat polis negara, PM Yingluck hari ini
Para penunjuk perasaan dilaporkan memangga pintu masuk syarikat TOT Plc dan CAT Telecom bagi menghalang kakitangan memasuki pekarangan itu apabila mereka kembali bekerja esok.
"Kita perlu melanggar undang-undang untuk mencapai matlamat kita," kata ketua penunjuk perasaan, Encik Suthep Thaugsuban, yang merupakan Timbalan Perdana Menteri di bawah kerajaan sebelum ini.
Para penunjuk perasaan dilaporkan merancang mengepung ibu pejabat polis negara dan bandar, Rumah Kerajaan, dan malah taman haiwan di Bangkok hari ini.
Encik Suthep turut menggesa mengambil alih pejabat kementerian buruh; ehwal dalam dan luar negeri; pendidikan serta pejabat Perdana Menteri, Cik Yingluck Shinawatra, juga hari ini untuk melumpuhkan pentadbirannya.
"Pada Ahad, saudara dan saudari, kami akan mengumumkan kemenangan kita dan kekalahan rejim Thaksin," kata Encik Suthep dalam satu rapat lewat kelmarin.
Sementara itu, kerajaan berikrar kekal terbuka bagi mengadakan dialog dan mengelakkan konfrontasi.
"Kami akan mengelakkan penggunaan kekerasan. Tetapi jika para penunjuk perasaan cuba memasuki bangunan kerajaan, kita mungkin perlu menggunakan kuasa untuk menghentikan tindakan mereka," kata Timbalan Perdana Menteri, Encik Pracha Promnok.
Menurut beliau, kerajaan akan tetap dapat berfungsi jika bangunan kementeriaan dikepung kerana para kakitangan boleh bertugas dari lokasi lain.
Dalam pada itu, para penyokong Kumpulan Baju Merah yang pro-kerajaan merancang satu rapat di Stadium Rajamangala di Bangkok hari ini.
"Tugas kami ialah melindungi demokrasi. Kami akan berhimpun di Stadium Rajamangala," kata ketua kumpulan itu, Encik Jatuporn Prompan, kepada lebih 25,000 penyokongnya lewat kelmarin.
Ketua Keselamatan Negara, Encik Paradorn Pattanathabutr, berkata pihaknya tidak percaya para penunjuk perasaan akan dapat mendekati Rumah Kerajaan hari ini memandangkan pegawai polis akan mengadakan sekatan jalan raya bagi menyekat mereka.
Sekitar 5,000 pegawai polis tambahan dilaporkan akan dikerahkan mengawal bangunan itu.
Ketua tentera pula, Encik Prayuth Chan-ocha, memberitahu para penunjuk perasaan agar tidak mengheret pihak tentera dalam krisis politik kali ini.
"Kami berharap semua pihak akan dapat bersatu dan tidak menggunakan pihak tentera sebagai alat masing-masing," katanya.
SAMBUNG BACAAN.....
No comments:
Post a Comment