Saturday, 30 November 2013

Biodata Johan Ashari

SAMBUNG BACAAN..


SAMBUNG BACAAN..

Johan dilahirkan di Bukit Mertajam, Pulau Pinang, merupakan anak kepada Datuk As’ari Ibrahim, Setiausaha Politik kepada Menteri Kerja Raya - Dato' Shaziman Abu Mansor. Kakaknya pernah bergelar pelakon pada tahun 2007-2009 iaitu Farah Alya. Menurut Johan, dia mempunyai bakat bermain gitar dan piano serta boleh menyanyi sekadar suka-suka.

Filem Televisyen

  • Janjiku Pada Alwalid (2011) TV3
  • Kesuma Jiwa (2011) TV1
  • Tasbih Putih (2011) ASTRO PRIMA
  • Ajaibnya Cinta (2011) TV3
  • Tersalah Cinta (2012) TV3
  • Karlos Bolos (2013) TV3
  • Satu Hari Di Hari Raya (2013) TV3

Siri Televisyen

BIODATA SHILA AMZAH DI SINI...





Friday, 29 November 2013

Biodata Shila Amzah

SAMBUNG BACAAN INI....

SAMBUNG BACAAN INI....


Nama penuh : Nur Shahila Amir Amzah (lebih dikenali sebagai Shila Amzah)
Tarikh lahir : 13 August 1990
Asal : Kuala Lumpur, Malaysia
Adik beradik : Empat orang
Tinggi : 165 cm
Berat : 52 kg
Pencapaian : Naib Juara One In A Million Musim Kedua,
Naib Juara Anugerah Juara lagu (AJL 26) untuk lagu Beribu Sesalan,
Juara Asian Wave 2012 Album: Sha-hila (EMI, 2005), Ost 5 Jingga (EMI, 2008), Bebaskanlah (Monkey Bone, 2009), 3 Suara (bergandingan dengan Ning Baizura dan Jaclyn Victor-2011)
SAMBUNG BACAAN INI....
Nama penuh : Nur Shahila Amir Amzah (lebih dikenali sebagai Shila Amzah)
Tarikh lahir : 13 August 1990
Asal : Kuala Lumpur, Malaysia
Adik beradik : Empat orang
Tinggi : 165 cm
Berat : 52 kg
Pencapaian : Naib Juara One In A Million Musim Kedua,
Naib Juara Anugerah Juara lagu (AJL 26) untuk lagu Beribu Sesalan,
Juara Asian Wave 2012 Album: Sha-hila (EMI, 2005), Ost 5 Jingga (EMI, 2008), Bebaskanlah (Monkey Bone, 2009), 3 Suara (bergandingan dengan Ning Baizura dan Jaclyn Victor-2011)
- See more at: http://kozumiro.blogspot.com/2012/09/biodata-terkini-shila-amzah.html#sthash.6o7gt0KT.dpuf
Nama penuh : Nur Shahila Amir Amzah (lebih dikenali sebagai Shila Amzah)
Tarikh lahir : 13 August 1990
Asal : Kuala Lumpur, Malaysia
Adik beradik : Empat orang
Tinggi : 165 cm
Berat : 52 kg
Pencapaian : Naib Juara One In A Million Musim Kedua,
Naib Juara Anugerah Juara lagu (AJL 26) untuk lagu Beribu Sesalan,
Juara Asian Wave 2012 Album: Sha-hila (EMI, 2005), Ost 5 Jingga (EMI, 2008), Bebaskanlah (Monkey Bone, 2009), 3 Suara (bergandingan dengan Ning Baizura dan Jaclyn Victor-2011)
- See more at: http://kozumiro.blogspot.com/2012/09/biodata-terkini-shila-amzah.html#sthash.6o7gt0KT.dpuf
Nama penuh : Nur Shahila Amir Amzah (lebih dikenali sebagai Shila Amzah)
Tarikh lahir : 13 August 1990
Asal : Kuala Lumpur, Malaysia
Adik beradik : Empat orang
Tinggi : 165 cm
Berat : 52 kg
Pencapaian : Naib Juara One In A Million Musim Kedua,
Naib Juara Anugerah Juara lagu (AJL 26) untuk lagu Beribu Sesalan,
Juara Asian Wave 2012 Album: Sha-hila (EMI, 2005), Ost 5 Jingga (EMI, 2008), Bebaskanlah (Monkey Bone, 2009), 3 Suara (bergandingan dengan Ning Baizura dan Jaclyn Victor-2011)
- See more at: http://kozumiro.blogspot.com/2012/09/biodata-terkini-shila-amzah.html#sthash.6o7gt0KT.dpuf
Nama penuh : Nur Shahila Amir Amzah (lebih dikenali sebagai Shila Amzah)
Tarikh lahir : 13 August 1990
Asal : Kuala Lumpur, Malaysia
Adik beradik : Empat orang
Tinggi : 165 cm
Berat : 52 kg
Pencapaian : Naib Juara One In A Million Musim Kedua,
Naib Juara Anugerah Juara lagu (AJL 26) untuk lagu Beribu Sesalan,
Juara Asian Wave 2012 Album: Sha-hila (EMI, 2005), Ost 5 Jingga (EMI, 2008), Bebaskanlah (Monkey Bone, 2009), 3 Suara (bergandingan dengan Ning Baizura dan Jaclyn Victor-2011)
- See more at: http://kozumiro.blogspot.com/2012/09/biodata-terkini-shila-amzah.html#sthash.6o7gt0KT.dpuf

