Tuesday 3 December 2013

Polis halang demo serbu ofis Yingluck

 
KEADAAN MASIH TEGANG: Seorang penunjuk perasaan antikerajaan telah melempar balik balang gas pemedih mata yang dilepaskan oleh polis rusuhan di luar Rumah Kerajaan di Bangkok semalam. 
Pembantah turut himpun di luar tiga stesen TV tuntut pandangan mereka disiarkan
BANGKOK: Polis rusuhan semalam melepaskan gas pemedih mata dan meriam air bagi menghalang penunjuk perasaan antikerajaan daripada menyerbu masuk pejabat Perdana Menteri Yingluck Shinawatra dan ibu pejabat polis di sini.
Menurut polis, sekitar 30,000 penunjuk perasaan antikerajaan berhimpun di sekurang-kurangnya lapan lokasi di ibu kota negara itu bagi melancarkan "rampasan kuasa rakyat".
Perkembangan itu berlaku selang sehari selepas tunjuk perasaan bertukar ganas dengan empat orang dilaporkan terkorban dan lebih 50 yang lain cedera dalam pertempuan antara penyokong anti dan pro-kerajaan berdekatan Universiti Ramkhamhaeng di sini.
Semalam merupakan kemuncak bantahan yang bertujuan mengguling Cik Yingluck, yang didakwa memimpin kerajaan yang dikawal abangnya, mantan Perdana Menteri, Encik Thaksin Shinawatra.
Antara lain, lebih 1,000 penunjuk perasaan dilaporkan meruntuhkan pengadang di hadapan Rumah Kerajaan.
"Kita semua bersaudara. Tolong jangan masuk!" laung polis rusuhan melalui alat pembesar suara sebelum melepaskan gas pemedih mata ke arah golongan itu.
Tiada kecederaan dilaporkan dalam kejadian tersebut.
Para penunjuk perasaan turut berhimpun di luar sekurang-kurangnya tiga stesen televisyen sambil menuntut mereka menyiarkan pandangan para penunjuk perasaan dan bukan kerajaan.
Beberapa pusat beli-belah di ibu kota Bangkok juga terpaksa ditutup, dengan para pengamat memberi amaran bahawa pergolakan yang berpanjangan akan menjejas keyakinan pelabur serta kedatangan pelancong yang menyumbang 10 peratus kepada ekonomi Thailand.
Sementara itu, kehadiran sekumpulan penunjuk perasaan telah memaksa Cik Yingluck meninggalkan sebuah bangunan polis di mana beliau sepatutnya mengadakan sidang akhbar semalam.
Jurucakap polis, Encik Piyo Utayo, berkata sejauh ini pihak polis dan penunjuk perasaan belum lagi bertempur.
"Penggunaan gas pemedih mata adalah sebahagian daripada prosedur," katanya.
Dalam pada itu, parti Pheu Thai pimpinan Cik Yingluck dilaporkan bersetuju bahawa pembubaran Dewan Perwakilan merupakan "langkah terakhir" bagi menamatkan krisis politik sekarang.
Akhbar Bangkok Post semalam menukil seorang pegawai kanan parti itu sebagai berkata pemimpin parti telah bertemu dengan Cik Yingluck untuk membincangkan langkah yang perlu diambil.
Sebelum ini Cik Yingluck menolak gesaan agar beliau meletak jawatan dan membubarkan Dewan Rendah bagi membuka jalan mengadakan pilihan raya baru.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Kami memerlukan sumbangan anda untuk menaik taraf blog ini, Hanya click iklan ini

Penciptaan Saya

Tingkatkan traffik anda di sini

BlogPingSite ping fast  my blog, website, or RSS feed for Free My Ping in TotalPing.com Blogged.my free bloggers backlinks - link building services where you can get link exchange free 100% to create backlinks for SEO Ping your blog, website, or RSS feed for Free Breaking News Free Geoogle ADS profitreload