China kerah jet pejuang, pesawat ke zon baru


 
 
Tindakan cetus ketegangan dengan Jepun, Korea Selatan dan Amerika yang turut hantar pesawat ke zon sama
BEIJING: China telah mengerahkan beberapa jet pejuang dan pesawat amaran awalnya ke zon pertahanan udara barunya yang turut merangkumi kawasan perairan Laut China Timur, kelmarin.
Tindakan itu meningkatkan ketegangan dalam pertikaiannya dengan Amerika Syarikat, Jepun dan Korea Selatan di kawasan tersebut.
Pesawat tentera Jepun dan Korea Selatan juga terbang di kawasan zon itu pada hari yang sama, manakala Washington pula telah menghantar dua pesawat pengebom B-52 yang tidak dilengkapi senjata ke ruang udara yang sama awal minggu ini - sebagai tanda sokongannya kepada Jepun, sekutu utamanya di rantau itu.
Tidak satu pun di antara pihak tersebut memberitahu Beijing mengenai rancangannya.
Minggu lalu, China mengumumkan bahawa pesawat asing yang melalui zon udara pertahanan barunya - termasuk pesawat penumpang - harus memberitahu pihak berkuasa negaranya.
Zon itu termasuk ruang udara di kawasan kepulauan yang menjadi tumpuan pertikaian wilayah antara Jepun dengan China.
Misi rondaan China itu "adalah satu langkah pertahanan dan sejajar dengan amalan biasa antarabangsa", lapor agensi berita Xinhua yang memetik kenyataan jurucakap tentera udara China, Encik Shen Jinke.
Pesawat itu, termasuk jet pejuang Su-30 yang direkabentuk oleh Russia, menjalankan tugas rondaan dan memantau sasaran dalam zon itu, kata Encik Shen.
"Pasukan tentera udara China sedang berada dalam keadaan berwaspada peringkat tinggi dengan adanya pelbagai ancaman udara untuk melindungi keselamatan ruang udaranya," tegas beliau.
Bagaimanapun, jurucakap Kementerian Pertahanan China, Encik Yang Yujun, berkata adalah "tidak betul" mengandaikan China akan menembak jatuh pesawat yang memasuki zon tersebut tanpa terdahulu dikenalpasti.
Beliau tidak menjelaskan lebih lanjut.
Hubungan antara China dengan Jepun semakin tegang sejak beberapa bulan lalu disebabkan pertikaiannya berhubung tuntutan ke atas gugusan pulau Diaoyu - nama yang diberi oleh China - atau Senkaku seperti yang disebut Jepun, di Laut China Timur.
Washington pula tidak menyatakan pendiriannya mengenai kedaulatan pulau-pulau itu tetapi berkata pakatan keselamatan Amerika-Jepun merangkumi isu itu.
Sementara itu, pihak media milik pemerintah China semalam menggesa diadakan "tindak balas tepat pada waktunya tanpa teragak-agak" jika Jepun melanggar zon udara baru negara itu, selepas Beijing mengerahkan jet pejuangnya ke kawasan itu.
SAMBUNG BACAAN...

Monday, 25 November 2013

Sinabung muntahkan 'hujan batu'


SAMBUNG BACAAN..


MELETUS LAGI: Gunung Sinabung meletus sebanyak lapan kali dalam tempoh beberapa jam sambil memuntahkan debu panas dan batu semalam. - Foto AFP

JAKARTA: Gunung berapi Sinabung, di barat Indonesia, meletus lapan kali dalam tempoh beberapa jam dan "menghujani batu" ke kawasan yang luas serta memaksa beribu penduduk melarikan diri, kata para pegawai semalam.
Gunung Sinabung telah meletus beberapa kali sejak September lalu, tetapi aktivitinya kembali rancak kelmarin dan awal semalam dengan gunung itu berkali-kali memuntahkan debu panas dan batu sehingga 8,000 meter ke udara.
Beberapa ribu penduduk meninggalkan rumah mereka semalaman, menjadikan jumlah penduduk yang melarikan diri dari rumah mereka sejak gunung itu mula aktif kepada 12,300 orang, kata agensi bencana nasional Indonesia.
"Orang ramai panik malam semalam (kelmarin) akibat bunyi dentuman yang kuat dan gegaran. Kemudian gunung itu mula menghujani kawasan berdekatan dengan batu.
"Mereka lari lintang-pukang keluar dari rumah mereka dan menjerit meminta tolong," kata pegawai pemerintah tempatan, Encik Robert Peranginangin.
Tambahnya, sejauh ini tiada korban jiwa yang dilaporkan akibat letupan terbaru gunung itu.
Agensi vulkanologi Indonesia meningkatkan tahap amaran bagi gunung yang terletak di hujung pulau Sumatera itu ke tahap tertinggi dalam skala empat tahap.
Ia bermakna letusan berbahaya mungkin berlaku pada bila-bila masa.
Jurucakap agensi bencana nasional, Encik Sutopo Purwo Nugroho, berkata pemerintah telah meminta penduduk yang tinggal dalam lingkungan lima kilometer dari gunung berapi itu supaya meninggalkan rumah mereka.
SAMBUNG BACAAN

Friday, 22 November 2013

Lima kanak-kanak terperangkap dalam kereta babas ke kolam

MENYIASAT KEMALANGAN: Para pegawai polis sedang menyiasat di tempat berlakunya nahas di mana enam orang diselamatkan selepas kereta mereka terhumban ke dalam kolam berdekatan sebuah lebuh raya di St. Louis Park, Minnesota, awal semalam.


ST. LOUIS PARK (Minnesota): Pasukan penyelamat bertungkus lumus cuba menyelamatkan lima kanak-kanak yang terperangkap dalam sebuah kereta yang terbabas dari lebuh raya dan terhumban ke dalam sebuah kolam yang dingin.
Mereka terpaksa memecahkan tingkap kereta itu untuk mengeluarkan kanak-kanak tersebut sedang sebuah trak tunda cuba mengeluarkan kenderaan itu dari kolam berkenaan.
Seorang daripada kanak-kanak itu kemudian meninggal dunia, kata polis ronda wilayah Minnesota.
Kereta itu berada di dalam air sekitar 45 minit selepas kemalangan pada awal semalam.
Jurucakap bandar St. Louis Park, Encik Jamie Zwilling, berkata kesemua kanak-kanak itu tidak sedarkan diri dan tidak memberikan respons apabila mereka ditarik keluar daripada kenderaan itu.
Keadaan kanak-kanak yang terselamat itu belum lagi diketahui, dan para pegawai tidak mendedahkan butir mengenai kecederaan yang dialami mereka, atau sama ada kereta itu sudah dipenuhi air sebelum para penyelamat berjaya menarik keluar kanak-kanak itu.
Pemandu kereta berkenaan - yang juga ibu dan ibu tiri kepada kanak-kanak itu - berjaya menyelamatkan dirinya sebelum berteriak meminta tolong.
"Kereta berada di dalam air, dan beliau (wanita itu) berdiri di atasnya," kata Encik Jeff Robertson, salah seorang saksi yang tinggal di sebuah bangunan apartmen berdekatan, kepada akhbar St. Paul Pioneer Press.
Kemalangan itu berlaku di St. Louis Park, sebuah kawasan subbandar di Minneapolis.
Pegawai polis ronda wilayah itu, Leftenan Eric Roeske, berkata kereta itu terbabas ke sebelah kiri Lebuh Raya 7 ke Lebuh Raya 100 sebelum menuju ke lereng bukit dan terhumban ke dalam kolam tersebut, kira-kira 45 meter dari lebuh raya itu.
Pemandunya dikenali sebagai Cik Marion Guerrido, 23 tahun, dari Brooklyn Center.
Kanak-kanak itu pula dikenal pasti berusia antara satu dengan tujuh tahun. Kesemuanya dari Brooklyn Center.
Pada laman webnya, pasukan polis wilayah itu berkata salah seorang daripada kanak-kanak tersebut meninggal dunia.
SAMBUNG BACAAN..

Skuad Piala Dunia Brazil 2014





http://www.cdlibre.org/clase/0607amaya/0607_7m/oscar_sanchez/enlaces2/brazilC_animado.gif


Brazil coach: Team will win 2014 World Cup





Pos. Player Date of birth (age) Caps Goals Club
GK Jefferson January 2, 1983 (age 30) 9 0 Botafogo
GK Diego Cavalieri December 1, 1982 (age 30) 3 0 Fluminense
GK Matheus Vidotto April 10, 1993 (age 20) 0 0 Corinthians
GK Diego Alves June 24, 1985 (age 28) 7 0 Valencia
DF Dedé July 1, 1988 (age 25) 9 1 Cruzeiro
DF Henrique October 14, 1986 (age 27) 4 0 Palmeiras
DF Marcos Rocha December 11, 1988 (age 24) 2 0 Atlético Mineiro
DF Réver January 4, 1985 (age 28) 8 1 Atlético Mineiro
DF Filipe Luís August 9, 1985 (age 28) 4 0 Atlético Madrid
DF André Santos March 8, 1983 (age 30) 24 0 Flamengo
DF Rodrigo Moledo October 27, 1987 (age 26) 0 0 Metalist Kharkiv
DF Dória November 8, 1994 (age 19) 1 0 Botafogo
DF Douglas Santos March 22, 1994 (age 19) 0 0 Granada
DF Adriano October 26, 1984 (age 29) 17 0 Barcelona
DF Miranda August 7, 1984 (age 29) 7 0 Atlético Madrid
DF Leandro Castán November 5, 1986 (age 27) 2 0 Roma
MF Lucas Moura August 13, 1992 (age 21) 31 4 Paris Saint-Germain
MF Fernando March 3, 1992 (age 21) 8 0 Shakhtar Donetsk
MF Jean June 24, 1986 (age 27) 6 0 Fluminense
MF Jádson October 5, 1983 (age 30) 8 1 São Paulo
MF Ronaldinho March 21, 1980 (age 33) 97 33 Atlético Mineiro
MF Ralf June 9, 1984 (age 29) 8 0 Corinthians
MF Arouca August 11, 1986 (age 27) 4 0 Santos
MF Kaká April 22, 1982 (age 31) 87 29 Milan
FW Alexandre Pato September 2, 1989 (age 24) 27 10 Corinthians
FW Fred October 3, 1983 (age 30) 30 16 Fluminense
FW Leandro Damião July 22, 1989 (age 24) 17 3 Internacional
FW Osvaldo April 11, 1987 (age 26) 2 0 São Paulo
FW Leandro Oliveira May 12, 1993 (age 20) 1 1 Palmeiras
FW Diego Costa October 7, 1988 (age 25) 2 0 Atlético Madrid
FW Luís Fabiano November 8, 1980 (age 33) 45 28 São Paulo

Sejarah Penjaring Terbanyak Pasukan Bola Sepak Brazil Sehingga kini

pele

 

Top goalscorers


# Name Goals Caps First cap Latest cap
1 Pele 77 92 July 7, 1957 July 18, 1971
2 Ronaldo 62 98 March 23, 1994 June 7, 2011
3 Romário 55 70 May 23, 1987 April 27, 2005
4 Zico 48 71 February 25, 1976 June 21, 1986
5 Bebeto 39 75 April 28, 1985 July 12, 1998
6 Rivaldo 34 74 December 16, 1993 November 19, 2003
7 Jairzinho 33 81 June 7, 1964 March 3, 1982
Ronaldinho 33 97 June 26, 1999 April 24, 2013
9 Ademir 32 39 January 21, 1945 March 15, 1953
Tostão 32 54 May 15, 1966 July 9, 1972     

SAMBUNG BACAAN.....

Thursday, 21 November 2013

Ramai cedera dalam runtuhan pusat beli-belah sedang dibina di Afrika Selatan

USAHA MENCARI SUDAH DIHENTIKAN: Pasukan penyelamat berusaha semalaman mencari mangsa yang masih hidup di bawah runtuhan bangunan membeli-belah yang sedang dibina di Tongaat, Afrika Selatan, kelmarin. - Foto AP

TONGAAT (Afrika Selatan): Sekurang-kurangnya seorang maut manakala berdozen cedera dalam runtuhan sebuah pusat beli-belah yang dalam pembinaan di bandar Durban di sini, kelmarin.
Jurucakap polis, Cik Mandy Govender, berkata 29 orang berjaya dikeluarkan daripada runtuhan itu selepas bumbung pusat beli-belah tersebut runtuh sekitar 4.30 petang (waktu tempatan).
"Ia adalah pusat beli-belah yang masih dalam pembinaan. Kebanyakan mereka yang terperangkap di bawah runtuhan adalah pekerja binaan," kata Cik Govender.
Laporan awal menganggarkan sehingga 50 pekerja terperangkap di bawah puing tetapi selepas usaha mencari dijalankan semalaman, tiada lagi mayat ditemui dan hanya seorang saja disahkan terkorban.
"Usaha mencari telah dihentikan 30 minit lalu untuk membolehkan jurutera bandaran menggunakan peralatan berat untuk mengangkat kepingan konkrit. Sejauh ini, kami tidak mengesan mangsa lain di bawah puing," kata seorang pegawai penyelamat, Encik Neil Powell.
Sementara itu, pegawai kecemasan melaporkan dua mangsa yang dikejarkan ke hospital berada dalam keadaan kritikal manakala 18 yang lain mengalami kecederaan serius.
Menurut seorang pegawai perubatan, Encik Neil Powell, mangsa yang cedera rata-rata mengalami patah tulang.
Seorang saksi, Cik Fiona Moonean, berkata beliau tiba-tiba dengar bunyi dentuman kuat dan nampak kepingan besar konkrit runtuh.
"Kepulan asap yang menyelubungi bangunan itu kelihatan seperti ada orang yang letupkan bom di situ. Apa yang paling traumatik ialah mendengar mangsa-mangsa memekik minta tolong," kata beliau.
Punca runtuhan masih disiasat.
Menurut pegawai pihak berkuasa tempatan, syarikat pembinaan pusat beli-belah itu telah diberi arahan supaya menghentikan kerja-kerja pembinaan bulan lalu ekoran isu keselamatan.
SAMBUNG BACAAN

Wednesday, 20 November 2013

Debu panas Sinabung menjulang 8,000 meter


KARO (Indonesia): Seorang lelaki memerhatikan muntahan asap panas daripada Gunung Sinabung di daerah Karo, utara pulau Sumatera, kelmarin.
Seminggu lalu, pihak berkuasa mengatakan lebih 5,000 orang telah dipindahkan daripada rumah mereka sejak gunung berapi itu meletup awal bulan ini.
Setelah beberapa kali meletus sejak pertengahan September, kelmarin gunung berapi itu memuntahkan debu setinggi 8,000 meter ke udara dan menyebabkan penerbangan terpaksa dipesongkan.
Penduduk yang dipindahkan juga tidak dapat pulang ke rumah masing-masing.
SAMBUNG...BACAAN...

England bakal pencabar utama Brazil?



LUIZ FELIPE SCOLARI: Masih berharap para pemain Chelsea dapat terus bermain dengan baik. - Foto fail

Scolari ramal anak didik Hodgson menyerlah
LONDON: Jurulatih Brazil, Luiz Felipe Scolari, percaya England mungkin menjadi salah satu pesaing utama pasukan negaranya dalam pusingan akhir Piala Dunia di negara Amerika Selatan itu tahun depan.
Scolari pernah membimbing pasukan Liga Perdana England, Chelsea, dan tiga pasukan yang menyingkirkan negara itu dalam pertandingan besar dengan Brazil dalam Piala Dunia 2002 dan kemudian bersama Portugal dalam kejohanan Euro 2004 dan Piala Dunia 2006.
Namun Scolari, yang pernah dilamar menjadi pengurus England dan kini menjadi bos Brazil buat kali kedua, menekankan bahawa dua daripada tiga perlawanan tersebut terpaksa diputuskan melalui tendangan penalti.
Menurut beliau, anak didik Roy Hodgson yang berusaha menjadi pasukan pertama England memenangi satu pertandingan besar selepas menjulang Piala Dunia pada 1966, mungkin dapat mencatat kejutan di Brazil tahun depan.
"England salah satu pasukan yang mungkin menyerlah dalam Piala Dunia," kata Scolari kepada akhbar Guardian kelmarin menjelang perlawanan persahabatan antara negara itu dengan Jerman yang dijadualkan berlangsung di Stadium Wembley dinihari tadi.
"Roy melaksanakan tugasnya dengan baik dengan membawa masuk pemain baru. England mempunyai pasukan yang kuat dan saya rasa mereka kini lebih baik dari segi teknikal.
"Orang ramai berkata saya pakar mengalahkan England tetapi kemenangan Portugal ke atas mereka dalam Euro 2004 dan di Jerman pada 2006 diputuskan menerusi tendangan penalti.
"Pada pendapat saya, England belum yakin untuk membuat langkah selanjutnya yang dapat meletakkan mereka di antara empat pasukan utama."
Scolari, 65 tahun, yang pernah menguruskan Chelsea selama tujuh bulan pada 2008, menekankan bahawa pengalaman singkatnya di kelab London itu tidak mematahkan semangatnya kembali menjadi pengurus dalam Liga Perdana.
"Jika saya diberi peluang kembali, saya akan melakukannya. Chelsea sebuah kelab istimewa dan saya masih berharap mereka dapat terus bermain dengan baik.
"Penyokong mereka juga mengagumkan. Saya masih ingat layanan mesra peminat Chelsea walaupun berlaku perkara yang tidak diharapkan.
"Saya berasa kecewa atas apa yang berlaku berkaitan pemergian saya di Chelsea. Saya menjangka tempoh tugas saya di Chelsea lebih lama."
SAMBUNG BACAAN...

Tuesday, 19 November 2013

Puting beliung 'belasah' Midwest di Amerika



MENGGERUNKAN: Satu puting beliung kelihatan membadai daerah Flatville, Illinois, kelmarin dan menyebabkan kemusnahan teruk di kejiranan itu. - Foto AP

ILLINOIS (Amerika Syarikat):[ ] [/ ]Berdozen puting beliuang dan ribut kuat membadai beberapa wilayah Midwest Amerika Syarikat, menyebabkan sekurangkurangnya enam orang terkorban dan sekitar 40 lagi cedera.
Jadual penerbangan terpaksa dibatalkan dan beribu-ribu kediaman mengalami gangguan bekalan elektrik dan angin kencang menyebabkan kereta terbalik, pokok besar tumbang serta mengakibatkan tiang elektrik rosak.
Angka korban dijangka meningkat apabila hubungan telekomunikasi kembali pulih dan kawasan yang tidak dapat dilalui dibuka semula.
Menurut laporan awal, sekurangkurangnya dua orang terkorban di bandar kecil New Minden.
Encik Joseph Hoy, 80 tahun, ditemui mati di ladangnya sementara adik perempuannya, Cik Frances, 78 tahun, meninggal dunia di hospital.
"Puting beliung ini datang begitu pantas. Sebelum kejadian berlaku, lelaki tua dan adiknya itu sedang duduk-duduk berehat dalam rumah saja," kata pegawai koroner Washington County, Encik Mark Styninger.
Butir mengenai empat lagi kematian tidak diberikan.
Menurut saluran televisyen setempat, 37 orang dirawat di pusat perubatan di Illinois, dengan tujuh daripada mereka mengalami kecederaan serius.
Ketua Agensi Pengurusan Kecemasan Illinois, Encik Jonathan Monken, berkata 70 rumah ranap sepenuhnya di dua bandar di wilayah itu sementara ratusan yang lain mengalami kerosakan.
Dianggarkan sekitar 140,000 kediaman di Illinois, 100,000 di Michigan dan 50,000 di Indiana terputus bekalan elektrik ekoran puting beliung itu.
"Seluruh kejiranan saya ranap. Hanya tembok perapian satu-satunya struktur yang masih berdiri teguh di rumah saya," kata Encik Michael Perdun, melalui panggilan telefon dari bandar Washington, wilayah Illinois, yang terjejas teruk.
Datuk Bandar Washington, Encik Gary Manier, pula berkata:
"Ini hari yang sedih di Washington. Kemusnahan yang berlaku sukar dipercayai. Sukar dibayangkan. Ia kelihatan seperti satu peperangan baru berlaku di masyarakat kita. Kemusnahan begitu meluas dan menjejas kesemua 15,000 penduduk di sini."
Menurut laman web Perkhidmatan Cuaca Nasional, sebanyak 65 puting beliuang melanda wilayah Midwest kelmarin, dengan sebahagian besarnya melanda Illinois.

Mari berkongsi RM2500 sebulan..CEPAT!!!!!


Salam dan salam sejahtera..
Saya memang suka menulis blog dan secara tak langsung dapat menjana pendapatan anda.. Berapa Network saya cuba antanay Nuffnang; dan yang terbaru SATU CLICK RM0.15.. Mudah dan lumayan kan?Yehaaaah,,,,, sapa cepat dia dapat,,
APA LAGI YANG DI TUNGGU... TERUS SAYA CLICK IKLAN DI BAWAH..

Sunday, 17 November 2013

Siapakah Bakal Juara AF 2013?

 Salam dan Salam Sejahtera,

 Saksikan secara Langsung Di  Astro Ria 104. Terusa mengundi
Azhael, Amera, Aisyah, Indah,Faizul dan Nabilah..

 SAMBUNG BACAAN.............
 C


Friday, 15 November 2013

Kilauan jutaan $

GENEVA: Berlian sebesar 59.60 karat ini berjaya dijual dengan harga lebih AS$83 juta ($103.4 juta) dalam satu acara lelong anjuran Sotheby, kelmarin.
Harga berlian yang diberi nama 'The Pink Star' ini adalah yang paling tinggi pernah dicapai bagi sebarang batu permata dalam acara lelongan itu.
Pada awalnya, berlian itu dianggarkan bernilai AS$60 juta.
SAMBUNG BACAAN..

Tuesday, 12 November 2013

Askar halang kegiatan jarah

KEMUSNAHAN DI SAMAR: Gambar yang diambil dari udara ini menunjukkan kemusnahan yang melanda sebuah bandar pinggit pantai di wilayah Samar, tengah Filipina, semalam. 
Penduduk yang terselamat lapor geng mencuri daripada peniaga kecil
TACLOBAN (Filipina): Beratus askar dan polis Filipina mula tiba semalam di bandar Tacloban yang terjejas teruk Taufan Haiyan bagi menghalang kegiatan menjarah yang mengancam usaha bantuan kecemasan.
Lebih 10,000 orang dikhuatiri terbunuh, walaupun sehingga petang semalam pihak tentera Filipina memberikan 942 mangsa sebagai angka kematian rasmi, lapor agensi berita Associated Press (AP).
Jurucakap tentera, Leftenan Jim Alagao, semalam berkata 275 orang disahkan hilang. Angka kematian dijangka meningkat mendadak dengan dua pegawai wilayah kelmarin meramalkan ia mungkin mencecah 10,000 orang atau lebih.
Pihak berkuasa menyatakan sekurang-kurangnya dua juta penduduk di 41 wilayah terjejas dek bencana yang melanda Jumaat lalu dan sekurang-kurangnya 23,000 rumah rosak atau musnah dengan bandar Tacloban merupakan antara kawasan yang paling teruk terjejas.
Pasukan keselamatan telah berusaha gigih cuba mengirimkan bekalan yang sangat diperlukan kepada ribuan penduduk yang terselamat tetapi kini kelaparan dan tidak mempunyai tempat tinggal di bandar yang menjadi ibu kota wilayah Leyte, lapor agensi berita AFP.
Usaha tersebut menjadi lebih sukar dengan berlakunya kegiatan menjarah dan kumpulan perusuh memecah masuk ke pasar raya dan menyerang konvoi pasukan Palang Merah.
Penduduk yang terselamat turut melaporkan geng-geng yang mencuri barangan seperti televisyen dan mesin basuh daripada perniagaan kecil.
Jurucakap pejabat Pertahanan Awam, Encik Reynalso Balido, memberitahu saluran televisyen ABS-CBN bahawa mengembalikan undang-undang dan ketenteraman di Tacloban dan kawasan lain merupakan salah satu "keutamaan penting".
Walaupun pihak berkuasa telah memindahkan sekitar 800,000 penduduk sebelum taufan melanda, angka kematian tetap tinggi kerana banyak pusat pemindahan - seperti sekolah, gereja dan bangunan pemerintah yang diperbuat daripada batu - tidak dapat menahan angin dan air yang melanda.
Menurut pihak berkuasa, mereka yang berlindung di dalam bangunan-bangunan tersebut sama ada lemas atau dihanyutkan air.
Presiden Filipina, Encik Benigno Aquino III, berkata beliau sedang menimbangkan mengisytiharkan keadaan darurat atau meletakkan Tacloban di bawah perintah tentera.
Keadaan darurat selalunya bermakna perintah berkurung akan dikenakan, harga dan bekalan makanan dikawal, pusat pemeriksaan tentera atau polis akan ditubuhkan serta kawalan keselamatan diperketat.
Taufan Haiyan telah melanda kawasan pantai timur Filipina Jumaat lalu dan segera bergerak ke arah pulau-pulau tengah negara itu dengan angin selaju 235 kilometer sejam yang kadangkala meningkat kepada 275 kilometer sejam dan landaan ribut setinggi enam meter.
Amerika Syarikat, Australia dan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) telah menggembleng bantuan kecemasan ke Filipina setelah skala bencana itu semakin jelas semalam.
Sementara itu, tiga pelajar Singapura dari Universiti Flinders Australia, yang berada di Tacloban dan sebelum ini tidak dapat dihubungi, telah ditemui dalam keadaan selamat.
Cik Eileen Heng, Cik Alyssa Chee dan Cik Vanessa Chong telah pun menghubungi keluarga masing-masing, lapor akhbar Inggeris, The Straits Times.
SAMBUNG BACAAN...

Saturday, 9 November 2013

Taufan Haiyan landa Filipina

a Depan » Dunia
DIBADAI OMBAK: Sebuah rumah roboh dan dihanyutkan ombak besar ekoran Taufan Haiyan, di bandar Legazpi, wilayah Albay, semalam. - FOTO AP

Lebih 12 juta penduduk dijangka terjejas termasuk di Cebu yang ramai pelancong
MANILA: Taufan Haiyan yang merupakan taufan terkuat di dunia tahun ini mula membadai Filipina awal pagi semalam, dengan kelajuan angin sehingga 315 kilometer sejam.
Sekurang-kurangnya empat orang terkorban dan tujuh lain cedera ekoran taufan itu tetapi angka itu dijangka meningkat.
Mereka yang terkorban disebabkan terkena kejutan elektrik, disambar petir atau dihempap pokok.
Taufan kategori lima itu mula melanda Pulau Samar sekitar 4.30 pagi (waktu tempatan) sebelum menghala ke Pulau Leyte.
Lebih 12 juta penduduk dijangka terjejas ekoran taufan itu, termasuk wilayah Cebu yang popular dengan pelancong.
Awal daripada itu, Presiden Benigno Aquino telah memberi amaran kepada penduduk agar membuat segala persiapan untuk menghadapi bencana itu.
"Kita cuba mengharungi taufan ini dengan sikap tolong-menolong. Tiada taufan dapat mematahkan semangat rakyat Filipina jika kita bersatu padu," katanya di stesen televisyen.
Encik Aquino juga memberi amaran taufan berkenaan akan turut membawa banjir besar dan memusnahkan harta benda, terutama di pesisir pantai dengan ombak boleh menjangkau setinggi enam meter.
Sekitar satu juta penduduk dari lebih 20 wilayah telah berpindah ke tempat lebih selamat sebelum taufan itu melanda.
"Bekalan elektrik sudah terputus dan semua jalan raya tidak boleh dilalui kerana banyak pokok tumbang. Kita hanya mampu berdoa," kata Gabenor wilayah Leyte Selatan, Encik Roger Mercado, kepada saluran radio DZBB.
Syarikat penerbangan seperti Philippine Airlines, Cebu Pacific dan beberapa syarikat penerbangan lain mengumumkan penggantungan sekitar 200 penerbangan.
Jabatan Kaji Cuaca berkata taufan itu dijangka menghala pula ke Laut China Selatan hari ini dan mungkin lebih mengganas apabila ia melanda Vietnam atau China.
Ketua Palang Merah Filipina, Cik Gwendolyn Pang, berkata pihak berkuasa belum mendapat maklumat dari kawasan yang paling teruk terjejas kerana hubungan masih terputus.
"Kami telah mengerahkan pasukan penyelamat dan peralatan di pelbagai tempat tetapi buat masa ini tidak banyak yang mampu kami lakukan kerana hujan terlalu lebat dan angin kencang," katanya
SAMBUNG BACAAN...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Kami memerlukan sumbangan anda untuk menaik taraf blog ini, Hanya click iklan ini

Penciptaan Saya

Tingkatkan traffik anda di sini

BlogPingSite ping fast  my blog, website, or RSS feed for Free My Ping in TotalPing.com Blogged.my free bloggers backlinks - link building services where you can get link exchange free 100% to create backlinks for SEO Ping your blog, website, or RSS feed for Free Breaking News Free Geoogle ADS profitreload